Ini
merupakan cerita kedua berkenaan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sempena
Blogger’s Gathering pada 18 Ogos 2018 di Blueblue Playland dan Master Jump,
Gunung Rapat, Ipoh, Perak.
Program
bermula dari 11 pagi sehingga 4 petang.
Disebabkan
den sampai agak awal dalam 1030 pagi, selepas mendaftar di kaunter, den dan
keluarga dibawa melawat ke keseluruhan bangunan MBC oleh seorang kakitangan
Blueblue Playland yang bernama Fira, ramah tamah dan rajin memberikan
macam-macam info kepada kitaorang.
|
Kaunter pendaftaran |
Mula-mula
sekali kitaorang dibawa melawat tingkat 1 yang menempatkan Blueblue Playland, Master
Jump, nursing room yang eksklusif, ruang seminar, kiosk makanan dan kaunter
pendaftaran.
Seterusnya
kitaorang naik tangga ke ruang atas sedikit di tingkat satu bagi melihat
lukisan-lukisan yang memenangi pertandingan lukisan yang pernah diadakan di
sini. Dari atas nih kita boleh mengambil gambar Blueblue Playland dari
pandangan atas. Cantik k pemandangannya sebab playland tuh berwarna-warni.
|
Kalau ada event, kita boleh melepak tengok dari tingkat atas ni |
|
Antara pemenang colouring contest. Kalau den masuk bertanding pun sahih gagal sebab these kids sure did have skils |
|
Pemandangan kaunter dan ruang aktiviti/bengkel/seminar dari atas |
|
Ruang untuk event yang boleh memuatkan 60 orang pada satu-satu masa |
Seterusnya
den sekeluarga dibawa ke tingkat 2 yang menempatkan 2 buah gelanggang futsal
dan surau. Masa kitaorang dok meninjau kawasan tuh, ada program Milo di
gelanggang futsal tuh. Seronok je tengok budak-budak berbaju Milo dok main bola
di situ. Comel-comel je semuanya.
Akhirnya
kitaorang dibawa melawat 5 gelanggang badminton bertaraf Olimpik di tingkat 3. Ada
beberapa orang pemain sedang bermain badminton masa kitaorang datang tuh.
Sebelah gelanggang badminton nih terdapat sebuah kedai souvenir yang menjual
barangan berkaitan sukan badminton seperti kasut, tshirt, raket, bulu tangkis,
beg sukan dan pelbagai souvenirs lain yang diinspirasikan daripada Datuk Wira
Lee Chong Wei termasuklah merchandise daripada movie Lee Chong Wei (Rise of A
Legend). Kat sini juga kita boleh repair raket badminton termasuklah betulkan
tali, etc.
|
Antara barangan yang dijual di sini |
Fiza
menerangkan bahawa Master Badminton Club (MBC) boleh ditemui di 3 lokasi iaitu
di Gunung Rapat (Ipoh), Kuala Kangsar dan Klebang. Di ketiga-tiga tempat ini
memang menempatkan beberapa buah gelanggang badminton dan gelanggang futsal.
Yang
istimewa di bangunan MBC Gunung Rapat (Ipoh) adalah ianya mempunyai Blueblue Playland
dan Master Jump, lebih sesuai untuk keluarga sebab ada aktiviti untuk anak-anak
dari umur beberapa bulan hingga ke 15 tahun serta parents boleh bersukan di
gelanggang badminton dan futsal. Yang special di MBC Klebang adalah ianya
menyediakan asrama.
Aktiviti
untuk bloggers dimulakan dengan taklimat oleh pihak pengurusan Blueblue
Playland serta tayangan video.
|
Comel betul kerusi untuk taklimat bagi kiddos nih hehehehheehe |
|
Mereka yang terlibat pada program tersebut |
Seterusnya
anak-anak termasuklah kanak-kanak yang berlatih di bawah naungan Lee Chong Wei
Badminton Academy (LCWA) digabungkan dan dibahagikan kepada 3 kumpulan, hijau,
kuning dan biru (eh ke merah ye hehehehhe).
