Resepi Biskut Florentine @ Crunchy Caramel Almond Cookies Mudah, Nipis dan Tidak Melekat Dengan Menggunakan Paper Cup (Cawan Kertas) Muffin Cupcake
RESEPI YANG UPDATED VERSION
TAHUN 2019 DI SINI YE.
Mak aiii tajuk panjang gila padahal orang lain dah share resepi Biskut Florentine nih dah lama gila kot hehehehehe.
Mak aiii tajuk panjang gila padahal orang lain dah share resepi Biskut Florentine nih dah lama gila kot hehehehehe.
Disebabkan
den memang jarang memasak dan jarang gila pun share sebarang resepi di dalam
blog ni, makanya teruja la juganya nak share resepi ni sebab den tak sangka
senang gila + adunan menggunakan paper cup muffin cupcake menghasilkan biskut
Florentine yang sangat nipis + biskut Florentine tuh langsung tak lekat pada paper
cup muffin cupcake + senang dikeluarkan daripada paper cup muffin cupcake tuh.
Nampak tak betapa nipisnya biskut Florentine yang den buat ni |
Bahan-Bahan
500 g Tepung
Florentine
250 g badam
keping (almond flake)
100 g kuaci
100 g biji
labu
100 g walnut
ATAU
250 g Tepung
Florentine
150 g badam
keping (almond flake)
40 g kuaci
40 g biji
labu
40 g walnut
Walnut
sebenarnya den tak jumpa di dalam resepi-resepi yang den google tapi disebabkan
walnut tuh nampak kacak, den beli je la hehehehhee. Boleh je tambah kekacang
lain yang kita berkenan rasanya.
Selalu orang
letak dalam 10 g - 20 g bijan hitam tapi den tak beli sebab takde plak bijan
hitam tuh dalam pack kecil.
Den beli
tepung Florentine 2 jenama iaitu Florenta dan Florentine brand Bakerman. Den
rasa tepung Florentine daripada kedua-dua jenama nih sama sedap je. Mungkin den
bukan baker so den tak reti sangat nak beza rasa macam mana.
Disebabkan
den nak habiskan semua bahan sekali hadap, makanya Biskut Florentine kitaorang
adalah sangat meriah dengan semua kekacang yang ada sebab kekacang yang dibeli
adalah dalam pek sederhana. So macam kekacang menyaluti tepung Florentine,
bukannya tepung Florentine menyaluti kekacang.
Cara Memasak
1. Walnut
dihancurkan kepada kecil-kecil. Nih memang kena buat sebab walnut kan datang
dalam bentuk gedabak.
2. Gaul
almond flake + kuaci + biji labu + walnut biar sekata di atas loyang.
3. Bakar campuran
kekacang ni di dalam oven pada suhu 160C selama 5 minit.
4. Gaul
semua kekacang yang telah dibakar semasa semua kekacang masih panas lagi bersama
tepung Florentine di dalam satu bekas sehingga sebati.
Anak bujang yang sakan nak tolong |
4. Susun paper
cup muffin cupcake di atas loyang (tak kisah loyang saiz apa asal muat dalam
oven kita).
5. Masukkan
satu sudu kecil penuh adunan di dalam setiap paper cup muffin cupcake dan
ratakan. Jangan bumbun sangat sukatan tuh, hanya satu sudu kecil penuh sedang
elok bagi memastikan biskut Florentine yang terhasil paling nipis.
Den susun paper cup muffin tuh ikut dan je. Takde ruang dalam acuan kita letak je kat luar acuan asalkan paper cup duduk atas loyang. |
6. Bakarkan
adunan di dalam oven pada suhu 160C selama 10 - 15 minit (bergantung kepada
jenis oven k asalkan tidak hangus. Mula-mula den bakar adunan pada 10 minit
tapi nampak kurang golden warnanya, makanya den tambah lagi 5 minit).
7. Bila
keluar dari oven, biar biskut Florentine sejuk sebelum diketuk keluar dari paper
cup muffin cupcake tuh.
