Kalau dah namanya peminat dinosaurs, digagahkan juga la ke mana-mana pameran yang berkaitan dinosaurs kalau berkesempatan.

Segala maklumat berkaitan Dinosaur Kingdom nih den telah nyatakan di dalam tajuk di atas.

Kitaorang sampai sini dalam pukul 4 petang dan bergerak balik ke Shah Alam dalam 8.30 malam. Sampai sini di kala cuaca masih panas lagi walaupun tak seterik mana dan balik bila dah malam.
Masa baru sampai
Just before kitaorang bergerak balik
Untuk ke sini, memang perlukan duit yang boleh tahan merabakkan poket.

Harga Tiket

Harga tiket : RM 30 seorang bermula dari umur kanak-kanak 3 tahun ke atas. Harga tiket bagi kanak-kanak dan orang dewasa sama sahaja iaitu RM 30.

Kanak-kanak 3 tahun ke bawah percuma.

Ada family package iaitu 4 tiket RM 100. So save RM 20.

Tiket boleh dibeli secara atas talian di laman web www.themepaktu.com atau walk in beli di kaunter yang disediakan.
Dino di kaunter tiket
Dengan tiket RM30 ini, kita boleh:

1. bergambar dengan semua dinosaurs animatronic yang ada (dalam 20 ekor rasanya) yang berada di sekitar Dinosaur Kingdom ni;
Nak eram telur dinosaur katanya
2. bergambar bersama fossil dinosaurs dan membaca pelbagai maklumat berkaitan dinosaurs di Fossil Museum;
3. menonton persembahan dinosaurs vs manusia di Live Show Theatre;

4. mendapatkan maklumat di Education Hub; dan

5. taman permainan mini.

Token

Token diperlukan di semua tempat permainan yang disediakan ye. Paling kurang 1 token untuk satu permainan. Tapi kebanyakan permainan perlukan 2 token atau 3 token untuk setiap orang.

Untuk family yang membawa anak-anak, memang wajib la rasanya beli token ni sebab memang potong tangan, potong kaki budak-budak akan nak main paling kurang dua, tiga permainan yang ada di sini.

Token ini dijual di kaunter tiket atau mana-mana tempat permainan. Macam den, beli sikit di kaunter tiket. Kalau tak cukup nanti, beli pula kat kaunter di tempat mainan camtuh la.

Token dijual 1 set = 10 token dengan harga RM 30. Kita tak boleh beli 4 token ke camtuh. Memang perlu beli paling kurang 1 plastik yang mengandungi 10 token. So sekeping token jatuh dalam RM 3 la.

Masa den beli tiket, dia minta kita berikan details (nama, nombor telefon dan email). Kalau kita bagi maklumat ni, diaorang akan bagi free 2 token.

Permainan Yang Terdapat Di Dinosaur Kingdom

Ada pelbagai permainan yang ada kalanya memerlukan kepada beratur yang panjang untuk main sesuatu permainan tersebut. Permainan yang ada di sini adalah:

1. Racing Raptors. 2 token bagi seorang untuk tunggangan selama 2-3 minit. Ianya ala-ala kereta mainan yang kita masukkan token di supermarket tuh. Anak-anak den naik ni dua kali setiap sorang.
2. Triceratops Train. 2 token bagi seorang. Budak-budak akan dibawa mengelilingi kawasan Dinosaur Kingdom ini di dalam keretapi tong drum. Antara permainan yang panjang gila beraturnya.
Lama sangat tunggu giliran nak naik train, dia bantai gigit mata dinosaur. Vandalism sungguh.
3. Fossil Dive. 2 token bagi seorang. Budak-budak diberikan masa 1 minit untuk mencari huruf-huruf yang terdapat di dalam kolam bebola ini untuk membentuk perkataan NIPS. Kalau berjaya akan dapat seekor patung dinosaur. Sesiapa yang tak berjaya akan datang kacang NIPS dalam pek kecil tuh. Anak-anak den jumpa 3 huruf je.
Menyelam je lebih si A tuh. Dapat hurufnya idok juga.
4. 5D Cinema. 3 token bagi seorang. Pengembaraan ala-ala roller coaster. Memang best sebab terasa macam naik roller coaster betul. Budak-budak ni masuk sini sampai dua kali. Mana la omaknya tak bangkrupt kan.

5. The Swamp. 2 token untuk 1 pelampung dinosaur yang boleh dinaiki oleh 2 orang budak-budak. Kita kayuh sendiri pelampung ni. Tak sempat nak naik ni sebab panjang gila barisan.
6. Raptor’s Maze. Macam treasure hunt sambil melarikan diri daripada Raptor. Anak-anak den tak masuk sini sebab diaorang takut kena tangkap dengan Raptor. So den tak tau berapa token untuk main game ni.
Melihat budak-budak dikejar oleh raptor dari kejauhan.
7. Pterosaur’s Nest. Kita boleh panjat ala-ala mount climbing untuk tengok sarang Pterosaur. Tak pasti berapa token sebab budak-budak tak nak panjat.

