Perjalanan
dari Tam Coc Ecotourism Area ke Hang Mua dalam 15 minit.
Tour guide
cakap Hang Mua means mountain.
Puncak
tertinggi gunung atau bukit yang kitaorang nak naik tuh mempunyai 496 anak
tangga. Puncak kedua tertinggi yang ada di kawasan yang sama tak diketahui pula
berapa anak tangga.
|
View selepas berpenat lelah mendaki 496 anak tangga. Berbaloi kan? |
Dari kawasan
meletak kereta nak menyampaikan ke kaki gunung/bukit yang kita nak panjat tuh
adalah dalam 10 minit berjalan kaki melalui kawasan sawah padi, resort, café,
kiosk menjual cenderamata, deretan pokok bunga, kolam, etc yang terdapat di
dalam kawasan Hang Mua Ecolodge.
|
Nampak tak anak tangga yang kitaorang kena panjat kat gunung tuh |
|
Jauh juga kena berjalan kaki dari entrance sebelum sampai ke kaki gunung tuh |
|
Boleh tapau air kat sini sebelum panjat 496 anak tangga |
|
Tour guide tengah explain pasal gua kecil yang ada kat gunung nih yang namanya Dancing Cave kalau tak silap. Ingatkan nak singgah lepas turun dari gunung tuh tapi tak cukup masa la plak. Haish |
|
Sesi memanjat 496 anak tangga bermula |
Walaupun
bagi orang yang memang out door freak, kacang bebenar memanjat gunung/bukit
dengan 496 anak tangga yang elok sempurna binaannya nih tetapi bagi den yang
hobinya adalah tidur mereloh sampai lebam dan makan sampai kembung, makanya nak
mendaki anak tangga yang walaupun elok dan tidak mengerikan adalah tetap
mencabar ye.
Seperti yang
diduga, den dan member den adalah orang yang terakhir di dalam rombongan Cik
Kiah kitaorang yang berjaya sampai ke puncak tertinggi. Dah la terkelembap kan
sakan berhenti setiap 2,3 tapak sebab nak mengambil nafas, sibuk la juga
bergambar sakan di sana sini sebab almost setiap spot yang kitaorang berhenti
tuh, pemandangannya cantik kot. Siap sempat nampak kambing gurun lagi.
|
Macam mana tak sampai lambat kat puncak kan? Orang dah sakan mendaki awak sakan dok bergambo lagi. |
Berbaloi ke tak
panjat tinggi-tinggi sampai 496 anak tangga nih? Sangat berbaloi sebab dapat
tengok pemandangan yang sangat cantik. Boleh nampak kawasan sawah padi, sungai
di Tam Coc Ecotourism Area yang kitaorang susuri dengan sampan sebelumnya tuh,
Hua Lo capital, etc. Memang superb la pemandangan dari kawasan tanah tinggi
nih. Jarang pemandangan dari kawasan seumpama ini yang tak cantik.
#Lagipun
jadah apa kalau hang dah sampai kat sini tapi tak panjat gunung nih sebab itu
la pun tujuan utama datang ke Hang Mua nih.
|
Pemandangan puncak tertinggi kedua dari puncak tertinggi pertama. Sungai atau terusan yang di antara sawah padi dan gunung tuh adalah sungai yang kitaorang naik sampan di kawasan Tam Coc Recreation Centre tuh |
|
Masih kelihatan orang dok naik sampan menyusuri sungai dari Tam Coc Recreation Centre tuh. Beza benar la ye gambar yang diambil guna ipong member den (kat atas) dengan gambar guna handphone den yang super canggih hehehehhe |
Di puncak
tertinggi nih, ada satu patung naga. Inilah puncak tertinggi yang sebenar.
Hampir semua ahli rombongan Cik Kiah kitaorang memanjat ke spot naga nih dibina
dan mengambil gambar dengannya tapi track dia tuh a bit slippery dan bahaya
sikit. Me being a scaredy cat memang tak kuasa la memanjat naga tuh. Den
pandang naga tuh dari kejauhan je la. Member den dengan selipar cabuk dia tuh
(kasut dia dah lekang lepas trip ke Ha Long Bay semalam) gigih panjat ke atas
tuh.
|
Dah macam ada sesi proposal plak kat kepala naga tuh padahal mamat omputih tuh bagi handphone dia pada tour guide kitaorang untuk diambil gambar. Tapi boleh je kalau nak melamar kekasih hati kat sini sebab view dari puncak memang superb pun |
Den cuma
melepak kat satu gazebo yang ada kat puncak ni untuk melepaskan lelah. Kat gazebo
nih ada satu family omputih dengan seorang baby berumur tak sampai setahun.