8. Tadaa…..dah
siap dan boleh disimpan di dalam bekas kuih atau tupperware kedap udara.
Den tak
pernah cuba buat biskut Florentine guna loyang yang kena potong tuh tapi den
rasa guna paper cup muffin cupcake nih serious senang gila sebab:
1. adunan
akan jadi sangat nipis;
2. tak perlu
risau adunan terlekat pada kertas minyak;
3. senang
ketuk keluar biskut Florentine yang telah dibakar dari paper cup muffin cupcake
sampai F pun boleh buat;
4. tak perlu
juga risau adunan terpecah kalau kita potong tak betul; dan
5. yang
paling best adalah biskut Florentine menggunakan paper cup muffin cupcake nih
akan jadi sama je bentuknya, bulat-bulat dan sama saiz gittew.
Kena beli paper
cup muffin cupcake yang tebal k sebab boleh guna berulang kali. Paper cup
muffin cupcake yang den guna ni bertahan selama 10 kali den bakar dalam oven.
Sampai habis bakar semua adunan biskut Florentine ni, paper cup muffin cupcake tetap
elok, tak koyak ke apa. Sampai buang kat tong sampah la elok lagi paper cup
muffin cupcakenya tuh.
So selamat
mencuba resepi biskut Florentine yang terpaling ringkas dan mudah k.
55 Comments
Tq share experiences
ReplyDeleteYou are welcome:)
DeleteSy kongsi resepi.. Boleh tanya klu jualan sekeping berapa rm
ReplyDeleteSorry baru perasan komennya. Biasanya kalau dalam balang kecik, di PKNS Shah Alam orang jual dalam RM18-RM22
DeleteAssalamualaikum... yang kekacang yg puan beli tu berapa gram ye untuk satu pack tu
ReplyDeleteSorry ye baru terperasan komennya. Saya beli satu pack almond flake 300 g, 100 g biji kuaci, 100 g biji labu dan 100 g kacang walnut
Deletemaaf nakntye bole sertakan harga utk semua bahan x
ReplyDeleteHarga barang mungkin berubah sedikit mengikut kedai tapi nih harga yang saya dapat ye:
Delete250 g Tepung Florentine - RM18
150 g badam keping (almond flake)- RM12
40 g kuaci - RM 8
40 g biji labu - RM 8
40 g walnut - RM 12
Maaf bertanya tepung Florentine 250gram rm18? Ingatkan 500gram.
DeleteEh sorry tepungnya 500 g RM18.
DeleteBrape kos untuk satu balang ye
ReplyDeleteKos bahan lebih kurang RM60 boleh dapat dalam 3 balang besar
DeleteKnapa sy buat melekat ye. Pastu susah nk keluar kan dari muffin punya cup tu
ReplyDeleteTak pasti tuan. Muffin cup tuh tebal tak? Kalau muffin cup tebal + lapisan tepung dan bahan2 diletak just nice sesudu kecil, setakat yang saya buat memang tak terlekat.
DeleteAtaupun tuan kena biarkan adunan tuh dah sejuk baru ketuk keluar k. Kalau ketuk keluar waktu masih panas memang adunan akan melekat pada muffin cup
DeleteCuba tengok papercup tu, rasanya papercup yg digunakan untuk membuat florentine ni biasanya jenis yg keras, berkilat dan licin je kat dlm tu. Kalau guna yg papercup yg jenis kertas keras memang akan melekat. Begitu juga kalau gunakan loyang, pastikan kertas alas tu jenis silikon @ non stick parchment paper. Bukan kertas minyak biasa.
DeleteTerima kasih atas info puan. Nanti saya cuba guna papercup yang keras, licin dan berkilat. Paper cup yang saya guna dalam resepi di atas tuh paper cup kertas biasa tapi tebal sedikit RM4.50 dapat 20 papercup. Nih first time saya baking, saya main bantai je beli papercup apa yang nampak okay kat mata saya. Thanks yar puan for the info
DeleteMaaf nak bertanya,sekiranya just letakkan adunan dlm papercup tanpa letak atas loyang yg berlubang tu bole x
ReplyDeleteMinta maaf puan/tuan.Saya tak pernah cuba lagi bakar adunan dalam paper cup direct. Saya memang letak atas loyang supaya senang nak dikeluarkan dari oven nanti.
