Flawed must live in a society where “everything they want [is] just out of reach”.

Buku nih den rasa antara garapan yang berat daripada Cecilia Ahern. Memang kurang heavy daripada buku The Handmaid’s Tale karya Margaret Artwood tetapi tetap a bit dark dalam semua buku dia yang den pernah baca.
Flawed mengisahkan hidup masyarakat berdasarkan certain set of rules yang macam tak masuk akal pun ada. Sesiapa yang buat kesalahan akan dibrand (dicop) berdasarkan kesalahannya dan dikenali sebagai Flawed walaupun kadang-kadang kesalahan tuh macam very minor atau entah apa-apa berkaitan moral.  Contohnya menipu, membuat keputusan yang tidak betul, etc. 

Apabila seseorang telah dilabelkan sebagai Flawed, ada pelbagai peraturan yang ditetapkan oleh Kerajan yang diaorang perlu ikut macam makan makanan yang tertentu yang tak sedap, orang yang dibenarkan bergaul dengan diaorang, ada curfew setiap malam, kelayakan untuk mendapatkan rawatan perubatan, peluang pekerjaan yang terhad, etc. 

Memang tragis la kehidupan siapa yang telah diputuskan sebagai Flawed. 

Celestine North merupakan seorang remaja yang hidup bahagia bersama keluarganya. Dia mempunyai seorang adik perempuan dan lelaki. Dia berpacaran dengan Art Crevan yang merupakan anak kepada Hakim yang menguruskan sistem Flawed tuh.

Bila Celestine membantu seorang lelaki tua Flawed di dalam bas yang sesak nafas, dia dianggap melanggar peraturan kena orang normal tidak dibenarkan membantu Flawed person di dalam apa keadaan pun.

Tiba-tiba Celestine berada di dalam situasi untuk menyatakan kebenaran apa yang berlaku dan diputuskan sebagai Flawed atau memberikan fakta yang tidak benar di dalam mahkamah bagi menyelamatkan dirinya sendiri.

Celestine sendiri terkejut bila dia menyatakan kebenaran di dalam mahkamah yang menyebabkan Hakim marah gila lalu memberikan dia sebanyak 5 brand (terbanyak di dalam sejarah masyarakat di situ).

Tiba-tiba Celestine menjadi macam orang harapan kepada kumpulan yang memperjuangkan hak untuk kehidupan bagi Flawed. A reluctant champion gittew.
Macam-macam la yang Celestine lalui selepas dia dibrand sebagai Flawed.

Memang sakit jantung membaca buku nih tapi tiba-tiba endingnya tergantung plak dah….sakit hati betul. Kena baca sequel kepada buku nih iaitu Perfect yang entah bila la den nak beli tuh hehehheehhee. 

Memang best buku nih cuma den tidak kategorikan dia sebagai bacaan ringan sebab buku ini mengajak kita sama-sama berfikir tentang perangai suka mengjudge orang, the thin line between right and wrong, morality, etc.

Still a great book from Cecilia Ahern.

0 Comments