Mencabar Teori Konspirasi oleh Ibn Jawi dan Ayman Rashdan Wong
Buku ini
adalah buku yang lebih heavy daripada buku Dunia Tanpa Tembok oleh Ayman
Rashdan Wong bagi den.
Walaupun
bukunya agak nipis je iaitu 142 mukasurat dan den mengambil masa dalam 4 jam
untuk menghabiskan membaca buku ini, macam ada banyak perkara yang den masih
blur dan confuse lagi-lagi bila membaca nukilan oleh Ibn Jawi iaitu enam (6)
topik yang dikupas di dalam bahagian Risalah Timbangan Dalam Ilmu Fitan.
Serious heavy untuk den. Masih kabur-kabur pemahaman den walaupun ada
sebahagian perenggan tuh den ulang baca beberapa kali. Haish…..
First time
den baca dan dengar tentang ilmu fitan yang diberi dua takrifan di dalam buku
ini pada mukasurat 17 iaitu dari segi:
1. bahasa (etimologi)
adalah sebagai pengetahuan tentang fitnah-fitnah seperti peperangan, kebinasaan,
bala bencana, sihir, etc.
2. istilah
(terminology) adalah perbincangan tentang tanda-tanda kiamat dan kaitannya
dengan reality semasa yang dapat memantapkan akidah.
See…..pada
mukasurat 17, baca pasal takrifan je den dah blur.
Yang
pastinya Ilmu Fitan adalah tidak sama atau berkaitan langsung dengan teori
konspirasi yang berdasarkan spekulasi tidak berasas yang layak diiktiraf di
dalam dunia intelektual (mukasurat 23).
Ilmu fitan
perlu dibahaskan dengan enam (6) manhaj yang sahih iaitu darjat, sumber,
kaedah, tujuan, huraian dan tindakan yang sahih (mukasurat 31).
Kena baca
sendiri bahagian Risalah Timbangan Dalam Ilmu Fitan ini ye sebab ianya penuh
berfakta.
Walaupun
bahagian Siri Bedah Konspirasi yang mengandungi lapan (8) topik oleh Ayman
Rashdan Wong lebih mudah untuk difahami dan lebih straight to the point
berbanding topik-topik yang diterangkan oleh Ibn Jawi, tetap la jua maklumat
yang disampaikan di dalam bahagian ini membuatkan den terpana dan
terfikir-fikir kerana baru la sekarang ini, den dihidangkan dengan maklumat
daripada perspektif yang berbeza daripada apa yang den pernah baca sejak 20
tahun lepas berkenaan dengan New World Order, Freemason dan Illuminati.
#den pasti
ada je la orang lain yang terdahulu yang pernah menulis tentang New World
Order, Freemason dan Illuminati daripada sisi yang berbeza tetapi memandangkan
den termasuk di dalam golongan orang yang malas membaca macam den nih, maka
maklumat tuh tidak la tersampai kepada den.
Selepas
diperkenalkan dengan buku Pawns In The Game oleh William Guy Car pada tahun
1998-1999 oleh seorang pensyarah semasa den belajar subjek Tamadun Islam di UKM,
den memang agak suka juga baca pasal Illuminati dan New World Order sebab ianya
macam misteri dan mistik gittew. Den baca juga buku tentang Agenda Yahudi
Menakluk Dunia serta Rothschild, etc. Tapi setakat baca macam tu je la. Tidak
la buat kajian lanjut ke apa.
So bila baca
bahagian Siri Bedah Konspirasi oleh Ayman Rashdan Wong nih, memang lain bebenar
maklumat yang dinyatakan berdasarkan fakta yang dikemukakan.
Freemason rupanya
adalah lebih kepada brotherhood yang berasal daripada persatuan pekerja
(mukasurat 63).
The one eye
symbol yang terdapat pada matawang $US 1 adalah sebagai lambang ketuhanan
(mukasurat 67).
Hujah
tentang keluarga Rothschild menguasai perbankan dunia diterangkan di dalam
mukasurat 83 - 89. Lain benar dengan maklumat di dalam buku Agenda Yahudi
Menakluk Dunia…haish…pening den.
Kesimpulan
pada muka surat 128 mengatakan bahawa umat Islam tidak seharusnya mempercayai
teori konspirasi kerana ianya tidak membawa sebarang manfaat kepada pembangunan
ummah. Orang Islam sewajarnya menguasai ilmu pengetahuan, sains dan teknologi,
etc untuk berjaya bangkit menjadi cemerlang seperti umat terdahulu.
Den biasanya
akan baca fakta atau sejarah atau perbahasan tentang sesuatu isu bila den
tertengok movie atau drama atau terbaca buku yang berkaitan dengannya.
Contohnya bila den tengok movie Titanic, baru la den menyiasat baca tentang
fakta dan sejarah kejadian karamnya kapal Titanic tuh. Bila den tengok movie
The Godfather, baru la den baca fakta tentang kumpulan mafia. Bila tengok movie
lakonan Tom Hanks di dalam DaVincci Code dan Angels and Demon (kedua-dua movie
adalah adaptasi daripada karya Dan Brown), baru la search maklumat yang
berkaitan dengan isu yang dibawa di dalam movie ni.
Teori
tentang vaksinasi den memang tak percaya sebab den percayakan fakta dan kajian
yang doctor dan saintis dan buat serta yakin dengan fatwa yang telah
dikeluarkan. Disebabkan den mempunyai simptom APS semasa mengandung yang perlu
cucuk Clexane setiap hari throughout the pregnancy, den memang tak percaya
tentang teori konspirasi berkaitan perubatan.
Den
sebenarnya suka teori konspirasi yang melibatkan celebrity dan tokoh politik
sebab den dan perkara lagho berpisah tiada. Den baca teori tentang pembunuhan
Presiden JFK, teori tentang sumpahan keluarga Kennedy, etc. Sekali sekala bila
den teringat, den akan tengok website Vigilant Citizen sebab dia akan kupas
tentang movie, music dan artis Hollywood yang katanya berasosiasi dengan New
World Order dan occultism. Tapi setakat baca aje lah, takde la nak jadi taksub
konspirasi ke ape.
Tidak
membantu juga adalah disebabkan factor den memang tidak suka membaca perkara
yang heavy, makanya memang banyak la maklumat yang den tidak tahu dan tidak
pernah nak ambil tahu. Haish…..
So buku Mencabar Teori Konspirasi oleh Ibn Jawi dan
Ayman Rashdan Wong sangat sesuai dibaca oleh peminat tegar konspirasi. Untuk
orang macam den pun patut baca juga sebab kesimpulannya daripada dok membaca
buku konspirasi, eloklah membaca bahan bacaan yang membawa manfaat yang
betul-betul mengandungi ilmu pengetahuan gittew.
0 Comments