Blueblue Playland dan Master Jump, Gunung Rapat, Ipoh, Perak. Selasa - Ahad. 10 pagi - 8 Malam.
Pada hari
Sabtu (18 Ogos 2018) yang lepas, den sekeluarga telah dijemput untuk menghadiri
Blogger’s Gathering bersama-sama beberapa bloggers terpilih di Blueblue
Playland, MBC Gunung Rapat di Ipoh, Perak.
Disebabkan
tempat nih memang best, den akan buat 2 blogpost tentang tempat nih. Satu tentang
tempat nih sendiri. Lagi satu tentang aktiviti yang kitaorang berpeluang untuk joint
pada 18 Ogos yang lepas.
Blueblue
Playland (BBP) nih telah memulakan operasi pada 30 Januari 2017. Yang
istimewanya tentang tempat nih adalah ianya merupakan playland kanak-kanak yang
terbesar di Ipoh, Perak dengan keluasan 21,000 kaki persegi di mana terdapat 4
level aktiviti untuk kanak-kanak berumur beberapa bulan hingga 15 tahun serta keluarga.
Bagi
orang dewasa dan kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas, mereka boleh mencuba
taman trampoline yang pertama di Ipoh iaitu Master Jump yang terletak pada
tingkat yang sama dengan Blueblue Playland. Terdapat beberapa kelas percuma
yang tersedia untuk aktiviti trampoline di mana ianya dilaksanakan oleh
jurulatih professional dari 3 petang hingga 5 petang.
Di
samping taman permainan kanak-kanak dan taman trampoline yang memang mengujakan
ini, bangunan ini juga menyediakan arena sukan yang berorientasikan keluarga di
mana terdapat gelanggang badminton bertaraf Olimpik bagi peminat sukan badminton
iaitu Master Badminton Club, lofty design environment untuk aktiviti futsal
iaitu Master Kick serta Lee Chong Wei Badminton Academy bagi mereka yang ingin
belajar bermain badminton atau memperbaiki kemahiran badminton mereka di mana
kaedah latihan badminton adalah berdasarkan modul latihan yang diinspirasikan oleh
Datuk Wira Lee Chong Wei sendiri. Eksklusif sangat kan?
Ada 5 gelanggang badminton di tingkat 3 ni |
Terdapat 2 gelanggang futsal di tingkat 2 |
Blueblue
Playland, kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi aneka aktiviti
untuk pelbagai kategori termasuklah program korporat, lawatan sekolah, OKU free
trips, sambutan harijadi, aktiviti di hari minggu serta pertandingan mewarna.
Antara aktiviti-aktiviti anjuran Blueblue Playland |
Seiring
dengan tema “Fun, Play and Learn”, Blueblue Playland menitikberatkan kepentingan
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak termasuklah fine and gross motor
skills, literacy, social and language skills. Kanak-kanak belajar melalui
bermain dan peningkatan perkembangan kanak-kanak dilaksanakan melalui pelbagai
aktiviti menarik di hari minggu seperti Messy Art, Creative Art dan lain-lain.
Cassia
seeds (Chinese medicine) for sand play area juga adalah untuk meningkatkan kid’s
body and sensory play. Kaedah pembelajaran sambal bermain ini juga
diperkenalkan dan diperkembangkan ke premis lain yang memfokus kepada kaedah
pembelajaran seumpama ini.
Maklumat tentang Cassia seeds yang terdapat di sand play area |
Tempat ini
juga sesuai untuk aktiviti team building dan terdapat pelbagai kemudahan
seperti bilik penyusuan ibu (nursing room) untuk ibu yang menyusukan bayi.
Tersedia
loker yang boleh disewa dengan deposit RM10 di mana selepas kita pulangkan
kunci, deposit ini akan dikembalikan kepada kita.
Dewan (event
hall) yang terdapat di sini untuk pelbagai sambutan dan program boleh memuatkan
60 orang pada satu-satu masa.
Blueblue
Playland mematuhi piawaian ketat bagi keperluan pengudaraan semulajadi (natural air ventilation) di mana bangunan MBC
ini building direkabentuk dengan sistem pengudaraan yang baik (good-air
ventilation system). Antara sebab utama bangunan ini direka sebegini adalah
untuk menyokong alam sekitar (greener Earth). Adalah lebih baik kita membakar
kalori dengan udara segar dan tidak menggunakan banyak elektrik.
