Hanoi 4 Hari 3 Malam
Dah hampir
sebulan lebih sesi berjimbaan ke Hanoi selama 4 hari 3 malam bersama
konco-konco pada 14 - 17 April 2018 berlalu, baru la den ada kesempatan nak
mencoretkan sepatah dua tentang trip kitaorang ni.
Konco yang
sama semasa trip ke Jakarta end of last year.
Masa
mula-mula rancang nak berjimba tuh, ada beberapa options tempat yang
dipertimbangkan seperti Bali, Hanoi, Phuket dan Bangkok. Bali macam last option
sebab tahun lepas den dah pergi 2 kali kot ke sana hehehehehee. Akhirnya kata
putus mengatakan ke Hanoi berdasarkan flight tiket yang mampu milik, etc. Makanya
ke Hanoi la kita ye.
Hanoi adalah
tempat untuk tengok pemandangan indah atau magnificent and breathtaking view
ye. Kalau nak shopping sakan, sila ke Ho Chi Minh yang merupakan syurga untuk
kaki shopping.
Tempat yang
ada pemandangan indah ni sememangnya kita kena pergi sendiri untuk tengok sebab
gambar will not do justice to it.
Masa
kitaorang ke Hanoi nih, sepanjang 4 hari 3 malam di sana, hanya kitaorang je
dua orang makhluk yang bertudung. Tak pasti la masa ni memang tak ramai orang
Malaysia ke sana ke apa.
Entah bila
la den nak habis menyiapkan entries tentang sesi berjimbaan ke Hanoi ni.
Hopefully sebelum raya settle la kan hehehheehhee.
In sya Allah
kalau ada rezeki, member den yang seorang ni akan menjadi travel buddy untuk
trips lain pula. In sya Allah.
0 Comments