Diagnosis Apokalips oleh Ramai Doktor
Buku
yang dicetak buat pertama kali pada Mac 2016 setebal 193 muka surat nih den baca
sekali hadap (sebab dalam Bahasa Melayu kan, cepat la nak faham jalan
ceritanya) pada Julai lepas.
Buku
nih den beli di MPH Warehouse sale dengan separuh harga.
Kalau
betul kira-kira den, 14 orang Doktor menyumbangkan karya diaorang untuk buku
nih.
Buku
nih juga merupakan kesinambungan daripada dua buah buku oleh para Doktor pada
tahun 2014 dan 2015 iaitu Diagnosis dan Diagnosis2.
Yang
istimewanya Diagnosis Apokalips nih adalah cerita-cerita di dalamnya adalah
berlatarbelakangkan peristiwa banjir besar (antara yang paling buruk dalam
sejarah Malaysia) di Pantai Timur yang berlaku pada Disember 2014 sehingga
Januari 2015 di mana hasil jualan buku ini disumbangkan kepada mangsa-mangsa
banjir yang terlibat. Ada beberapa cerita adalah berkisarkan tentang
humanitarian dan relief effort oleh Doktor dan petugas perubatan yang lain.
Dah
la Doktor memang tanggungjawabnya menyelamatkan orang kan, ditambah pula dengan
luhur hati memberi sumbangan hasil jualan kepada mangsa banjir,
bertambah-tambah respect den dengan Doktor semua.
Buku
nih menceritakan tentang Doktor, nurse, pembantu perubatan dan sebagainya yang
berkaitan dengan perubatan sedaya upaya memberikan rawatan terbaik kepada semua
mangsa yang terlibat. Walaupun cerita di dalam buku nih dinyatakan adalah rekaan
semata-mata tapi macam boleh terbayang-bayang plak suasana yang berlaku berlaku
berdasarkan penceritaan semua Doktor nih.
Walaupun
kebanyakan Doktor selalu digambarkan sebagai mempunyai tulisan yang susah nak
baca hehehhheheee tapi rupa-rupanya ramai Doktor yang berbakat di dalam bidang
penulisan yang dapat bercerita secara santai yang diselang selikan dengan
jargon perubatan yang diterangkan supaya dapat pembaca faham.
0 Comments