Day 1 - Noi Bai International Airport - letak beg di bilik simpanan hotel - minum coffee at Giang Coffee - shopping kain cotton di Cho Dong Xuan - lunch di kedai sebelah masjid Al Noor Mosque - check in hotel - jalan-jalan di sekitar taman yang mengelilingi Hoan Kiem Lake - red bridge - tengok keretapi di Hanoi Train Street - minum kopi di Jenifer Coffee - jalan-jalan dan souvenir shopping di pasar malam di Old Quarter - dinner di Little India Restaurant - urut badan di Natural Spa.

Disebabkan flight kitaorang adalah sesudah subuh, kitaorang dah buat self check in dan tiada luggage untuk dimasukkan dalam kargo, makanya kitaorang bergerak dari Shah Alam via Grab pada pukul 4 am. Berdebar-debar juga malam tuh masa tidur sebab takut tak terjaga pada 3 am.

Penerbangan dari KLIA2 ke Hanoi Noi Bai International Airport mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sempat la terlelap sekupang dua sebelum makan nasi lemak yang telah dibooking sekali masa beli tiket hari tuh.

Disebabkan kitaorang memang telah booking taxi melalui hotel, makanya kitaorang cari la abang taxi yang memegang kertas nama kitaorang. Masa kat airport tuh, kitaorang dah beli simcard Vietnam bagi memudahkan kitaorang nak gunakan Google Map semasa berjimbaan di Hanoi nih.

#Di airport ni, toiletnya tiada hos, maka bersedia la dengan botol kosong untuk ambil air di sinki bagi memudahkan urusan ye.

Dari Noi Bai International Airport ke hotel yang terletak di Old Quarter mengambil masa lebih kurang 30 - 45 minit bergantung kepada keadaan trafik.

Mana-mana hotel di Old Quarter adalah penginapan terbaik di Hanoi (berdasarkan maklumat daripada pelbagai blog) sebab lokasinya agak dekat dan boleh berjalan kaki untuk ke tempat-tempat menarik di sekitar Hanoi seperti pasar malam, tempat shopping Cho Dong Xuan, pelbagai kedai kopi termasuk Giang Coffee, Hoan Kiem Lake, red bridge, pelbagai kedai makan seperti Little India Restaurant, kedai sebelah masjid Al Noor Mosque, Cosiana Hotel, pelbagai kedai tour agency, Hanoi Train Street, etc.

Kitaorang siap balik solat zuhur then jalan lagi. Balik semula ke hotel untuk solat asar. Then keluar jalan lagi. Balik untuk solat maghrib sebelum merayau lagi buat sekian kalinya.

Disebabkan tanah terutamanya di bandar Hanoi mahal, makanya binaan bangunannya adalah tidak lebar tetapi meninggi termasuklah semua hotel terutamanya yang ada di area Old Quarter.

#But then kat celah mana kat dunia nih yang tanah di capital city nya tak mahal kan?

Disebabkan kitaorang sampai di hotel adalah awal daripada masa check in + masih ada orang di dalam bilik yang kitaorang nak menginap tuh, makanya kitaorang letak beg di hotel dan terus memulakan aktiviti berjalan-jalan di sekitar Bandar Hanoi. Memang kitaorang plan nak berjalan sakan di Bandar Hanoi di hari pertama kitaorang di sini.

Berpandukan Google Map dan sesi tunjuk arah lebih kurang bersama pekerja hotel, kitaorang memulakan misi pertama di Bandar Hanoi iaitu mencari Giang Coffee yang terkenal dengan kesedapan egg coffee nya (menurut maklumat dalam pelbagai blog juga).

Selesai minum, kitaorang pergi shopping kain cotton kat Cho Dong Xuan melalukan pasar basah yang ada di situ. Macam-macam jenis binatang yang dijual di sini. Ikan yang den tak pernah jumpa pun ada tapi den bukan selalu pergi pasar pun kan. Mungkin jua ada je la ikan tuh kat pasar Shah Alam tuh ha tapi den yang tak pernah ambil tahu. Ada labi-labi. Ada katak, etc. Sebenarnya menarik kalau dapat diambil gambar suasana pasar beserta binatang-binatang eksotik yang ditemui tapi tak berani la pula nak ambil gambar tanpa minta kebenaran, takut kena katok plak nanti heheehehehhe.


