Lupa
Dah masuk
umur 40 tahun ni, semakin sakan menjebakkan diri secara dengan jayanya di dalam
aktiviti terlupa ni. Antara perkara-perkara yang berkaitan dengan keterlupaan
yang den teringat adalah:
1. Makan kat
kedai. Masa nak bangun bayar kat kaunter, tengok nombor meja 46. Sampai kat
kaunter bayaran pi cakap nombor meja 40.
2. Ladies
night di Grand Dorset Subang adalah pada hari Rabu tapi masa den berkursus kat
sana, den pergi tengok live band pada hari Khamis sebab den mati-mati ingat hari
tersebut adalah hari Rabu. Dah melepas nak dapat free drink.
3. Terlupa
packing baju tidur untuk den dan buong masa short vacay ke Johor dan Melaka
masa cuti sekolah Mac lepas.
4. Terlupa
packing toiletries bag masa tidur kat De Palma Ampang pada last day of March.
Dah satu hal kena beli toiletries di Ampang Point tak pasal pasal.
5. Hari
Isnin belikan kiddos apam yang diaorang suka, letak dalam handbag. Singgah
ambil dinner kat rumah jiran. Sampai rumah tak jumpa cari apam tuh, ingat sure
tertinggal kat rumah jiran. So kira rezeki jiran la sebab malas nak whatsapp
dia tanya pasal apam tuh. Alih-alih hari Khamis terjumpa apam tuh duduk elok
dalam plastic di dalam handbag, dah siap berkulat bagai. Dah handbag bau apam
masam. Padahal handbag tuh diseluk je setiap hari tapi tak terperasan ada
plastic yang mengandungi apam di situ.
6. Dah
beberapa kali terjadi nak pergi ambil food di rumah jiran di blok lain.
Alih-alih dah sampai depan rumah baru teringat food belum ambil. Patah la balik
masuk ke lif bagai untuk ke rumah jiran.
7. Ada
mesyuarat yang den kena hadir pada 2.30 petang. Teringat tentang mesyuarat
tersebut pada pukul 4.30 petang. Memang lebur je la.
8. Beberapa
kali dah berjanji dengan anak-anak buah untuk pergi lawatan tapak. Alih-alih on
the day of the site visit, elok je den pergi kerja pakai baju kurung bagai.
Lupa langsung cerita nak ke lawatan tapak.
9. Nak taip
Malacca Securities, pi taip Black Panther (obsess sungguh dengan TChalla
gamaknya).
10. Kawan
jemput pergi kenduri doa selamat masuk rumah baru. Den terlupa langsung sampai
la member tanya ada program apa pada hari dia kenduri tuh. Den memang muka blur
habis sebab tak pergi ke mana pun pada hari yang dia cakap tuh. Bila dia tanya
kenapa tak datang kenduri dia baru la den teringat pasal jemputan kenduri tuh.
Haish.
Thank God so
far aktiviti keterlupaan ni tidak berjangkit kepada perkara-perkara berkaitan
kerja yang melibatkan hal-hal penting macam payment, terhilangkan dokumen
sulit, etc.
Tak pasti la
keterlupaan berlaku sebab banyak sangat fikir atau memang sel-sel otak dah
kurang berhubung. Haish.
0 Comments