Setiap
kumpulan diberi masa beberapa minit untuk melengkapkan 3 jenis cabaran
menggunakan bulu tangkis dalam aktiviti LCWA Shuttle Challenge. Aktiviti ini
dilaksanakan di dalam kawasan Blueblue Playland. Memang riuh rendah dengan
suara emak-emak bagi sokongan kat anak-anak. Anak-anak semua relax je
hhehehehhehehe.
|
Beriya si kecik memeluk tubuh mendengo taklimat aktiviti macam kan paham |
|
Aktiviti 1 : Memasukkan/Membaling bulu tangkis ke dalam bekas |
|
Aktiviti 2 : Memasukkan bulu tangkis ke dalam ruangan di kotak menggunakan raket badminton |
|
Aktiviti 3 : Membawa bulu tangkis secara berpasangan dan menempuh halangan sebelum turun gelungsur |
|
Orang lain sakan dok beraktiviti, budak bertuah nih dok sakan main di sand play area (cassia seeds). Tak heran langsung nak joint aktiviti, sabo je la. |
Lepas
acara LCWA Shuttle Challenge, ada sesi zumba dengan ZIN yang dijemput khas.
Disebabkan audience dia kanak-kanak termasuklah anak den yang umur 4 tahun tuh,
makanya lagu zumba memang sempoi dan catchy termasuklah lagu Baby Shark Do Do.
Disebabkan Blueblue Playland tak cakap semua ibu bapa dijemput berzumba sekali,
makanya den duduk je la kat tepi mengambil video budak-budak berzumba. Kalau
diajak sekali berzumba tuh, haruslah den turut sekali sebab best kot zumba
hehehehhehehe.
|
Lets zumba |
|
Sakan depa berzumba |
|
Group photo with ZIN |
Seterusnya
kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke atas membuat 2 aktiviti di Master Jump
sementara kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah kekal di ruangan Blueblue
Playland untuk main macam-macam kat situ.
Kat
Blueblue Playland ada 2 mini trampoline yang kanak-kanak boleh lompat. So
diaorang still ada peluang melompat atas trampoline yang kecil. They still can get
the experience to hop and jump on the trampoline walaupun tak dapat masuk ke
Master Jump k.
|
Kanak-kanak boleh melompat di trampoline mini di Blueblue Playland |
Ada
dua aktiviti di Master Jump di mana kanak-kanak dibahagikan kepada dua kumpulan
dan membuat aktiviti mengambil kiub span menggunakan tali di atas trampoline
dan menyusunnya secara bertingkat-tingkat tanpa menyentuh kiub span dengan
tangan.
|
Taklimat ringkas sebelum masuk ke ruang Master Jump |
Aktiviti
seterusnya lagi best di mana setiap kanak-kanak perlu melompat di atas
trampoline sehingga ke hujung sebelum melompat di dalam ruang yang dipenuhi
dengan kiub-kiub span. Jenuh oiii nak bergerak atau bergolek di antara kiub-kiub
span tuh untuk menyampaikan ke dinding yang menempatkan bulu tangkis disangkut
di bahagian atas dinding tuh. Dah sampai ke dinding, kena buat rock climbing
untuk mendapatkan bulu tangkis tuh. Memang meriah k.
|
F terbang masuk ke dalam kolam kiub span |
Selepas
selesai aktiviti, kitaorang dipertontonkan dengan aksi ninja di atas
trampoline. Memang skill ninja betul ninja yang melompat-lompat nih. Kalau
suruh den yang lompat, samada sekali lompat den dah tergolek atau trampoline
terkoyak sebab den berat sangat hehehehehehe.
|
Fokus tengok ninja melompat |
Kalau
siapa yang ada anak-anak kecil di bawah 7 tahun serta anak-anak di atas 7
tahun, toksah risau la nak pantau anak-anak macam mana sebab Blueblue Playland
nih terletak sebelah je dengan Master Jump tuh. Memang kita boleh nampak juga
sikit-sikit anak-anak yang melompat di Master Jump sekiranya kita duduk di Blueblue
Playland tuh. Lagipun kakitangan Master Jump memang ada yang bertugas masa
budak-budak dok bergelinjangan di situ.
Lepas
sakan budak-budak melompat dan bergelinjangan di Blueblue Playland dan Master
Jump, aktiviti diteruskan dengan birthday party celebration untuk kanak-kanak
yang lahir bulan Julai dan Ogos. Kebetulan pulanya si F lahir pada 8 Julai,
makanya dia termasuklah di dalam golongan yang diraikan. Siap ada crown dan
potong kek lagi k. Suka sangat budak-budak nih.
|
Rezeki anak bertuah yang seorang ni, diraikan dalam birthday celebration nih |
|
My first born, my always forever baby. The dinosaur whisperer. |
|
All July and August babies |
Birthday
celebration di sini adalah sangat sesuai sebab set up untuk birthday tuh comel
dan sangat sesuai untuk kanak-kanak dan ibu bapa. Kanak-kanak boleh duduk
ramai-ramai menjamu selera di kerusi dan meja comel yang telah dihias dengan
birthday party pack sementara ibu bapa duduk di meja kerusi yang berada di
bahagian belakang.
