Blueblue Playland dan Master Jump, Gunung Rapat, Ipoh, Perak - Sedikit Panduan dan Tips
Kalau
sesiapa yang berhajat untuk ke Blueblue Playland dan Master Jump, Gunung Rapat,
Ipoh ni, den bagi beberapa maklumat ye.
1.
Waktu operasi adalah dari 10 pagi - 8 malam (Selasa - Ahad).
2.
Pakai pakaian yang sesuai untuk melompat dan bergelinjangan di Blueblue Playland
dan Master Jump. Sports attire yang paling molek sekali.
3.
Untuk masuk ke Blueblue Playland dan Master Jump, perlu pakai stokin ye. Kalau
terlupa bawa stokin dari rumah, boleh je beli stokin di kaunter nanti.
4.
Jangan lupa untuk gunakan sanitizer sebelum masuk ke Blueblue Playland dan
Master Jump. Ada 9 stesen sanitizer yang disediakan.
5.
Parking di bahagian bawah bangunan adalah RM 5 sekali masuk. Sekiranya memang
ada joint aktiviti di Blueblue Playland dan Master Jump, boleh dapat diskaun RM
3.
6.
Masa di kaunter, suhu badan akan diperiksa oleh kakitangan Blueblue Playland
untuk memastikan orang yang masuk kat sini tidak demam dan sebagainya.
7.
Kita perlu sign declaration form yang mengatakan kita dan anak-anak sihat (tiada
hingus meleleh, tiada cirit birit, etc). Ini bagi memastikan kita tidak
menjangkit kepada orang lain sekiranya kita tidak sihat.
8.
Kemudahan asas seperti toilet dan surau yang bersih disediakan.
9.
Kiosk makanan ringan seperti sandwich, coklat, air minuman ada di sini.
10.
Boleh letakkan barangan di loker yang disewa dengan deposit RM10. Once kita
pulangkan kunci loker, duit deposit dikembalikan.
11.
Nursing room yang eksklusif dan sangat selesa.
12.
Di sekitar bangunan MBC nih terdapat pelbagai restoran makanan ringan untuk
kita menjamu selera sekiranya kita plan nak berjimbaan di sini sehingga Blueblue
Playland ditutup pada jam 8 malam.
Rasanya
tuh je la yang den nak bagitau pun. Untuk sebarang keterangan lanjut, boleh
hubungi Blueblue Playland di:
Instagram
: @blueblue_playland
Telefon
: 05-3126866
Lokasi
: No.2, Arena Gunung Rapat, Jalan Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak
Waktu Operasi : Selasa - Ahad (10 pagi hingga 8
malam)
2 Comments
lepas ni families yang dok berdekatan bolehla bawa anak2 jalan sini =D
ReplyDeleteYupp...dengan harga tiket yang in sya Allah mampu milik, tempat nih memang sesuai untuk riadah sekeluarga terutamanya budak-budak
Delete