Cerita Dinosaurs
Sejak dua
menjak nih macam termalas pula nak mencoretkan sepatah dua kata di dalam blog
nih. Haish.
Semoga masih
ada hati untuk terus memblogging selepas ini. Wish me luck k.
Sejak-sejak
dah tengok movie Jurrasic World : Fallen Kingdom ni, soalan pasal dinosaurs
memang bertalu-talu la.
Sebenarnya
setiap hari pun ada soalan pasal dinosaurs sejak belum tengok movie tu puh.
Bila hang
ada seorang anak lelaki yang merupakan peminat tegar dinosaurs sejak berumur 2
tahun sampai la dah nak masuk umur 8 tahun ni, memang la dunia hang akan
dipenuhi dengan persoalan berkaitan dinosaurs yang kadang-kadang menyebabkan hang terkesima tak tau nak jawab apa
huhuhuhu.
Tyrannosaurus
rex (TRex) VS Indominus rex
F : Tyrannosaurus rex lawan Indominus rex siapa menang mama?
Den : TRex
la menang.
F : Sebab
apa TRex menang?
Mama : Sebab
gigi TRex lagi banyak dan tajam.
F : Ehhhh….Indominus rex pun gigi dia banyak dan
tajam jugakkkkk. Indominus rex pun
hebattttt.
Mama : Dah
tuh Indominus rex la yang menang ye
kalau lawan dengan TRex?
F : Eh tak
lah. Tyrannosaurus rex la menang
sebab kuku dia lagi tajam dan dia lari lagi lajuuuuu.
Den : ………….
Stegosaurus VS Triceratops
F : Stegosaurus lawan Triceratops siapa menang mama?
Den : Mama
rasa Triceratops menang.
F : Kenapa Triceratops menang?
Mama : Sebab
Triceratops ada tanduk tajam kat
kepala dia. Dia boleh tanduk semua dinosaurs yang lawan dengan dia sebab kepala
dia kuat.
F : Tapi Stegosaurus pun kuat ada tajam-tajam kat
belakang dia.
Mama : Mama
pening la. So dua-dua pun boleh menang ke macam mana?
F : Ha….kadang-kadang
Triceratops menang kalau dia tanduk
laju-laju dan kuat-kuat sampai Stegosaurus
jatuh. Kadang-kadang Stegosaurus
menang kalau dia sempat lompat atas Triceratops
sampai penyet.
Den :
Oooooooo.
Spinosaurus VS Ankylosaurus
F : Mama tau
tak Spinosaurus nih dia boleh
kalahkan Ankylosaurus?
Den :
Eh…tapi ekor Ankylosaurus kan kuat
boleh libas Spinosaurus?
F : Memang
ekor Ankylosaurus boleh buat macam
tuh tapi dia bergerak lambat sangat. Spinosaurus
boleh cederakan dia guna belakang dia yang keras tuh.
Den :
Okayyy.
Perbualan
macam ni berlangsung hampir setiap hari sejak dia berumur 4 tahun k. Den pasrah
aje la.
Tapi
disebabkan den nih memang sel-sel otak dah banyak terputus, makanya banyak la
juga dinosaurs yang den tak kenal walaupun dah berpuluh kali den bacakan buku
pasal dinosaurs kat diaorang + dipaksa main dinosaurs tuh.
Tuh belum
lagi coretan pasal pertanyaan dia tentang Brachiosaurus,
Velociraptor, Parasaurolophus, Iguanodon,
Carnotorus, etc.
0 Comments