Sebelum nak menyampaikan ke Farm Ville Café dan Homestay tu, kitaorang main singgah je kat kedai yang ternampak di tepi jalan untuk makan tengahari.

Rezeki kitaorang tersinggah di Warung Mee Udang Banjir Tanjung Karang sebab mee udang dia serious marvellous sangat k. Dah la ada empat (4) ekor udang yang agak besar dan segar. Kuahnya yang paling sedap, serious perasa semua cukup. Memang antara mee udang yang sedap yang den pernah makan la.

#of course la den dapat rasa udang-udang tuh secubit dua je sebab si A yang merupakan hantu udang telah memastikan den kopek kulit udang tuh untuk suap dia makan je huhuhuhuhu.

Den ambil mee udang biasa je. Harga RM 12 semangkuk. Dengan rasa yang kena dengan tekak den, memang rasa berbaloi dengan harga macam tuh.

Kalau tak mau makan mee udang di sini, kita boleh je order pelbagai menu lain yang ada macam nasi ayam, sup kaki ayam, pecal, soto, mee kari, mee rebus, etc.
Pelbagai menu yang ada di kedai ni
Kitaorang order nasi ayam untuk kiddos. Sedap la gamaknya sebab diaorang makan licin satu pinggan.
Paprik ayam yang buong makan nih pun boleh tahan rasanya

Yang specialnya ada air warna warni dalam botol di kedai ni. Dah jarang jumpa air macam ni. Dulu masa kecil-kecil dulu selalu je jumpa air macam ni.

Kalau sesiapa ke Tanjung Karang, boleh singgah ke kedai ini yang terletak di sebelah kiri jalan sekiranya kita datang dari arah Kuala Selangor.

Untuk tekak den, mee udang dia memang sedap.

0 Comments