Sakan member den memilih kain cotton hehehhehe
Takde la shopping apa sangat pun Cho Dong Xuan tuh sebab harganya tidaklah semurah mana tapi sambar la 2 pasang kain cotton untuk diri sendiri buat kenangan.

Seterusnya kitaorang lunch di kedai sebelah masjid Al Noor Mosque yang memang tiada nama. Tak jumpa apa nama kedai ni sebenarnya. Portion food di kedai ini agak besar. Tak habis makan nasi goreng seafood sebab banyak.

Lepas check in di hotel dan simpan semua beg dan kain cotton hasil shopping tadi serta membooking trip untuk ke Halong Bay bagi keesokan hari, kitaorang berjalan-jalan di taman di sekitar Hoan Kiem Lake yang menempatkan red bridge atau jambatan merah. 

Dari sini, kitaorang menapak agak-agak dalam 3 kilometer juga la untuk menyampaikan ke Hanoi Train Street untuk tengok keretapi dan mengambil gambar di situ.

Lepas tengok keretapi, kitaorang balik ke hotel untuk solat dan berehat sebelum keluar minum kopi buat sekian kalinya di Jenifer Coffee yang terletak dekat dengan hotel.

Lepas maghrib tuh (630 pm camtuh), masa nak mula berjalan kat pasar malam hujan renyai-renyai sampai la kitaorang balik ke hotel, hujan masih berterusan. Tetap berjalan sakan sana sini walaupun tiada raincoat @ payung @ topi. Hujan turun renyai-renyai tapi ianya tidak melemahkan semangat kitaorang untuk berjalan-jalan di pasar malam yang terdapat di kawasan Old Quarter (dekat je dengan hotel kitaorang). Ada pelbagai barangan dijual di pasar malam ni. Sepasang kasut sport yg tidak original bley dpt harga dlm 100VD (RM17.4) Dalam hujan renyai tuh sempat la shopping tshirts (tapi yang kain agak keras dan jarang skit tuh la), fridge magnet dan bags sebagai souvenirs untuk keluarga dan rakan-rakan. Kitaorang juga beli serbuk kopi di kedai yang kitaorang terjumpa berdekatan dengan pasar malam tuh. 

Lepas letak semua hasil tangkapan di pasar malam di bilik hotel, kitaorang menapak buat sekian kalinya untuk dinner di Little India Restaurant.

Aktiviti hari pertama di Bandar Hanoi diakhiri dengan sesi mengurut badan di Natural Spa yang terletak sepelaung daripada hotel. Serious kaki lenguh gila sebab berjalan-jalan ke hulu ke hilir hampir sehari suntuk di Bandar Hanoi.

Masa mengurut tuh, makwe yang urut den cakap pakwenya bekerja di Malaysia. Masa mula-mula dia mengurut takde iringan irama lagu, den terfikir urut Vietnam nih memang takde lagu gamaknya. Dah half way urutan, tiba-tiba je lagu yang berasosiasi dengan urutan terpasang (macam dia boleh baca fikiran den). Den risau betul bila dia mengurut dengan kaedah pijak badan dan berteleku atas badan den, tak boleh nak enjoy sebab risau dia terpatahkan tulang den (siap teringat tulang belakang vertebrata C5 bagai + bila dia picit-picit tengkuk risau dia tersalah urat langsung den terparalyzed (siap tertanya-tanya dalam hati adakah travelling insurance cover kecederaan akibat mengurut nih huhuhuhu). Den memang dramatik dan overthinking. Rasanya den suka urut biasa macam kat Malaysia dan Bali.

Memang tidur pengsan di malam harinya sebab keletihan melampau....tak berhenti berjalan dari 930 am hingga 930 malam. Kaki memang lenguh gila. Ada lebih 15 km rasanya kitaorang ke hulu ke hilir pada hari pertama ni.

#Ada sekali tuh masa tengah berjalan-jalan kitaorang bertembung dengan satu team tengah buat kerja-kerja pembaikan kabel elektrik (mungkin ala-ala pekerja TNB kot) tapi yang uniknya diaorang guna tangga buluh je untuk menyampaikan ke satu tiang elektrik tuh. Sempoi sungguh.

#Sepanjang kitaorang berjalan-jalan di Bandar Hanoi ni, ada je la 2,3 orang Vietnam yang mungkin pernah kerja di Malaysia tegur kitaorang dalam Bahasa Melayu.

0 Comments