Masa sampai ke jeti untuk aktiviti kayaking @ bamboo boat (yang memang dah termasuk dalam pakej Ha Long Bay day trip), hujan makin kasar la pulaknya tapi tetap la jua kitaorang naik bot buluh tuh coz bila la lagi nak ke sini kan. Dah alang-alang sampai, naik juga sampan buluh walaupun di dalam hujan gittew. Baru la Kuch Kuch Hota Hai kan.
Kita boleh pilih samada nak naik sampan buluh yang disediakan tukang dayung atau nak naik kayak. Me being a scaredy cat of course la memang tak akan nak berkayak, lagi-lagi dengan hujan renyai-renyai camtuh. Den dan adventurous activities are like water and oil, tidak akan pernah dapat bersama-sama gittew.

Kitaorang beli raincot 20,000VD sorang, off we went. Sebuah sampan buluh boleh memuatkan empat orang penumpang + seorang pendayung. Kitaorang naik sampan buluh dengan 2 orang makwe dari Thailand. Wajib pakai life jackets untuk naik sampah buluh nih ye.

Dah pakai baju hujan, kitaorang berpayung lagi sebab hujan memang agak lebat.

Makanya gambar-gambar di dalam sampan buluh nih memang agak terpleot sebab tudung semua dah penyet dan muka dipenuhi titisan air hujan heheheeehehhe.

Yang berkayak dari kapal kitaorang cuma 3 orang dan of course la omputih kan. 

Ada je la yang tak turun pun untuk aktiviti kayak dan boat ride, depa stay je la kat kapal atau berjalan-jalan sekitar jeti yang ada stalls jajans dan souvenirs.

Kita akan dibawa menaiki sampan buluh tuh menerusi 2,3 buah gua untuk tengok view yang memang chantek. Aktiviti nih mengingatkan kitaorang kepada trip ke Goa Pindul di Yogjakarta pula hehehhe. 
Sakan naik sampan dengan tudung Ariani dia tuh hehehehehe
Apa den boleh cakap memang berbaloi mengharungi hujan renyai-renyai tuh naik sampan buluh sebab the view was breathtaking and our photos were beautiful (nih yang terpaling penting hehehehehe). Gambar-gambar di spot tertentu diambil oleh pendayung bot tuh. Aktiviti nih dalam 30 minit je. 

Masa nak turun tuh jangan lupa bagi sedikit tips kepada pendayung ye. Paling kurang dalam 50,000VD la yang afdalnya bagi setiap bot.

0 Comments