The Infiltrator Movie
Den tengok
movie nih masa terbangun pukul 5 pagi dan tidak dapat tidur. Layan movie nih
sambil melipat 3 bakul baju.
Rupanya
movie ni dibuat pada 2016 tapi baru je masuk di dalam kedai dvd yang dia biasa
beli tuh.
Movie nih
berdasarkan kisah besar pada tahun 1980an di mana seorang perisik jabatan
kastam Amerika Syarikat, Robert Mazur lakonan Bryan Cranston menjadi undercover
sebagai seorang peniaga yang terlibat di dalam pelaburan wang haram bagi hasil
jualan dadah. Dengan menggunakan pesona sebagai Bob Musella, beliau berjaya
menyusup masuk ke dalam kartel pengedaran dadah terbesar di bawah kelolaan
Pablo Escobar dan membantu mendedahkan tentang organisasi pengubahan wang haram
yang melibatkan bank antarabangsa.
Sepanjang
tengok movie nih, den memang berdebar-debar la sebab dok risau si Bryan
Cranston akan kantoi dengan geng dadah nih dan akan end up dibunuh camtuh.
Baguih berlakon mamat ni. Should be considered as Lex Luthor in Superman movie. He will definitely be one of the best villain. |
Bila cerita
dah semakin genting dalam ¾ cerita tuh, den dah tak larat nak menanggung
suspens lalu den baca kat Wikipedia apa kesudahan cerita ni hehehehehhee. Dah
tua-tua nih tak lalu la nak berdebar-debar sangat.
Movie nih
memang best k. Cerita benar yang diolah dengan begitu teliti dan tersusun
sampai den pun turut berdebar-debar sama bila si Bryan Cranston berurus niaga
dengan pengedar dadah ni. Bila peniaga dadah dah percaya dekat dia, diaorang
siap jemput si Bryan Cranston ke rumah diaorang untuk beramah mesra, etc sampai
jadi rapat terutamanya si Roberto Alcaino (lakonan mantap oleh Benjamin Bratt).
So agak sedih juga la scene Bryan Cranston mengkantoikan pengedar dadah nih
menyebabkan diaorang semua tertangkap sebab dah jadi kawan kan?
Hero memang
la si Bryan Cranston kan tapi whenever ada scenes yang melibatkan Benjamin
Bratt, I really couldn’t take my eyes off him. One of the talented soul around
tapi jarang nak dapat berlakon movie yang best. He is really so easy on eyes.
Do you blame me for choosing him over Bryan? |
Hello handsome |
Movie nih
mengingatkan den kepada movie American Made berdasarkan cerita sebenar lakonan
Tom Cruise, berkaitan dengan pengedaran dadah yang melibatkan CIA. Pun best
juga cerita nih.
Bila den
habis tengok movie nih dan berjaya menyiapkan melipat baju sebanyak 3 bakul,
den terfikir gamaknya kalau pengarah Hollywood buat cerita benar 1MDB atau
apa-apa cerita corruption yang berlaku di Malaysia, sure best juga kan
hehhehehheheehe.
0 Comments