This will be a very long and boring entry. I need to blog about this for my own record.

Siapa yang kenal den secara peribadi atau baca blog den, biasanya akan tau yang den minat baca buku, tengok movies, dengar lagu dan baca gossip artis Hollywood. These are my passions.

Den daripada dulu hingga sekarang pun tak pernah minat langsung pasal politik. Tak pernah jadi Puteri UMNO ke Muslimat PAS ke dan ahli-ahli mana-mana parti politik pun. Den tak pernah dengar mana-mana ceramah parti politik samada secara langsung atau melalui youtube, etc, memang tak pernah. Den juga tak pernah sertai mana-mana perhimpunan reformasi, bersih, etc.

Masa reformasi pada September 1998, den tak terasa pun nak joint sebab den blur dan rasa hal politik tuh macam heavy dan benda yang asing untuk budak berusia 20 tahun pada ketika itu. Den cuma rasa sedih sebab DSAI ditangkap dan anak-anaknya masih kecil. Ada beberapa sahabat yang kena tangguhkan pengajian selama satu semester sebab terlibat dengan reformasi bagai tapi den pergi je kelas macam biasa.

Den baca juga berita pasal politik tapi selalu baca lebih kurang sebab den memang tak minat. Period.

Den hanyalah seorang rakyat Malaysia yang biasa-biasa yang mengharapkan Kerajaan mana pun yang dipilih oleh rakyat untuk memimpin dapat melaksanakan semua amanah dan tanggungjawab dengan selayaknya. 

Bila masuk umur 40 tahun ni, harapan terhadap Kerajaan supaya lebih telus dan cemerlang di dalam urustadbir Negara makin meningkat sebab terkenangkan masa depan anak-anak. Risau sangat-sangat kalau Malaysia tergadai.

Walau bagaimanapun, den melaksanakan tanggungjawab den sebagai pengundi tanpa gagal bermula daripada den mula layak mengundi sehinggalah PRU 14 yang baru berlangsung pada 9 Mei lepas.

Den merupakan pengundi di Parlimen Telok Kemang dan DUN Bagan Pinang pada PRU11: 2004 (21 Mac), PRU12 : 2008 (8 Mac), PRU13 : 2013 (5 Mei) dan Piliharaya Kecil (PRK) Dun Bagan Pinang pada 2009 (11 Oktober).

Selepas Allahyarham atok meninggal pada Februari 2016, baru la den tukar tempat mengundi di Parlimen Shah Alam dan DUN Batu 3 walaupun den dah menetap di Shah Alam sejak tahun 2002 lagi.

So PRU14 : 2018 (9 Mei) yang lepas merupakan pengalaman pertama den mengundi di Shah Alam.

Apabila dibesarkan oleh seorang atok yang dilahirkan pada tahun 1916, of course la banyak cerita jasa, jerit perih perjuangan UMNO, etc dikhabarkan oleh atok den nih. UMNO forever gittew. She never failed keluar mengundi walaupun naik kerusi roda ye. 

Bila dah bekerja, den jumpa dengan seorang kawan sepejabat yang merupakan penyokong tegar UMNO, seorang lagi penyokong kuat PAS dan lagi seorang penyokong kuat PKR. Bila tersembang dengan diaorang, kadang-kadang diaorang cerita la pasal perjuangan parti masing-masing. Den okay je layan. Kadang-kadang den api-apikan lagi terutamanya penyokong PAS yang seorang tuh hehehehehehhe.

Den pernah bekerja di bawah naungan Kerajaan Barisan Nasional dan Kerajaan PKR. Pernah juga bekerja bersama EXCO PAS.

Bila mengundi, den akan pilih orang yang den rasa boleh buat kerja tak kisah la dia daripada parti apa pun, so far den tak pernah mengundi sebab parti. I have voted for three different parties over the 5 elections.

Sepanjang empat (4) kali den mengundi di Parlimen Telok Kemang dan DUN Bagan Pinang, den akan tanya atok calon-calon yang bertanding tuh macam mana dia buat kerja. Kalau atok kata calon parti A memang okay, turun padang jumpa rakyat, memang peka pada aduan dan permasalahan rakyat, etc, itu lah orang yang den pangkah.

Mengundi pada PRU14 ini pun sama je SOP den, den pilih individu yang boleh membantu memerintah Selangor dengan baik. Den selalu berperasaan kalau Pakatan Harapan tak dapat pegang Federal Government pun, biarlah PKR kekal memerintah kat Selangor sebab they have done a great job (I always feel like Selangor is a Penang 2.0, payah nak dapat balik kepada BN kalau BN tak ubah perangai, tak dengar keluhan rakyat, etc).

Sepanjang mengundi di Port Dickson, biasanya ambil masa tak sampai 20 minit. Mengundi di Shah Alam pada PRU14 baru nih, den ambil masa 2 jam beratur di bawah panas mentari…hheheheheheehe.

Masa dok sakan menyanyi bersama Bruno Mars semasa konsert 24K Magic World Tour di Axieta Arena tuh pun hati teringat-ingat kat PRU14. Berdansa tetap berdansa tapi hati tetap risau.