Oleh kerana
Blueblue Playland sangat prihatin tentang hygiene, Blueblue Playland menggunakan
SD Pro, which has unique chemical properties that offer high performance for
long-term efficacy and durability. Coating yang terkini dilaksanakan pada 23
dan 24 April 2018. Permukaan yang dirawat adalah masih di bawah nilai yang
dicadangkan iaitu di bawah 150 ATP. Ianya bermaksud coating adalah masih utuh
dan berada di dalam keadaan yang bagus untuk mana-mana pelanggan Blueblue
Playland.
Di samping itu, pembersihan dan kerja-kerja nyahkuman dijalankan secara berterusan mengikut jadual oleh pekerja-pekerja Blueblue Playland di dalam membantu mengekalkan kebersihan dan tahap hygiene di sini. Terdapat Sembilan (9) stesen yang menempatkan sanitizer di sekitar Blueblue Playland bagi mitigasi risiko jangkitan. Dengan kata lain, Blueblue Playland dan trampoline park adalah tempat yang SELAMAT, BERSIH dan BERKUALITI untuk kita sekeluarga.
Di samping itu, pembersihan dan kerja-kerja nyahkuman dijalankan secara berterusan mengikut jadual oleh pekerja-pekerja Blueblue Playland di dalam membantu mengekalkan kebersihan dan tahap hygiene di sini. Terdapat Sembilan (9) stesen yang menempatkan sanitizer di sekitar Blueblue Playland bagi mitigasi risiko jangkitan. Dengan kata lain, Blueblue Playland dan trampoline park adalah tempat yang SELAMAT, BERSIH dan BERKUALITI untuk kita sekeluarga.
Di entrance betul-betul selepas kita keluar lif |
Stesen sanitizer sebelum masuk ke nursing room |
Stesen sanitizer sebelum memasuki playland |
Terdapat
sebuah surau yang disediakan oleh pihak pengurusan di tingkat 2 berdekatan dengan
gelanggang futsal. Sejadah dan telekung yang bersih juga disediakan di dalam
surau ini.
Antara
kemudahan lain yang disediakan termasuklah bilik air, kiosk jualan air minuman
dan makanan yang ringkas, tempat meletak kereta di bawah bangunan MBC, tong
sampah kitar semula dan lain-lain.
Toilet |
Blueblue
Playland menyediakan pakej promosi kombo dan Master Jump menyediakan promosi
istimewa hari bekerja melalui Weekday Jump Treat seperti Student Day (Selasa),
Citizen Day (Rabu), Kid’s Day (Rabu), Ladies Day (Khamis) dan Buddy Day (Jumaat).
Untuk
sebarang maklumat tentang promosi, pakej kombo yang ditawarkan, sebarang
pertanyaan, etc, bolehlah berhubung dengan wakil Blueblue Playland di:
Instagram : @blueblue_playland
Telefon : 05-3126866
Lokasi : No.2, Arena Gunung Rapat, Jalan
Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak
Waktu Operasi : Selasa - Ahad (10 pagi hingga
8 malam).
Harga tiket
setakat ini adalah seperti berikut ye:
Harga yang terkini hendaklah dirujuk kepada Facebook Blueblue Playland ye. |
Masa
terima invitation nih, den tak tau pun MBC yang bermaksud Master Badminton Club
nih dinaungi oleh jaguh badminton tersohor negara iaitu Datuk Wira Lee Chong
Wei sejak tahun 2015 lagi. MBC merupakan tempat Lee Chong Wei Academy (LCWA)
beroperasi.
#In sya
Allah dalam post yang akan datang den akan share antara aktiviti yang korang
bsekeluarga oleh buat kat sana k. Den dan anak-anak den memang enjoy di Blueblue Playland
dan Master Jump tuh.
2 Comments
kanak2 mesti suka tempat playland macam ni.. time2 cuti sek ni bestle depa kalau dapat kesana kan..
ReplyDeleteA heaven to the kids tapi a nightmare to the parent sebab anak-anak tak nak balik, diaorang nak main sampai tempat nih tutup lampu hehehheheeheehe.
Delete