Day 2 - Hanoi City to Ha Long Bay - lunch on boat - kayaking@bamboo raft - Dong Tien Cun cave hiking - tea on boat - back to Hanoi city - dinner di Cosiana Hotel

Hari kedua sesi berjimbaan di Hanoi dimulakan dengan breakfast French toast dan omelette yang disediakan oleh hotel.
Breakfast with the view gittew
Lepas tuh hampir satu hari suntuk dihabiskan dengan trip ke Ha Long Bay.

Jauh perjalanannya sebab Ha Long Bay terletak di Hoa Nin province, in north east of Vietnam. Perjalanan dari Hanoi City ke Ha Long Bay adalah sejauh 160 km dan mengambil masa 4 jam.

Menurut tour guide kitaorang pada hari tu, disebabkan Vietnam mengamalkan konsep ‘slower for safer’ kekdahnya, maka maximum speed limit yang dibenarkan di highway adalah 90km/jam manakala untuk jalan biasa, kelajuan maksima yang dibenarkan adalah 50km/jam.
Tour guide kitaorang untuk Ha Long Bay trip
Disebabkan speed limit yang begitu dan ditambah pula dengan keadaan trafik yang agak sesak disebabkan hari Ahad, memang kematu la bontot duduk dalam bas.

Maknanya untuk perjalanan trip Ha Long Bay ni, 4 jam dari Hanoi City ke Ha Long Bay dan 4 jam balik dari Ha Long Bay ke Hanoi City. So perjalanan je dah 8 jam.

Masa untuk Ha Long Bay trip tuh daripada naik kapal - kayaking@bamboo boat - cave hiking tuh dalam 5 - 6 jam je sebenarnya.

Disebabkan almost 8 jam berada di dalam bas, makanya sempat la den habis membaca sebuah novel yang dipinjam di hotel yang bertajuk The Handmaid’s Tale oleh Margaret Artwood walaupun novel tuh agak heavy.

Sepanjang perjalanan pergi dan balik selama 8 jam tuh, hampir 50% perjalanan dijamu dengan pemandangan sawah padi ala-ala macam kat Sekinchan.

Perjalanan pergi dari Hanoi City ke Ha Long Bay dan balik dari Ha Long Bay ke Hanoi City memang akan berhenti di satu tempat macam hentian RR kat Malaysia la yang menempatkan toilet, restoran dan pusat kraftangan oleh orang kelainan upaya (OKU).
Ada pelbagai kraftangan macam lukisan daripada benang, patung, beg, kain, pakaian, jade, jewellery, makanan, etc tapi harganya memang meletops yang pengsan la. Beg yang sebijik sejibon den beli di pasar malam di Old Quarter dengan harga RM 28 kat sini harganya dalam RM 150.
Gambar-gambar yang diambil secara illegal
Nih pun jatuh dalam RM150 sekeping....pitam
Menarik sebenarnya pusat kraftangan nih sebab kita boleh tengok sekali pekerja tengah membuat lukisan tapi sayangnya kita tidak dibenarkan mengambil gambar di sini. Macam mana kan nak promote barangan kat sini kalau tak boleh ambil gambar. Haish. Kitaorang sempat tengok seorang pekerja membuat lukisan menggunakan benang macam benang cross stitch. Punya la terror dia tengok warna benang dah tau nak ambil yang mana satu untuk ditenun pada lukisan tuh. Den yang pernah buat cross stitch pun selalu terkeliru walaupun dah ada kod benang pada corak cross stitch tuh. Serious terror depa nih.

Disebabkan harga semua barang gegak gempita, tidaklah kitaorang mampu beli barang seketul pun kraftangan yang ada di sini. Den cuma mampu beli balm berasaskan bisa ular tedung je.
Nih je la yang den mampu beli huhuhuhu
Habis je Ha Long Bay trip tuh, memang la kita akan sampai di Hanoi City pada waktu malam, dalam pukul 9 macam tuh. 

Turun je dari bas, kitaorang terus menapak ke Cosiana Hotel untuk merasa masakan halal di sini. Disebabkan restoran ini adalah Singaporean Restaurant, makanya makanannya adalah seumpama makanan di Malaysia. Badan dah penat dan perut pun lapar, makanya sakan la kitaorang dinner di sini dengan jayanya. Harga adalah standard hotel. 
Sakan melantak dua-dua orang perempuan ni
Sampai je hotel, lepas je mandi, terus je la membongkang tidur sebab kepenatan.

0 Comments