DeletePuan, saya sangat terhibur baca entry puan. Terima kasih diatas perkongsian resipi ini ya. Semoga puan sentiasa kekalkan keceriaan dalam penulisan. Selamat maju jaya.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih atas komen yang happy dan ceria ni. You really make my day
Deletetq puan. saya sedang membakar biskut nih sekarang. harap2 menjadi
ReplyDeleteGood luck k.Nanti share ye hasil biskut tuh nanti ye
DeleteSalam puan..nk tanya kalau 1 balang kecil hrga berapa dn berapa keping dn blg bsr jugk..
ReplyDeleteWaalaikumsalam....saya tak pasti puan sebab saya buat untuk makan sendiri. Tapi di PKNS Shah Alam yang terkini, saya nampak ada dijual dalam RM22-25 bagi balang kecil
DeleteDh siap bakar tu nk spu kuning telur ats biskut tu ker
DeleteTak perlu sapu apa-apa puan. Biskut tuh memang dah berkilat lepas bakar. Boleh terus makan atau simpan dalam bekas k.
DeleteNk tnye bancuhan tpg florentine bersama kekacang tu x perlu cmpur air kn
ReplyDeleteTak perlu puan. Just campurkan tepung Florentine dengan semua kacang dan terus bakar
DeletePuan. Barang2 tu puan dapatkan di mana ye?
ReplyDeleteBoleh beli di semua kedai menjual bahan-bahan bakeri. Saya beli di kedai Bake With Yen dan Whisk
DeleteAssalamualaikum.. Terima kasih info berguna dr puan... Firts sy buat guna loyang melekat... Pastu sy cuba cara puan.. Alhamdulillah...
ReplyDeleteAlhamdulillah:)
DeleteBileh tahu beli kat mana tepung tu
ReplyDeleteBoleh beli di semua kedai menjual bahan-bahan bakeri. Saya beli di kedai Bake With Yen dan Whisk
DeleteBoleh tahu guna api ats bawah ke?
ReplyDeleteYa guna api atas bawah
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMaaf bertanya, kekacang tu perlu dibakar api atas bawah atau bwh shj?
ReplyDeletekekacang tuh bakar guna api atas dan bawah
DeleteSaya nak tanya, tepung florentine ni bila dimasukkan kedalam cup tu memang akan melekat ke?
ReplyDeleteSepatutnya tak melekat. Kalau dah melekat maknanya tepung dah lama terdedah pada udara
DeleteAssallamualaikum. terima kasih share. mcm best jer resepi ni... rasa mcm nk try buat sendiri. tak pernah buat kueh raya sendiri. selalu beli jer. TAPI baca resepi puan terus jadi semangat nak buat sendiri je. TQ ye sbb share kpd semua.
ReplyDeleteSama2. Selamat mencuba ye:)
DeleteTrima kasih admin sbb share resipi ni..mudah mudahan Allah murahkan rezeki min..in sha Allah aamiin
ReplyDeleteSama-sama kasih. Aminnnn.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGuna cara kertas muffin yg tebal tu lebih mudah. Cuma kalau kita tak nak guna sudu kan, berapa gram nk buat satu keping tu? Lagi satu soalan, masa kita nk masukkan ke dalam kertas muffin tu, kira pakai adunan tadi sekali gus kah? Memandangkan kita nk recycle kertas muffin tu, tunggu sejuk and keluarkan yg dh siap and masuk yg baru menyebabkan adunan tadi sedikit sebanyak terkena udara. Sudu pun dh byk melekat dgn tepung florentin ni.
ReplyDeleteTak sure berapa gram sebab guna sudu lebih mudah. Lepas masukkan adunan dalam kertas muffin, tutupkan bekas adunan yang berbaki tuh dengan pinggan untuk meminimakan adunan terdedahbpada udara. Yupp sudu memang akan melekat dengan adunan tuh. Kita boleh kikis adunan yang melekat pada sudu tuh dengan sudu lain atau pisau.
