Ha Long Bay Day Trip, Hanoi
Lawatan Ha
Long Bay yang kitaorang ambil ni adalah lawatan satu hari suntuk atau One Day
Ha Long Bay Trip termasuk bas (dari Hanoi City to Ha Long Bay dan balik dari Ha
Long Bay ke Hanoi City) + cruise + lunch on boat + kayaking@bamboo raft + Dong
Tien Cun cave hiking + tea on boat dengan kos RM 174 (1 juta Vietnam Dong).
Menurut tour
guide, Ha Long Bay bermaksud descending
dragon. Ha maksudnya descend atau daratan/tanah. Long maksudnya
naga.
Menurut beliau, Ha Long Bay mendapat pengiktirafan daripada UNESCO World
Heritage Committee dan dimasukkan di dalam senarai Tapak Warisan Dunia (World
Heritage List) sebanyak dua kali iaitu pada 1994 atas nilai estetika dan
kecantikan (beauty value) dan pada
tahun 2010 atas nilai geologi (geological
value) iaitu ciri-ciri batu kapur asli (original
limestone karstic geomorphologic features).
Terdapat
lebih kurang 2000 islands on the bay yang mana 90% daripadanya terdiri daripada
batuan kapur.
Sebelum
sampai ke pengkalan terminal kapal tuh, kita boleh nampak sangkar-sangkar
penternakan tiram di kiri kanan jambatan. Tak sempat pula nak ambil gambo.
Haish.
Masa bas
jejak je sampai kat terminal kapal, hujan mula turun renyai-renyai dan
berterusan sepanjang program bamboo boat dan cave hiking sampai la kitaorang
balik semula ke pengkalan.
Ramai gila orang sebab hari ahad |
Kena pakai tag supaya tak terkeliru dengan tour group yang lain |
Di pengkalan
nih, ada kiosks menjual cenderahati macam tshirts, topi, etc yang kebanyakannya
bertemakan Ha Long Bay. Tidak la den ketahui harganya okay ke mahal tapi den
beli la sepasang baju untuk kiddos buat kenangan (lebih pada membeli jiwa sebab
mama meninggalkan diaorang pergi berjimbaan bersama kengkawan hehehehehehe).
Sampai je
kat pengkalan tuh, memang boleh nampak berderet-deret kapal tersusun untuk
membawa semua pelancong menikmati keindahan Ha Long Bay gittew.
Kitaorang
naik kapal yang namanya Alova Cruise. Kapal memang cantik. Kalau kapal cenggini
dah cantik, sure la kapal Titanic tuh meletops kan.
Kapal adalah
sangat besar dan selesa. Semua kapal untuk Ha Long Bay tour nih ada 2 tingkat. Tingkat
bawah adalah restoran atas kapal di mana kita akan menjamu selera makan
tengahari dan minum petang di sini. Kita akan diletakkan di meja yang
bersesuaian dengan menu kita. Disebabkan kitaorang minta menu seafood makanya
diletakkan kitaorang semeja dengan makwe seksi yang cantik daripada Indonesia.
Dek atas
adalah tempat untuk mengambil gambar. Disediakan beberapa buah kerusi dan meja
kat atas ni untuk kita bersantai. Disebabkan sepanjang satu hari trip ni hujan
renyai-renyai so tak boleh la nak melepak sangat kat dek ni sebab sana sini
basah huhuhuhuhhu. Disebabkan entah bila lagi nak datang ke Ha Long Bay ni,
makanya tetap la juga bersemangat waja nak bergambar di sana sini di kala hujan
renyai tuh.
Nak bersunbathing pun tak dapat sebab hujan |
Sakan perempuan nih bergambar |
Gambar tuan tanah dilupa jangan |
Kapal yang
besar ni adalah stabil ye, in sya Allah tak akan mabuk laut.
Bawah meja
makan tuh ada je disediakan life jackets tapi tiada seorang manusia pun yang
pakai.