8. Drift Island. Ala-ala go-cart. Pun tak tau berapa token sebab budak-budak tak main di sini.

9. Ice Fossil dan Baby Dinosaur Trail. Tidak diketahui berapa token sebab tak terjebak di sini.

10. ada beberapa games yang macam kat arked tuh di dalam kawasan Hunters Paradise berdekatan dengan kawasan menjual cenderahati bertemakan dinosaurs.

11. ada juga games macam kat fun fair yang mana kita baling bola masuk dalam bakul, tembak tin, etc yang mana hadiahnya merupakan patung dinosaur. Kebanyakan games nih perlu 2 token untuk 3 percubaan. Kat sini memang ramai orang dewasa mencuba nasib. Kitaorang tengok je la sebab dah tak larat nak berjalan + dan bangkrupsi asyik beli token je.
Makanan dan Minuman

Disebabkan tiada makanan dan minuman yang diizinkan untuk dibawa masuk ke sini, bersedialah membeli air mineral botol kecil dengan harga RM 5 dan burger bodo dengan harga RM 10 seketul di food trucks dan beberapa gerai yang berada di kawasan Dino Bites.
Kawasan ini agak besar juga dan memenatkan untuk berjalan. So ada banyak kawasan juga yang kitaorang tidak termasuk sebab serious kepenatan. Walaupun banyak tempat menarik kat sini, den tak ambil gambar sangat sebab dah tak larat, penat pengsan.
Tong sampah
Budak bertuah peluk tong sampah
Sila tengok persembahan dinosaurs vs manusia di Live Show Theatre yang mana waktu tayangannya adalah pada 1 pm, 3 pm, 5 pm, 7 pm dan 9 pm. Menarik juga persembahannya. Budak-budak paling suka tengok persembahan ni.
Lepas persembahan kita boleh bergambar dengan dinosaur dan pelakon dengan bayaran RM 20. Kita akan dapat sekeping gambar + seekor patung burung hantu.

Tips untuk ke berjimbaan di Dinosaur Kingdom:

1. Habiskan masa selama mungkin kat sini sebab budak-budak sure suka je tengok pelbagai dinosaurs yang ada di sini. Biar berbaloi dengan harga tiket yang dibayar.

2. Waktu terbaik yang tak panas sangat adalah di dalam 3.30 petang ke atas.

3. Jangan datang waktu malam sebab macam tidak berbaloi bayar tiket-tiket mahal tapi spend masa sekejap sangat di sini.

4. Bawa topi dan pakai baju kain serap peluh untuk ke sini sebab kita akan berjalan-jalan dengan jayanya. Pakai kasut yang selesa. Muka confirm berminyak-minyak.

5. Toilet yang proper, surau dan baby room disediakan di bangunan yang menempatkan kaunter tiket. Di kawasan Dinosaur Kingdom, ada toilet bergerak disediakan.

6. Permainan Triceratops Train, The Swamp dan Raptor’s Maze paling ramai orang beratur. Better ke sini dulu kalau tak ramai orang supaya tak perlu beratur panjang.

7. Lebih baik beli token siap-siap di kaunter tiket. Untuk seorang anak paling kurang 10 token. Itu pun tak boleh main semua permainan.

8. Disebabkan persembahan dinosaurs vs manusia di Live Show Theatre hanya 5 kali setiap hari, memang ramai orang nak tengok persembahan ni. Sila beratur paling kurang 15 minit sebelum persembahan bermula sebab akan ada queue yang sangat panjang dan tempat duduk agak terhad. Kalau nak duduk di front row, harus beratur 30 - 45 minit lebih awal rasanya.

9. Kalau nak tengok beberapa rumah contoh yang ada di sekitar Dinosaur Kingdom ni, kita perlu mendaftar lain di sales gallery yang terletak berhadapan dengan kaunter jualan tiket. So better lepas beli tiket, daftar terus di sales gallery. Rumah contoh dibuka sampai 6 petang sahaja.

10. Tempat letak kereta adalah di ruang terbuka. Percuma. Cuma kalau hujan memang masak la.

11. Sila jangan datang masa weekend sebab sure orang ramai gila.

12. Sila siap sedia untuk poket koyak rabak tahap gaban.

Untuk peminat dinosaurs, tempat nih memang wajib pergi sebab memang best. Cuma tak tahan banyak sangat bajet perlu disediakan untuk token tuh.

So selamat berjimbaan di Dinosaur Kingdom ye. Ada masa lebih kurang 3 minggu lagi untuk korang semua ke sini.

Have fun k.

Untuk dapat maklumat details, boleh merujuk di www.themepaktu.com dan www.facebook.com/themepaktu/

Waze je ke Setia Ecohill Welcome Centre k untuk ke sini.

3 Comments