Angels of the Dark by Tilly Bagshaw
Den mula baca novel ni selepas dinner pada 16 April dan
sambung baca semasa di hotel menunggu cab sampai, di dalam cab on the way ke
airport, masa menunggu di aiport untuk depart balik ke Malaysia dan di dalam 3
hours flight back to Malaysia. Den habis baca buku nih semasa flight tengah landing
kat KLIA2.
Buku ni
mengisahkan tentang empat (4) pembunuhan yang modus operasinya adalah lebih
kurang sama di mana setiap suami yang merupakan jutawan mati dibunuh dengan
kejam dan setiap isteri dibelasah dengan sangat teruk tetapi masih hidup
berlaku di Los Angeles, London, Perancis dan Hong Kong.
Segala harta
setiap suami yang mati dibunuh didermakan kepada rumah anak yatim tanpa sesen
pun diambil oleh setiap isteri yang terselamat. Semua isteri di dalam 4
kejadian pembunuhan ini tidak dapat ditemui oleh polis selepas keluar dari
hospital.
Angela
Jakes, Lady Tracey Henley, Irina Anjou dan Lisa Baring yang merupakan isteri
yang terselamat dalam setiap kejadian pembunuhan suami mereka rupanya adalah
orang yang sama iaitu Sofia Basta yang mengubah identiti mengikut keperluan
rancangannya bersama seorang lelaki yang merupakan sahabat baik beliau semasa
di rumah anak-anak yatim iaitu Frankie Mancini.
Buku nih
memang ala-ala trademark Sidney Sheldon. Thriller yang tak susah sangat nak
faham jalan ceritanya tapi tetap mendebarkan.
0 Comments