Lepas berjimba bersama Bruno Mars, den tengok televisyen sampai 3 pagi tunggu the final result yang tak kunjung tiba.

Bila telah diputuskan secara rasmi Pakatan Harapan menang pada PRU14, menitik air mata den dengan rasa yang bercampur baur. Den tak sangka Pakatan Harapan menang besar, they tapau beberapa states yang merupakan kubu kuat BN. “My hearts so full, I can't explain” bak kata Mariah Carey dalam lagu We Still Believe. Dalam masa yang sama, terkilan juga sebab after 61 years in power, BN tumbang sebab kealpaan dan kebrengsekan mereka sendiri. 

Dari 10 Mei sampai la semalam, ada je la benda yang den baca pasal politik Malaysia di FB ke tengok televisyen ke yang buat air mata tergenang-genang. Sakan den dok refresh FB tuh sampai dah nak habis kuota internet, siap terlupa main Candy Crush sampai terlepas daily rewards game tersebut, walaupun cuti panjang, kitaorang duduk rumah je sebab nak tengok berita, etc.

Tengok gambar Prof Ungku Aziz di atas kerusi roda…den nangis…terkenangkan cerita beliau bersama Tabung Haji dan Biro Angkasa. Sejak beliau bersara dari Angkasa, tak pernah langsung dengar cerita pasal dia. One of the orang hebat juga ni. 

Tengok Tun M mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 7 Malaysia pada usia 93 tahun….den nangis…sebak sebab kenapa atok berusia 93 tahun ini juga yang perlu lead turun berjuang untuk selamatkan kita semua.

Tengok tangan Tun M terketar-ketar sign watikah perlantikan sebagai PM ke 7….den nangis….harap umur Tun M panjang sebab banyak gila kot perkara yang dia nak kena tengokkan dan buat timbang tara dan betulkan, etc.

Tengok Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa majlis angkat sumpah tuh….den nangis….terkenangkan beliau disingkirkan daripada jawatan TPM oleh DSNajib.

Tengok LGE dan Mat Sabu di majlis angkat sumpah tuh…den nangis…siapa sangka siapa menduga they will be there.

Tengok video oleh TGNA tentang komen beliau pasal Tun M….den nangis….missing his aura I guess.

Baca perutusan KJ dan Hishamuddin….den nangis….nasi dah jadi bubur. Banyak yang perlu dirombak, tambahbaik, etc. Perlu kembali kepada perjuangan asal UMNO dan BN.

Baca tribute rakyat jelata untuk Tok Mat, MB Negeri Sembilan….nangis juga….the great leader that need to be sacrifice in order for the new era of Malaysia.

Tengok PC DSNajib pasal menerima kekalahan BN di PWTC….nangis juga….kesal sebab walaupun telah dikhabarkan melalui pelbagai sumber tentang keluh kesah rakyat, etc tapi tidak diendahkan. Sedih juga kerana Presiden MCA dan MIC tidak berdiri sama dengan DSNajib sedangkan mereka komponen utama di dalam BN. Tak kisahlah kan dah kalah tapi they are comrades in the same team kot.

Tengok gambar Tun M berdiskusi dengan Dr Azizah, LKSiang, LGE, Mat Sabu, TSMY dan Husam di satu bilik hotel…den nangis….dulunya seteru sekarang duduk berbincang demi Malaysia…it was so surreal.

Tengok gambar dan senarai Council of Elders yang dilantik oleh Tun M….den nangis lagi….ramai yang dah veteran tapi sanggup berganding bahu untuk Malaysia. Ada rasa lega sebab semua yang dipanggil tuh memang sangat berkaliber dan hebat-hebat.

Baca tentang kisah Dawn Raid Guthrie…..nangis lagi….

Dengar lagu When You Believe oleh Mariah Carey dan Whitney Houston pun nangis juga sebab lirik dia macam sajak je dengan perasaan rakyat yang bersama-sama bersatu dan berjaya memilih Kerajaan yang diharapkan dapat membawa perubahan ke arah Malaysia yang lebih sejahtera, cemerlang, etc.

Haish…..memang banyak betul air mata yang tumpah pada PRU14 kali ini. Kalah tengok drama Hindustan tau.

Rasanya besar benar harapan rakyat jelata termasuk den terhadap urustadbir dan kepimpinan Pakatan Harapan ni. Tinggi sungguh si Gunung Everest, tinggi lagi harapan kami kepada Pakatan Harapan. 

Sempena kedatangan Ramadhan ini, hendaknya semua orang terutamanya diri den nih muhasabah dan menginsafkan diri serta mengambil iktibar dan pengajaran di atas apa yang telah berlaku sepanjang PRU 14 ini. Marilah kita bersama-sama membangunkan Malaysia yang baru.

Disebabkan den dan perkara lagho berpisah tiada, den zahirkan harapan den kepada kita semua rakyat Malaysia, Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Tun M melalui quotes daripada superheroes yang den cari bersempena dengan movie Avengers yang masih ditayang di pawagam di seluruh Malaysia.

Lets works towards the better Malaysia.
Malaysia Forever

0 Comments