Hoan Kiem Lake and Red Bridge, Hanoi
Hoan Kiem
Lake ni bagi den adalah ala-ala Taman Tasik Shah Alam atau Taman Tasik
Titiwangsa gittew iaitu tempat kita berehat bersama keluarga dan sahabat
handai.
Masa
kitaorang berjalan di sini, memang ramai orang sedang beristirehat dan
berjalan-jalan di sini. Kebetulannya hari Sabtu, makanya memang ramai la orang.
Ada juga
beberapa orang sedang berjogging dan ada sepasang pengantin sedang photoshoot.
Landskap kat
sini memang cantik dengan pelbagai jenis pokok bunga yang bewarna warni
ditanam. Memang spots yang cantik la untuk bergambar.
Ada juga
Hanoi Kafe yang terletak betul-betul sebelah tasik. Kita boleh minum kopi
sambil kita melepak menengok pemandangan tasik.
Red bridge yang
terletak di Hoan Kiem Lake memang sangat cantik untuk bergambar sebab warnanya
yang terang.
Terdapat
temple kecil kat sini iaitu Ngoc Son Temple. Untuk melawat temple ni kita kena
beli tiket. Kitaorang memang tak plan nak melawat temple tuh. Kitaorang
bergambar kat red bridge tuh je. Tapi disebabkan ramai orang pun nak bergambar
di red bridge tuh, dapat la bergambar sekupang dua je di sini.
Kaunter tiket pun klasik |
Dari lepas Asar
membawa ke tengah malam (tak pasti samada during weekend je ke atau memang
setiap hari begini), ada beberapa jalan di sekitar Hoan Kiem Lake ini yang
ditutup bagi penduduk kat sini melakukan aktiviti riadah. Kitaorang ternampak
orang main takraw, skuter, etc.
Ada juga aktiviti
membawa kereta atau motor mainan oleh kanak-kanak. Terlekat sekejap kitaorang
kat sini sebab seronok tengok kiddos bawa kereta yang comel tuh hehehehhee.
Ada
sekumpulan remaja yang sakan dok menari tarian moden dengan jayanya. Yang pakai
costume ala-ala cosplay pun ada. Memang meriah la tapi den tak ambil gambar
sebab terpesona tengok diaorang menari.
Banyak
jualan buah-buahan potong terutamanya buah mangga yang sangat besar dan
menggoda jiwa, pelbagai makanan macam bebola ikan, daging, etc + pelbagai
mainan yang boleh merobekkan poket ibu bapa.
#den
sebenarnya macam nak beli je buah mangga potong tuh tapi member den cakap kalau
sakit perut nanti akan memberi kesan pula pada aktiviti satu hari ke Halong Bay
keesokan hari, makanya tak dapat la den merasa buah mangga yang nampak
menyelerakan tuh.
Pemandangan
red bridge pada waktu malam pun memang cantik juga sebab ada kerlipan lampu.
Cumanya disebabkan kamera den tidak canggih, makanya gambar yang diambil tidaklah menggambarkan suasana sebenar.
0 Comments