Ada pelbagai dan sangat banyak kedai kopi di Bandar Hanoi ni. 

Rasanya asal berjalan je mesti akan ternampak kedai minum kopi. Dalam satu deretan rumah kedai, macam memang ada je kedai kopi.

Walau macam manapun, dalam kebanyakan blog yang member den tengok, ramai orang kata egg coffee di Giang Coffee ini adalah yang paling terkenal di Hanoi nih yang terletak di lot kedai 39. 

Makanya kitaorang dengan pandu arah Google Map berjaya menjumpai kedai Giang Coffee nih setelah tersesat barat sekupang dua. Kedainya old school dan comel lote sangat kalau nak dibandingkan dengan kedai kopi yang lain.

Tetapi mungkin kerana seperti kata ramai orang yang kopinya sangat sedap, dua kali kitaorang minum di sini, dua-dua kali tuh juga la kedai nih penuh dengan orang ramai minum kopi bersama keluarga dan rakan taulan. Rasanya kedai ini special sebab dia mengekalkan ciri tradisional gittew.

Disebabkan kedai kopi ini sangat kecil, tiada istilah lepak dan minum kopi secara santai sebab orang ramai beratur nak duduk minum di sini kot. So secara common sense nya, kita akan minum kopi ini sampai habis, lepas tuh sila la beredar meninggalkan kedai ini sebab ada ramai orang lagi nak minum kopi di sini.

Den tak sempat ambil banyak gambar di kedai ni sebab penuh sangat dengan orang yang sakan dok minum kopi. So ada la beberapa keping gambar yang senget benget dan blur di sana sini.
Kerusi minum kopinya comel-comel je sebab orang Vietnam pun ramai yang kecil molek dan kurus-kurus. Makanya bila den yang BMI mengerikan nak duduk di kerusi macam ni memang la terpleot sikit

Ada pelbagai menu bertemakan kopi di sini.

Yang paling popular yang dikatakan wajib diminum kalau kita berada di Bandar Hanoi ini adalah egg coffee. Menurut tourist guide masa trip pada hari ketiga, sejak 1946, egg coffee adalah sangat popular di Hanoi. Katanya ‘the 10 drink you must drink before you go to heaven gittew’.

Makanya pada hari pertama, kitaorang minum la egg coffee tuh. Surprisingly tiada rasa hanyir telur, maybe sebab kopi dia yang terlalu kuat menenggelamkan bau hanyir telur. Rasa egg coffee nih bagi den terlalu rich. Member den tak lalu minum hehehehehe. Dia habiskan la juga secawan kopi tuh tapi dia dah tak nak minum lagi egg coffee tuh katanya, muak sedikit gittew.
Egg coffee yang terkenal di dalam cawan yang berbeza

Kali kedua kitaorang ke sini, den order Cinnamon Coffee tapi dibaginya Cinnamon Egg Coffee. Rasanya tetap rich tapi berbau wangi dan berperisa kayu manis.
Cinnamon egg coffee
Kedua-dua egg coffee dan Cinnamon Egg Coffee bagi den okay je, sedap tetapi agak muak sedikit sebab rasanya macam terlalu pekat. Okay je kalau nak minum tapi den lagi suka minum kopi O biasa heheheheheehe. Biasalah orang old school macam den nih ha sukakan benda yang biasa, asli dan normal, tidak terlalu dihipsterkan sangat.

Walau bagaimanapun, kalau datang berjalan ke Bandar Hanoi, wajib minum egg coffee di Giang Coffee nih ye sebab egg coffee adalah salah satu keunikan Hanoi.

0 Comments