Hello May 2018
Wah….sekejapan
je Mei ye. So how was your April? Mine was awesome.
Ramai orang
yang berjaya cakap kena buat ‘what to do list’ setiap hari supaya lebih
organize, kita boleh focus, etc.
Untuk den
yang caca merba ni, dapat senaraikan apa yang dirancang sekupang dua perkara untuk
bulan tersebut pun dah cukup baik hehehehehhee.
So bulan Mei
ini, antara checklist dan wishlist yang den harap dapat dilaksanakan dengan
cemerlang pada bulan Mei ini adalah:
1. menyambut
Ramadhan. Walaupun hanya sempat ganti puasa sebanyak 26 hari dan ada 14 hari
lagi perlu diganti, den redho je la. Nak diapakan lagi ye tak, bayar je la
fidyah dan berazam untuk habiskan ganti puasa sebelum Ramadhan next year, in
sya Allah;
2. dah masuk
Ramadhan, of course la kita nak melipat gandakan amalan kita. Looking forward
to khatam Quran kalau perangai dan nafsu den tak terpleot. Kadang-kadang tuh
malasnya memang melampau-lampau huhuhuhuhu;
3. harapnya
di bulan Ramadhan nanti, paras kolesterol den turut sama berpuasa la. Jangan
den melantak macam-macam udah la. Ngeri oooo dengan paras kolesterol den
sekarang;
4. dah puasa
nanti, dah tentu la kita akan menyambut lebaran. Makanya kena la siap siaga
menyediakan bajet untuk perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri. Bajet raya adalah
salah satu bajet yang mengerikan di dalam hidup den;
5. in sya
Allah akan mengundi di Shah Alam buat kali pertama pada 9 Mei ini. Selama nih
den mengundi di Port Dickson. PRU 14 nih merupakan kali kelima den mengundi.
Den sempat mengundi pada PRU 11, PRU 12, PRU 13 dan satu Pilihanraya Kecil;
6. pada 9
Mei 2018, siangnya kita mengundi, malamnya in sya Allah den nak berdansa di 24K
Magic Tour, konsert Bruno Mars. Walaupun sampai post ini dibuat den masih tak
menghafal penuh mana-mana lagu dia, lantakkan aje la. Yang penting den dapat
pergi konsert dia. Lama kot menanti since beli tiket pada Ogos 2017. Penantian
sesungguhnya satu siksaan…chewah;
7. harapnya
urusan claim insuran bagai tuh dapat la diselesaikan dalam bulan ni. Jenuh kot
telefon bank, telefon syarikat insurance, etc. No wonder kadang-kadang orang
macam malas nak ambil insurans ni sebab jenuh nak menuntutnya; dan
8. nak
settlekan cerita tentang trip 4 hari 3 malam bersama konco-konco ke Hanoi.
Begitu la
cerita den di bulan Mei ini.
0 Comments