Buku nih den baca masa bulan Mei lepas tak tak sempat-sempat nak review.
 
5 star. Superb and engaging storyline. Memang best sangat buku ni.

Buku nih memang sangat best. Sungguh den tak sangka. 

Rasanya dah dalam 2,3 bulan juga den dah beli buku ni melalui pos tetapi terletak di atas meja di pejabat sebab macam takde rasa nak baca.

Rabu minggu lepas masa den nak pergi ke site visit tengok progress kerja satu company yang hazabedah kerjanya yang mengundang amarah di bulan Ramadhan tuh, den terambil buku ni sebab dia yang terpaling dekat dengan den masa dah kalut-kalut nak keluar dari pejabat tuh.
Takde harapan tinggi kepada buku ini tetapi hati terus terpaut dan terpesona apabila membaca mukasurat pertama novel setebal 233 mukasurat ini. 

Bahasa yang puitis tetapi mudah difahami, tidak terlalu sastera untuk otak den yang selalu blur ini.

Kisah persahabatan dan semangat setiakawan di antara Dhiya, Adi dan Lim berlatarbelakangkan landskap di Melaka. Pelbagai maklumat tentang Melaka daripada sudut yang den tidak pernah ketahui.

Maklumat terperinci tentang persembahan opera Cina, budaya Baba Nyonya, perincian tentang barang kemas pusaka yang sangat mempesonakan, etc.

Dah lama tak baca novel Melayu yang menyebabkan den termasuk di dalam jalan cerita itu sendiri tetapi novel ini menyebabkan den turut sama berdebar-debar apabila ketam Dhia dan ketam Tam bertarung di dalam liga ketam lumpur (Uca annulipes) yang paling epik pada ketika itu yang mana taruhannya adalah harta warisan turun-temurun yang telah hilang yang mampu merapatkan jurang antara dua bangsa yang telah tercalar hati mereka.

Novel ini juga menceritakan beberapa kali tentang sistem pendidikan yang sedia ada pada ketika itu yang tidak adil kepada mereka yang tidak menguasai pelajaran seperti menyeluruh seperti yang dinyatakan di mukasurat 32 dan beberapa mukasurat lain.

Rasanya isu pendidikan sehingga sekarang sebenarnya mempunyai sisi yang satu ini iaitu pukul rata untuk semua budak tidak berdasarkan minat serta potensi mereka dan juga terlalu KBAT sampai parents pun pening kepala nak mengajar. 

#Den sangat mengharapkan Menteri Pendidikan yang baru ini akan membuat perubahan drastik kepada dasar pendidikan Negara yang sedia ada ini.

Membaca novel ini membuatkan den terkenang pada zaman kanak-kanak den yang berlangsung lebih kurang pada tahun yang sama. Pada tahun 1984, den berumur 6 tahun. Zaman 1980an adalah zaman di mana kanak-kanak boleh bermain secara berleluasa bersama kawan-kawan tanpa pengawasan ibu bapa sebab tiada ada yang perlu ditakutkan sangat, tiada penculikan, tiada pedophiles, etc. Kalau main tuh memang sampai ke malam, sampai kena hambat balik dengan mak salah seorang kawan-kawan. Zaman kanak-kanak yang tidak dapat dinikmati oleh anak-anak den sekarang atas pelbagai faktor terutamanya keselamatan.

Novel ini memang mengundang kita mengenang nostalgia lama, zaman kanak-kanak yang penuh dengan pengembaraan dan kegembiraan serta persahabatan yang sangat jujur dan telus. Zaman yang hanya sangat sibuk dengan main dan terus main.

Novel ini juga mengajak kita bersama-sama memikirkan rasionalisasi pembangunan yang dijalankan di Melaka, adakah setiap pembangunan itu perlu, ada nilainya atau dibuat semata-mata atas nama pembangunan tanpa nilai yang tertentu yang memberi impak daripada pelbagai sudut.

Penyiasatan oleh kanak-kanak berumur 9 - 10 tahun yang boleh disamakan dengan debaran penyiasatan ala-ala Sherlock Holmes atau Nancy Drew.

Sedih pula ending buku ini bila Dhia menyepikan diri daripada kawan-kawan baiknya iaitu Adi dan Lim. I am a sucker for a happy ending for books and movies. Who doesn’t right?

#Den baca novel nih dalam tempoh 3 jam.

Please read this awesome novel.

0 Comments