Omputih nih memang adventurer betul la kan. Sakan dia bawa anak dia dalam
carrier dan panjat sampai ke puncak nih. Den nih ha memang melemau. Bawa diri
sendiri pun tercungap-cungap mengambil nafas. Haishhhh.
|
496 anak tangga nih memang tak ngeri k sebab binaannya cantik tapi tetap la jua den kepenatan bagai nak pengsan by the time sampai ke puncak tuh |
Lepas sakan
ahli rombongan mengambil gambar dengan naga, kitaorang pun memulakan perjalanan
untuk mendaki puncak tertinggi kedua. Kitaorang ingatkan dioarang nih nak naik
la sekali puncak tertinggi kedua yang dok ada kat situ alih-alih diaorang terus
gerak ke tempat letak kereta.
Den dan
member den gigih la pergi memanjat tangga ke puncak tertinggi kedua tuh sebab
nak bergambar hehehehehhe. Dah la melembap kan, sakan plak nak bergambar di
sana sini. Memang haru sungguh.
|
Posing dulu sebelum mulakan pendakian ke puncak kedua tertinggi |
|
Kalau ada banyak masa sebenarnya boleh lepak minum kat sini tengok view cantik selepas turun dari puncak tertinggi pertama sebelum mula memanjat tangga ke puncak tertinggi kedua |
|
Finally sampai juga ke puncak tertinggi kedua |
|
View dari puncak tertinggi kedua |
|
Tangga nak menyampaikan puncak tertinggi kedua |
|
Tangga ke puncak tertinggi pertama. View dari pertengahan jalan panjat tangga ke puncak tertinggi kedua |
|
Nampak tak patung naga dan gazebo di puncak tertinggi pertama tuh? |
|
Dah kenapa tangan den macam tuh pun tak pasti la |
By the time
kitaorang sampai kat kaki gunung/bukit tuh, ahli rombongan yang lain dah nak
sampai ke tempat letak kereta. Sempat pula kitaorang singgah ambil gambar atas
buai yang ada kat situ sampai kena panggil balik dengan tour guide la
heheheheehe.
|
Dah la lambat kan...sempat pulak jadi kanak-kanak riang kat tangga tuh |
|
Kalau ada banyak masa memang best lepak minum teh o ais sambil naik buaian nih serta menjamu mata dengan pemandangan hijau sawah padi luas terbentang. Nak nyanyi lagu 'laju laju buaiku laju, aku nak kawin dengan anak raja pun okay juga'. |
Penginapan Hang Mua
Ecolodge yang ada nih den tak tau la harga dia berapa semalam. Kalau
siapa-siapa yang ada perancangan nak tengok sunset dan sunrise di puncak gunung
selepas mendaki 496 anak tangga bolehlah bermalam di sini. I am pretty sure the
view will definitely be breathtaking.
Kalau
menginap kat sini sure boleh bertenang-tenang mengambil masa untuk lepak tengok
pemandangan sawah padi sambil lepak atas buai, lepak kat taman yang ada
keliling kolam, minum kat café yang ada kat persimpangan tangga untuk naik ke
puncak gunung tertinggi pertama dan gunung tertinggi kedua, etc.
#Macam kena ulang balik je
datang ke sini. Jom travel buddy, kita sekalikan trip bermalam di Hang Mua nih
dengan Sapa plak.
1 Comments
SAYA MENYAMBUT ANDA SEMUA DI PAGE INI
ReplyDeleteINI IALAH CERITA SAYA
Saya MURNI SANTI, seorang wanita, ibu, kakak dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGURUS ESTATE SEBENAR dan saya telah mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tidak ada yang mahu meminjam wang kepada kami untuk menyelesaikan projek komersial kami yang telah dibina dalam beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang menuntut sejumlah wang daripada saya tanpa kami menerima pinjaman.
Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik mungkin dan menolong, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu banyak ditanggung dan saya kehilangan harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL sebuah syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.
Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan memberitahu saya jangan bimbang syarikat itu akan meminjamkan wang kepada saya, walaupun jumlah yang saya perlukan sangat besar, dan semua yang saya dapat berikan kepada mereka keperluan yang merupakan beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.
Saya melalui semua proses, mereka berjanji akan meminjamkan wang yang saya minta setelah mengesahkan saya layak untuk mendapatkan pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang paling mengejutkan adalah pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. Kami syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya berjaya dengan baik ini menjadikan hidup saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada semua PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL
GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com
UNTUK MENGHUBUNGI SAYA
Murni Santi
murnisanti55@gmail.com