Anekdot Aidilfitri 2018
Selamat Hari
Raya. Maaf Zahir Batin.
Hari ni den
baru masuk kerja. Sakan juga cuti rupanya hehhehehee.
Sebelum den
meneruskan penceritaan tentang blogpost yang tertangguh-tangguh macam trip to
Hanoi, 4 buah buku yang den dah baca dan movies yang den dah tengok, den
coretkan sekupang dua tentang Aidilfitri 2018 untuk kenangan.
The whole
family (den, buong dan kiddos) demam dan selsema bermula 2,3 hari Ramadhan
terakhir membawa sampai hari raya ketiga. So mood berhari raya tuh akan
berkurang sebab kepala dok pening-pening bagai. Kalau sihat pun dah takde mood
sangat nak beraya. Dah sakit lagi terpleot mood tuh.
Masa sedang
bersiap-siap nak pakai baju raya di pagi Aidilfitri kedua tuh, baru la perasan
yang sampin F takde. A pakai sampin F pada 2 tahun lepas. Patutnya memang kena
belikan F sampin baru tapi serious tak teringat langsung. Makanya F pakai la
sampin papa dia yang dilipat dengan sesuka hatinya lalu kembung la sampin tuh
di sana sini. Sudahnya end up tidak bersampin la si F tuh.
A pakai
ketayap yang dijumpai di dalam almari sebab den tak teringat langsung nak
belikan songkok untuk dia.
Terlupa
langsung nak bagi kiddos pakai sandal yang semenggah sikit. Kiddos end up with
selipar yang dipakai hari-hari. At one point, si A terpakai selipar sebelah
lain. Haish. Sebelum balik Shah Alam, selipar A yang dia dok pakai tuh tertinggal
di kedai makan. So goodbye selipar. Thank you for the excellence service for
almost 2 years.
Dah terasa
macam Mami Jarum sebab den pakai barang kemas lebih dari seurat. Biasanya den
memang tak pakai barang kemas sebab tak minat. Tapi dah risau pula takut rumah
dimasuk pencuri masa beraya tuh, pakailah juga sekupang dua barang kemas tuh.
Tak selesa langsung pakai barang kemas ni. Terasa macam pokok krismas pun ada.
Ada drama
sekejap kunci kereta abah tidak dijumpai di RR Sungai Buloh tuh. Rupa-rupanya adik
den pergi letak kunci kereta atas meja di salah sebuah kedai makan kat situ.
Mujur sangat la anggota RELA yang sedang bertugas di situ terjumpa kunci tuh
dan tolong simpankan. Kalau tak dah tak pasal kena cari tukang kunci bagai.
Masa nak
berjalan ke kereta di RR Sungai Buloh tuh, boleh pulak den terplecok padahal
pakai flat sandal je pun. Dah sepanjang hari raya, buku lali den tuh bengkak
sikit dan terpleot. Memang sengsara sikit la bila beraya lagi-lagi bila kena
duduk bersimpuh huhuhuhuhu.
The kiddos
really enjoyed beraya kat kampung. Sakan diaorang tengok ayam, main dengan
sedara, main dengan kucing, etc. Siap ada adegan stand off dengan ayam-ayam
lagi hehehehhehe.
Kiddos vs ayam |
Terkejut
bila tengok orang dah mula meniaga di Tanjung Karang pada hari raya kedua.
Gamaknya orang bandar lagi beriya berhari raya daripada orang kampung kot ye.
Raya pada
kali nih macam 70% dipenuhi dengan aktiviti menziarah sanak saudara yang tidak
sihat. Siap ada sesi berhari raya di hospital lagi.
Aircond
kereta buat hal. Tiba-tiba la pula tak sejuk. Sebelum balik ke Port Dickson dah
bawa ke bengkel. Keesokan harinya kena bawa ke bengkel semula sebab aircond
tiba-tiba tak sejuk buat sekian kalinya. Pitam membayo harga merepair aircond
tuh. Langsung la terasa kecil hati dengan Abang Min sebab bagi bonus 1 bulan je
huhuuhuhuhu.
Kiddos dah
pandai nak pegang duit raya sendiri. Haish sekejap je dah besar budak-budak
nih.
Tercuti
lebih sehari dari yang dirancangkan sebab bawa kiddos tengok dinosaurs dekat
Dinosaur Kingdom. In sya Allah my next blogspot will be on this. In a nutshell,
bangkrupt mak ayah oiii bawa kiddos ke sini.
Kesimpulannya,
okay je la Aidilfitri kali ni. Tak la semeriah mana sebab dah tua. Budak-budak
la terpaling gumbira.
Semoga ada
rezeki bertemu Aidilfitri tahun 2019.
0 Comments