|
Party packs yang tersusun kemas atas meja |
|
Memang sesuai buat birthday party kat sini sebab suasananya yang ceria dan bewarna warni |
Di
samping meja utama yang meletakkan kek birthday, cookies, jelly dan coklat,
terdapat 5 super cute kiosk yang menyediakan aneka makanan. Serious kiosk yang
ada tuh cute sangat. Semua makanan di setiap kiosk telah dipackkan di dalam
bekas yang senang untuk kanak-kanak makan. Tak perlu bersenduk-senduk, tuang
kuah bagai. Senang sangat. Mudah untuk dimakan, tak perlu beratur panjang
tunggu turn nak senduk kuah bagai, meminimakan makanan tumpah, etc. Serious
senang dan memudahkan.
Makanan
yang tersedia di kiosk yang super comel termasuklah spaghetti, sandwich,
buah-buahan potong, pudding, sosej, nuggets, fries dan air cordial.
|
Happy sangat diaorang ni |
Yang
special tuh siap ada mesin gula-gula kapas. Terasa macam kat funfair plak
hehehheehhee.
|
Enjoying their first gula kapas ever |
Sambil
makan dengan gembiranya tanpa mengira kalori (den la tuh huhuhuhuhu), ada sesi
penyampaian hadiah dan sijil penyertaan.
Team
yang menang untuk aktiviti LCWA Shuttle Challenge dan aktiviti di Master Jump
mendapat hamper. Semua yang hadir pada hari itu diberikan sijil penyertaan oleh
Blueblue Playland (setiap sorang dapat sijil tau).
|
Kumpulan kuning yang menang bertanding |
|
Sijil kami. Tali ada nama Dato Lee Chong Wei yang mahai tuh hheehehehehe |
Selepas
semua dah tak larat nak makan lagi, semua dibenarkan untuk menyambung aktiviti
bergelinjangan di Blueblue Playland dan Master Jump.
|
Messy and sensory art |
Program
pada hari itu diakhiri dengan persembahan silap mata oleh magician. Kanak-kanak
la yang terpaling gembira bila ada clown @ magician nih.
So
memang tempat nih sesuai untuk pelbagai aktiviti berdasarkan tema dan kehendak
masing-masing ye.
Aktiviti-aktiviti
yang kitaorang joint pada hari tersebut boleh juga disuaipadan atau disesuaikan
dengan kehendak pelanggan ye. Jika temanya birthday party, memang sesuai la
aktiviti-aktiviti yang kitaorang dah lalui semasa Blogger’s Gathering tuh.
Kalau
nak buat team building of course programnya berbeza, lebih memfokus kepada
kerjasama pasukan, etc.
Kalau
buat hari keluarga pun best kat sini. Ibu bapa boleh main badminton dan futsal serta berzumba sementara anak-anak
membuat pelbagai aktiviti di Blueblue Playland dan Master Jump. Kan best tuh?
Satu tempat yang boleh cater untuk semua peringkat umur.
Birthday
party, farewell party, bridal shower, baby shower, etc memang boleh buat kat
sini.
Rombongan
sekolah dari taska sampailah ke sekolah menengah baik university pun sesuai
bergelinjangan di sini tapi of course anak-anak di taska, tadika dan sekolah
rendah akan paling teruja kat sini.
Sukaneka
pun macam sajak je kalau buat kat sini.
Kalau
ada special requirement macam nak vegetarian food atau makanan berkhasiat (tak
nak jajan bagai boleh je request dan dibincangkan k).
Whatever
you have in mind, bolehlah dibincangkan dengan wakil Blueblue Playland untuk
direalisasikan. So untuk sebarang pertanyaan atau maklumat yang lebih lanjut
boleh hubungi Blueblue Playland di:
Instagram
: @blueblue_playland
Telefon
: 05-3126866
Lokasi
: No.2, Arena Gunung Rapat, Jalan Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak
Waktu
Operasi : Selasa - Ahad (10 pagi hingga 8 malam)
Terima kasih banyak-banyak
kepada Blueblue Playland kerana sudi menjemput den sekeluarga untuk joint
Blogger’s Gathering ye. Sungguh berbaloi datang ke sini walaupun kitaorang dari
Shah Alam sebab this place is one of its kind. Salah satu tempat wajib lawat
sekiranya ke Ipoh.
0 Comments