DeleteSalam. Puan oven suhu atas bawah atau macam mana ye
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Yupp suhu atas bawah
DeletePekerjaan: Real Estat / keramahan
ReplyDeleteposisi: Direktur Utama
Nama: Najwa Mohammed
Kota: Miri
Pinjaman yang saya dapatkan: Rm 1,5 juta
suku bunga: 1%
Email saya: najwamohammed369@gmail.com
Halo, saya berterima kasih kepada Allah SWT atas kebaikan dan berkah yang saya dapatkan dari AASIMAHA ADILA LOAN FIRM awal tahun 2020 ini, saya ingin media ini membiarkan sesama muslim di Malaysia, Tahun lalu saya telah mengajukan pinjaman berkali-kali dan saya bodoh , Tahun ini ketika saya melalui berita bisnis menonton saya di Aljazeera, saya melihat nama AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM dalam wawancara menjelaskan paket mereka dan bagaimana mereka terbang untuk memberikan pinjaman dan dana amal kepada orang-orang yang ingin memulai bisnis tahun ini. Jadi, saya mendengarkan dan saya menghubungi mereka dengan deatail kontak mereka di televisi, saya melamar Rm 1,5 juta, pada tingkat 1% dan pinjaman saya disetujui dan saya mendapatkan pinjaman saya semudah mungkin. Saya mendapat pinjaman dan berinvestasi lebih banyak ke real estat suami saya. suami saya dari indonesia, banjir mempengaruhi rumah keluarga kami di jakarta, sejak kami mendapatkan pinjaman, kami telah memperbaiki banyak hal dan membayar hutang bank juga. Jika Anda ingin perusahaan pinjaman nyata dan sah Anda bebas untuk mendaftar sekarang dan mendapatkan pinjaman Anda . Selalu ingatkan diri Anda untuk menjadi kuat dan tidak pernah menyerah. Semakin Anda jatuh, semakin kuat Anda untuk bangun. Jangan pernah menyerah bagaimanapun caranya. Buat janji untuk mimpi Anda seolah-olah Anda berjanji kepada anak Anda. Saya berharap Anda tahun yang lebih besar. Semoga Allah memberkati mereka, Allah
DAFTAR SEKARANG
E-mail****aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
Whatsapp **** + 447723553516
Nama saya Asep Darjat. Mesej ini disampaikan kepada semua warga Indonesia. Biarkanlah pinjaman dari induk kami.
ReplyDeleteSaya benar-benar akan berterima kasih kepada Allah kerana kebaikan yang anda lakukan dengan membantu saya dan hari ini saya mendapat pinjaman sebanyak RM75,000.00 untuk menyelesaikan masalah saya.
Saya terima telefon saya pada pagi ini amaran dari bank saya CIMB yang mengesahkan bahawa saya memperoleh pinjaman dalam akaun saya dengan jayanya.
Saya mengucapkan terima kasih kepada wanita Puan Deborah kerana saya berpegang kepada kepercayaan saya dan dengan rahmat Allah, saya telah berjaya mendapatkan pinjaman saya.
Terima kasih banyak - banyak.
Saya juga akan memaklumkan kepada kawan-kawan dan orang tersayang yang memerlukan pinjaman. Terima kasih banyak Deborah, saya berdoa agar Allah menyertai kamu.
Hubungi Ibu Deborah melalui
e-mel: avantloanson@gmail.com
WhatsApp: +6281334785906
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ReplyDeleteWhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663
Telephone..Number:[+60]1123759663
email:::::::hafizulbin365@gmail.com
Name::::Hafizul Bin Haziq
Country:::Malaysia
Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
Country::::::Malaysia
Name::::::::Hafizul Bin Haziq
email::hafizulbin365@gmail.com
Telephone Number:[+60]1123759663
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
Assalamualaikum,
ReplyDeleteNak tanya, satu adunan boleh dpat berapa keping ya?