Surprisingly
toilet di dalam kapal tuh sangat okay ye. Mula-mula den bajet tandasnya macam
cerita Anaconda yang Jeniffer Lopez berlakon masa dia belum flawless sangat tuh
tapi toilet nya memang okay.
Ha Long Bay
nih merupakan gugusan pulau batu kapur gittew. Ada satu pulau di sini yang namanya
Lucky Island di mana pulau ini diabadikan pada wang 200,000 Vietnam Dong. Maka
berbondong-bondong la manusia mengambil gambar duit 200,000 VD dengan berlatar
belakangkan Lucky Island tuh.
The Lucky Island |
Duit yang mengabadikan Lucky Island |
Happy sangat ni |
Makanan
tengahari dia sedap je la untuk tekak orang macam den nih ha.
Surprisingly
sayur kobis tumis dia sedap gila k. My favourite food sepanjang den kat sini.
Menu lunch kitaorang. Boleh tahan meriah untuk 4 orang makan. |
Spring rolls ni sangat sedap |
Udang sangat fresh |
Kitaorang tak makan sayur ni sebab ada ayam |
Macam cucur ikan |
Walaupun kobis nih plain looking tapi serious sedap k |
Minum petang
sempoi je. Sengkuang dan kek kecil.
Memang telah
dibagitau awal-awal bahawa hanya makanan termasuk dalam pakej tour. Minuman
hendaklah dibeli sendiri di dalam kapal. So untuk senang, better tapau air
mineral, etc siap-siap dari hotel k.
Ada dijual
purse, mutiara, tshirts, keychains dan fridge magnets di dalam kapal nih tapi
tak pasti harganya camne, adakah lebih mahal dari kedai souvenir di pengkalan
ke macam mana.
Siap ada
adegan mendebarkan sedikit di mana kapal kitaorang terlanggar bucu kapal lain.
Dah langsung den berdebar takut jadi Titanic. Dah la takde Jack Dawson kat sini
kan nak ber 'I promise I won't let go’ atau ‘You jump I jump' kan.
Kapal ini
akan membawa kita ke satu tempat untuk aktiviti kayaking @ bamboo boat dan Dong
Tien Cun Cave Hiking yang mana in sya Allah den akan ceritakan di dalam
blogpost akan datang k.
Ha Long Bay day
trip yang paling best dikhabarkan berharga 45USD yang akan melalui route yang
lebih besar dan berhenti di beberapa perhentian dan sepatutnya dapat tengok
lebih banyak pulau + kayaking@bamboo rafting + masuk tengok gua batu kapur (cave
hiking) + berjalan-jalan kat satu pantai ni.
Dikhabarkan dengan bayaran USD45 kita patut dapat trip dengan route yang merah tuh |
Ada je pakej
yang khabarnya berharga 21USD tapi tak masuk tiket bas. Kalau dah takde tiket bas,
celah mana nak menyampai ke Ha Long Bay tuh sebab memang kena naik bas@kereta dari
Hanoi City. 4 jam kot perjalanan sehala.
Ada juga Ha
Long Bay 2D1N overnight at the boat trip. Sama je itinerary dia macam one day
visit cumanya kita akan bermalam di atas kapal, ada BBQ, ada sesi bersantai
waktu malam, waktu lawatan ke setiap tempat lebih lama, etc. Mula-mula
kitaorang rancang nak ambil pakej ni tapi macam tak cukup masa plak. Kalau tak
dapat la merasa tidur dalam kapal gittew.
Kalau kita
berlimpah ruah duit dan nak tengok pemandangan Ha Long Bay secara birdview,
makanya bolehlah kita melawat Ha Long Bay menggunakan seaplane yang boleh
memuatkan 9 org di mana harganya bermula dari 70USD bagi seorang untuk 20 minit.
Kalau datang
Hanoi tapi tak melawat Ha Long Bay macam tak sampai ke Hanoi gittew.
0 Comments