Menjelang Hari Raya Aidilfitri
In sya Allah
this will be my last entry sebelum bercuti untuk menyambut Hari Raya
Aidilfitri.
Untuk
sesiapa yang terbaca blog ni, den doakan semoga selamat di dalam perjalanan
balik ke kampung untuk berhari raya dan selamat balik ke rumah sendiri untuk
meneruskan kehidupan. Semoga Hari Raya Aidilfitri kita sama-sama diberkati. Jangan
terlebih makan, peringatan kepada terutamanya kepada diri sendiri yang ada
masalah kolesterol nih huhuhuhuhu. Diharapkan jua semua amalan baik yang
diamalkan di bulan Ramadhan tahun ini in sya Allah dapat dikekalkan selepas
hari raya nanti.
Menjelang
raya nih, terkenang pula raya masa Allahyarham emak dan Allahyarham atok masih
ada.
Hari Raya Aidilfitri Fasa Bersama Allahyarham
Emak
Allahyarham Emak
meninggal dunia pada tahun 1988 masa den berumur 10 tahun.
So den rasa
den ingat betul kenangan dengan Allahyarham Emak sejak umur den tadika (6
tahun) sampai dia meninggal dunia. Kenangan sebelum umur 6 tahun tuh memang tak
ingat langsung rasanya ke pernah ingat sikit-sikit walaupun blur-blur tapi
disebabkan dah banyak memory lost, makanya tidak la teringat.
1. Den, Allahyarham
Emak dan abah duduk di Butterworth dulu. So setiap kali raya, kitaorang akan
naik keretapi balik beraya kat rumah atok di Port Dickson. Den suka je la naik
keretapi sebab boleh beli makanan yang dijual dalam keretapi tuh (rupanya dari
dulu den dan kesukaan terhadap makanan tak dapat dipisahkan sampai la sekarang
ye).
2. Baju
kurung den masa zaman raya dengan Allahyarham Emak memang berfesyen-fesyen,
kalah fesyen zaman sekarang hehehehehehe. Baju raya terakhir den dengan Allahyarham
Emak sebelum dia meninggal dunia warna hitam dan kuning, ada reben kat
pinggang. Glamour habis la masa tuh hehehehehe.
3. Setiap
kali duit raya yang den dapat sepanjang berhari raya Allahyarham Emak akan
simpan dalam ASB. Hasil pengumpulan duit raya di dalam ASB nih la den gunakan
untuk top up pembelian kereta dan rumah 15 tahun kemudiannya. Allahyarham Emak
memang sangat berjimat cermat orangnya.
4. Ada
sekali tuh masa raya kat Port Dickson, Allahyarham Emak sakit gigi yang gila-gila.
Dah raya memang la semua klinik gigi tutup. So disebabkan Allahyarham Emak tak
larat sangat, Allahyarham atok hantar makanan kat bilik untuk Allahyarham Emak.
Raya kedua ke raya ketiga baru ada klinik gigi yang buka, barulah boleh cabut
gigi yang rosak tuh.
5. Den pakai
baju raya yang berambu ramba, sekali tuh terjatuh tangga tergolek-golek sampai
ke bawah. Dah berjahit kepala den masa hari raya tuh.
6. Baju den tersambar
bunga api kat bahagian belakang. Sepupu den si Boboy tak sengaja terletak bunga
api tuh dekat dengan baju den. Bila rasa belakang den panas, makanya den pun
gosok la belakang den tuh dengan belakang tangan kiri. Sudahnya tangan kiri den
pun cedera juga kena api. So berparut la tangan kiri dan belakang den akibat
bunga api sampai sekarang. Masa den dok menangis sebab sakit luka kena bunga
api tuh dirawat oleh Mak Jai, adik abah yang merupakan seorang jururawat, Pak
Su den (adik abah yang bongsu) cakap ‘siapa tangan buruk tak boleh dapat duit
raya’. Lagi kuat la den meraung sebab tak boleh dapat duit raya hehehehehehe.
Banyak lagi
kenangan hari raya dengan Allahyarham Emak tapi yang nih yang den teringat
semasa menulis post nih.
So tahun
2018 nih, dah 30 tahun den berhari raya tanpa Allahyarham Emak.
Sedih ke
beraya tanpa Allahyarham Emak? Masa umur den 11 - 12 tahun memang sedih sangat
rasanya. Siap menangis kat bilik air sebab tak nak orang tau den menangis.
Lepas-lepas tuh dah macam rasa okay je la kot. Time will never heal the pain,
it will only make it numb I guess. Dah tua-tua macam nih lagi tak terasa
apa-apa sebab dah sibuk dengan urusan dunia yang macam-macam.
Hari Raya Aidilfitri Fasa Bersama Allahyarham
Atok
Tahun nih
merupakan tahun ketiga den beraya tanpa Allahyarham Atok.
Kehilangan Allahyarham
Atok lebih terasa sebab masa atok meninggal dunia pada 2016, den dah tua, umur
38 tahun. So bila dah makin tua, kita ada lebih banyak memories camtuh.
1. Kalau
cerita pasal raya nih, den teringat zaman-zaman den sekolah dan sampai la den
belum kahwin, tugas utama den adalah membantu Allahyarham Atok sebab den dah
ala-ala tuan rumah juga sebab Allahyarham Atok membesarkan den sejak Allahyarham
Mak meninggal pada 1988.
2. Kadang-kadang
den kena tolong Allahyarham Atok lap tingkap dan kipas. Dah la banyak tingkap
dan kipas sebab rumah Allahyarham Atok 2 tingkat, stress ooooo hehehehehhee.
3. Lepas tuh
kena sediakan set cadar dan sarung bantal serta tuala kat bilik-bilik yang ada
untuk kegunaan sanak sedara yang akan datang beraya nanti.
4. Bab kena vakum
carpet dan lantai yang paling den malas sekali sebab rumah Allahyarham Atok ada
banyak perhiasan pasu dan bunga, etc. So jenuh k nak memvakum di celah-celah
perhiasan nih semua.
5. Tugasan
utama den di kala raya juga adalah mengilatkan 7 dulang tembaga yang Allahyarham
Atok ada yang diletakkan sebagai perhiasan di dinding. Jenuh tau nak kilatkan
dulang tembag tuh guna Brasso.
6. Kalau bab
masak, den akan tolong bab goreng kacang, tumbuk kelapa untuk buat kerisik,
masukkan pulut dalam daun pisang, etc.
7. Dah siap
kisah kat rumah Allahyarham Atok, nanti sure Mak Long yang duduk sepelaung dari
rumah Allahyarham Atok panggil untuk tolong dia buat kuih Mazola pulak.
Camtuh la
kenangan raya den yang kadang-kadang memang den teringat.
Tahun nih Allahyarham
Emak dan Allahyarham Atok dah takde, Mak Long pun dah start sakit. I am getting
old, dah lebih susah hati mengenang ketidaksediaan untuk meninggalkan dunia. So
raya lebih bersederhana dan mellow rasanya. Mujur ada anak-anak. So den dan
buong beraya la juga tapi sederhana je la.
0 Comments