“If you ain't here to party take your ass back home”….lirik lagu Chunky.

Begitulah perasaan den bila berada di Konsert Bruno Mars pada 9 Mei 2018 yang lepas.
Nak tunjuk juga jari yang membuktikan den pergi mengundi

Bruno Mars memulakan persembahan pada 8.40 malam dengan lagu Finesse yang tidak den ketahui sepatah haram pun liriknya tapi disebabkan lagunya rancak makan tetap juga la den berdansa bersama 12,000 orang penonton yang lain.

Lepas tuh Bruno Mars nyanyi lagu 24K Magic pula. By this time, memang hampir semua penonton dah berdiri, menyanyi dan menari bersama. Lagu nih memang mengundang untuk kita berdansa sebab rentak dia yang sangat hype.

So sepanjang 90 minit tuh, Bruno Mars menyanyi 13 buah lagu sebanyak Finesse, 24K Magic, Calling All My Lovelies, Treasure, Locked Out Of Heaven, When I Was Your Man, Versace On The Floor, Chunky, Perm, That’s What I Like, Marry Me, Just The Way You Are dan Uptown Funk.

Lagu yang den minat tapi Bruno Mars tak nyanyi adalah Grenade dan Talking To The Moon.

However, memang worth la beli ticket ni, penantian dari bulan Ogos 2017 untuk menyaksikan Bruno Mars live in concert, debaran konsert ni jadi ke tak due to clash dengan PRU14 dan debaran tiket yang tidak kunjung tiba diemailkan walaupun lagi 2 hari konsert nak berlangsung. Memang superb dan awesome performance Bruno Mars dan The Hooligan. Suara dia memang toksah cakap la kan sebab memang la sebijik sejibon macam dalam records. 

Disebabkan nih first time den tengok konsert berskala besar, den memang la teruja. Siap pakai kasut sport sebab bersiap siaga nak berdansa (nasib baik la kan kaki tak terpleot sebab beratur mengundi selama 2 jam tengahari pada hari yang sama).

Yang paling best of course la seat den tuh agak dekat dengan stage. Memang nampak la tarian Bruno Mars and the gang. Sempoi je baju dia dan geng dia, macam baju nak main basketball je.

Tapi macam kat mana-mana konsert pun den rasa, almost peminat menyanyi sama lagu yang penyanyi sedang menyanyi makanya untuk lagu yang upbeat dan rancak, tak beberapa nak dengar sangat la suara Bruno Mars tuh ha. Masa lagu yang slow je boleh dengar suara Bruno Mars yang memang lunak tuh.

Den ada ambil dalam 2, 3 video persembahan Bruno Mars untuk ditunjukkan pada buong tapi buong kata, tak dengar sangat pun suara Bruno Mars sebab suara den yang sumbang tuh yang jelas kedengaran. Hahahahahaha….sorry la buong, super excited langsung ternyanyi sama. Tak tergamak la den nak share video tuh kat sini.

Den ada ambil a few photos during the show tapi disebabkan handphone den tidak lah secanggih mana + agak terpleot sebab dah beberapa kali terhempas, makanya gambar-gambar yang diambil memang la kelabu asap.

Walaupun den pergi sorang-sorang tengok konsert ni, den memang happy dapat tengok konsert yang sangat berbaloi dengan harga tiket ni. Memang sangat berbaloi.

Masa beratur nak masuk ke dewan Axiata Arena tuh, den sembang dengan dua orang budak perempuan umur 21 yang beratur di belakang den. Diaorang cakap diaorang beli tiket daripada orang lain (bukannya dari website PR Worldwide). Kalau ikut nombor kat tiket dioarang tuh, seat diaorang selang sebuah kerusi daripada tempat den. Tapi masa den tengok tiket diaorang, den rasa macam tak sedap hati sebab tiket diaorang tuh macam tiket scam daripada ulat tiket (den baca reminder dekat FB PR Worldwide tentang contoh tiket palsu yang dijual oleh ulat tiket). Sudahnya memang budak-budak tuh tak dibenarkan masuk sebab tiket tersebut adalah tiket palsu. Kesian k kat budak-budak tuh. Dah la kumpul duit untuk beli tiket tersebut. Lepas tuh beli lebih RM 50 daripada harga tiket yang sebenar iaitu RM 400. So untuk sesiapa yang nak beli tiket ke mana-mana konsert, make sure beli daripada laman web yang asli dan dibenarkan serta agent ticketing yang berdaftar k. Serious kesian dekat budak-budak tuh.

Kebanyakan penonton konsert Bruno Mars yang den bertembung ni, ramai antara mereka yang jarinya bertanda yang menunjukkan mereka pergi mengundi. So seperti cakap den di dalam post sebelum ini, walaupun kitaorang nak berjimbaan tengok konsert ni, tetap la juga kitaorang tidak melupakan tanggungjawab mengundi untuk Malaysia.

#Tengok konsert Bruno Mars nih mengingatkan den kepada the late Michael Jackson. He was the legend daripada segi showmanship dan tarian serta tema lagu yang kebanyakannya ke arah kemanusiaan dan cerita dunia. He was really one of its kind. Den rasa untuk generasi sekarang, we have to make do with Bruno Mars walaupun dia masih tidak standing the greatest MJ.

#Buong sebenarnya minat juga dekat Bruno Mars ni tapi disebabkan takde siapa nak tengokkan kiddos masa konsert berlangsung, masanya den pergi tengok seorang je la. Kesian dia. Takpe k. Kalau Metalica datang buat konsert kat Malaysia, dia boleh pergi dan den pula jaga kiddos. Apa yang penting kerjasama gittew.

0 Comments