Seperti biasa la, den dan jualan murah bahan bacaan berpisah tiada walaupun buku-buku kat rak yang masih tidak terbaca tuh banyak gila.
Lokasi kejadian
Tajuk di atas telah menerangkan secara lengkap tentang jualan gudang MPH yang akan berlangsung lebih kurang tujuh hari lagi iaitu sehingga Ahad ini (5 Ogos 2018) bertempat di Petaling Jaya (lokasi yang sama dengan jualan gudang MPH pada tahun lepas). 

Ada pelbagai buku, alat tulis dan permainan yang diberi diskaun sehingga 90%. Ada beberapa buah buku yang berharga RM 3 sebuah pun. In sya Allah memang berbaloi.

Buku-bukunya memang tak banyak mana tapi pada den tetap la berbaloi. Ada novels daripada acclaim authors macam JK Rowling dan Dan Brown. Sedikit novel Bahasa Melayu (ada buku 99 Kata Fattah Amin yang pernah menjadi viral satu ketika dulu hehehehhe tapi of course la den tak beli kan), ada Chinese books, buku ilmiah tentang saham, pelaburan, etc, cookbooks, colouring books, buku latihan pelbagai subjek untuk darjah 3,4,5,6, self help books, buku kanak-kanak.
Den tak beli buku nih sebab bagi den ada sesetengah buku memang susah sikit nak faham macam Lord of The Rings dan Hobbits. So ada sesetengah buku tuh elok benar la kita tengok adaptasi ke movie je gittew temanya.
I read these trilogy 3,4 tahun sudah kot. Serious best buku-buku nih. A real bargain dengan rege diskaun yang ditawarkan
Kenampakan buku Fattah Amin di situ
Pasai pa den rasa kedua-dua buku nih tak dapat menandingi kehebatan The DaVincci Code dan Angel and Demon?
Puzzles pun ada tapi by the time den sampai tuh, tinggal tak sampai 10 kotak je dengan gambar 3 jenis pemandangan. Sempat la den sambar sekotak untuk buat dengan kiddos nanti.
RM 12 je ni
Stationaries memang banyak daripada pensel sampai la ke fail, etc tapi den memang tak tengok sangat stationaries nih sebab memang selalunya den cari stationaries kat Mydin dan Mr Diy je. Nak plak dapat anak-anak yang tak tau la depa makan ke pensel warna tuh sokmo la terkontot-kontot dan hilang, makanya tak gamak la nak beli yang faber castel bagai yang branded sebab asyik kena ganti selalu. Untuk my kiddos sementara diaorang tak reti jaga barang nih, sesuai bagi pensel warna 1Malaysia tuh je. Murah pun murah so takde la sakit hati sangat bila hilang atau cepat sangat kontotnya tuh hehehehehehe.
Beg sekolah bertemakan superheroes dan Disney princesses memang ada dijual tapi macam comel-comel sangat la rupanya, untuk main-main boleh la tapi kalau nak bawa buku ke sekolah kebangsaan kebarangkalian tak muat semua buku.

Barang permainan pun ada macam-macam yang hampir semuanya berdiskaun. Ada Disney princesses, Little Pony, superheroes macam Captain America, Hulk, etc. Ada juga playdoh, peralatan untuk main kat pantai, etc. Tapi disebabkan anak-anak den jenis tak jaga sangat mainan depa dan kitaorang selalu beli mainan kat kedai biskut sebab ada mainan serendah RM1.50 makanya idok la den tengok sangat mainan nih.
Disebabkan jualan gudang nih dibuat di kawasan gudang yang mana ianyada adalah sempit dan di dalam cuaca panas sekarang memang la membuatkan kita berpeluh ketiak, makanya kalau bawa budak-budak kecik memang la kebarangkalian budak-budak tak selesa dan mungkin juga menangis tuh tinggi.

So kepada sesiapa yang mencari buku-buku dengan harga mampu milik, stationaries dan toys dengan harga diskaun, masih ada hampir seminggu lagi untuk datang ke sini k.

Selamat rambang mata di sini yar.

0 Comments