‘Crimes and troubles are the result of economic inequality in society. Huge gap between rich and poor is very unfortunate’. Ayat di dalam buku ini yang sangat mengingatkan den kepada buku The Colour of Inequality Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia oleh Dr. Muhammed Abdul Khalid.

Banyak pesanan oleh Dalai Lama di dalam buku ni yang sebenarnya kita boleh amalkan tak kira apa juga pegangan kita.

Kata Dalai Lama, sekiranya ada orang yang tidak mempunyai pegangan agama pun, orang tersebut tetap boleh relate dengan nilai murni keperluan kasih sayang, belas ihsan dan keampunan.

Bila baca bab Cultivating Equanimity dan Calm Abiding nih mengingatkan den kepada betapa pentingnya kusyuk di dalam solat.

Antara pesan Dalai Lama yang den rasa dah biasa pakar motivasi pesan adalah:

1. dalam apa jua keadaan termasuk ketidakadilan, perlu cuba didik diri sendiri untuk lebih bertenang (jangan emosi), bersabar, remains strong, etc.

2. makin dikejar harta dunia, makin tak cukup rasanya walaupun dah berenyut-renyut hartanya, macam tuh la lebih kurang katanya.

3. ‘We are born with the seed of our own death’. Kematian itu pasti. Dah mati nanti tinggallah semuanya. Kalau kita sering ingat pada kematian, kita akan jadi manusia yang lebih baik, bermanfaat kepada orang lain, etc camtuh la.

4. Kena belajar apa-apa ilmu dengan orang atau  tok guru yang memang ahlinya.

5. ‘Skeptical to those who claim to have extraordinary power’. Nih especially untuk orang Melayu la ye, masih ramai yang percaya pada bomoh, etc. Kalau satu ubat atau supplement tuh claim dia boleh merawat semua penyakit, toksah la percaya kan.

Banyak la nasihat-nasihat yang super elok yang disampaikan oleh Dalai Lama nih. Akhirnya atas kita sendiri la nak ikut perkara yang molek ke tidak. 

Jarang bebenar den baca buku genre ilmiah dan motivasi nih. Selalunya bila terbaca buku macam nih tak pernahnya sampai ke penghujung, selalu terlelap, etc.
Buku nih den habis baca dalam masa satu hari. Den mula baca buku nih pada pagi hari semasa dalam komuter dari Shah Alam ke KL Sentral dan diakhiri di dalam LRT dari KLCC ke KLSentral dalam pukul 4 petang macam tuh.

#Chapter 9 buku nih tajuk dia Cultivating Equanimity. Dah la masa buku nih, kapal layar mewah si Jho Low baru je sampai ke Port Klang. Den terfikir no wonder la kapal tuh namanya Equanimity. Equanimity nih maksudnya ketenangan. Mana tak tenangnya ye tak kalau semua kemudahan helipad, panggung wayang, pool, etc ada kat kapal tuh. Kalau bukan guna duit sendiri beli memang la lagi tenang kan? Hehehehehehe.

0 Comments