Farm Ville Cafe and Homestay, Sekinchan
Masa den
menginap di Padi Box Sekinchan pada hujung Oktober 2017 yang lepas, den ada
rasa nak menginap di Farm Ville Café and Homestay sebab nampak lagi happening.
Tak
merancang pun untuk bercuti ke sini sebenarnya tapi disebabkan sepatutnya ada
mesyuarat di daerah Sabak Bernam pada Jumaat (13 April 2018), den saja je la
booking Farm Ville Café and Homestay, Sekinchan supaya tidak terkejar-kejar nak
bergerak dari Shah Alam pagi-pagi buta pada tarikh mesyuarat di samping hendak membeli
jiwa kiddos sebelum meninggalkan diaorang selama 4 hari 3 malam untuk ke Hanoi
(ala-ala killing 2 birds with one stone gittew).
Alih-alih
mesyuarat ditunda pula tapi disebabkan den dah bayar booking untuk Farm Ville
Café and Homestay ni, den ambil je la cuti untuk spent time with kiddos.
Lokasinya of
course terletak di kawasan sawah padi Sekinchan.
Masa check
in agak terkejut bila dimaklumkan bahawa setiap bilik @ kontena memang tidak
disediakan televisyen. So kalau nak tengok televisyen, boleh datang tengok di
ruang guna sama gitu. Langsung la den terkejut kan sebab rasanya sepanjang
hidup den, even hotel bajet yang terpleot pun tetap akan ada televisyen
walaupun televisyen lama yang kotak tuh. Tapi tak pasti la kalau memang konsep
tiada televisyen ini adalah salah satu pendekatan supaya sesiapa yang bercuti
di sini menghayati keindahan sawah padi dan berbonding sesame sendiri ke ape. Tidak la juga den pasti samada bilik yang lebih mahal ada televisyen ke tidak
ye.
#So untuk
sesiapa yang nak menginap di sini, mohon tanya dulu ye bilik yang dibooking tuh
ada televisyen ke tak ye.
Disebabkan
semua kontena di tingkat atas bagi bilik @ kontena 2 katil single telah penuh,
makanya kitaorang menginap di kontena pada ground floor.
The first
thing yang kitaorang perasan masa masuk ke bilik @ kontena ni adalah ianya
dindingnya tidak disalut @ dicoated sepertimana bilik @ kontena seperti di Padi
Box Sekinchan. Bila tidak disalut ni, bahang di dalam bilik adalah lebih
tinggi. Cepat terasa panas. Di siang hari walaupun kita dah pasang aircond, kita
masih boleh rasa bahang tuh. Kalau cuaca panas berdenting-denting, memang lagi
berbahang gittew.
Bilik
sedikit kecil tapi still selesa untuk family of four seperti kitaorang.
Budak-budak nih kan tak menyempat tau nak menjadi dinosaur dan superhero dalam bilik ni. Jadi den ambil je la gambar bilik yang mana tersempat. Memang la depa photobomb. |
Tempat melepak depan kontena kitaorang. |
Di dalam
bilik, tiada disediakan air minuman atau mineral water tetapi ada disediakan
hair dryer dan ubat nyamuk. Air panas dan air minuman disediakan di kontena
yang hujung sekali berdekatan dengan swimming pool.
Bilik air
agak besar. Shower yang okay. Shower cream dan shampoo yang banyak. Sakan la
budak-budak ni berparti buih kat dalam tuh.
Cumanya bila
kita flush toilet, sekali sekala akan ada bau yang kurang menyenangkan (bau
kumbahan atau sewage).
Persekitaran
kawasan di sini memang bersih dan selesa cumanya bila kita berehat-rehat di
dalam bilik @ kontena atau apabila kita berehat di sekitar kawasan ini samada
di swimming pool, kerusi rehat, etc, sekali sekala memang akan ada bau
kumbahan. Den tidak pasti samada mungkin semasa kitaorang menginap tuh sistem
kumbahan memang ada sedikit masalah atau masalah bau ini adalah perkara yang
berterusan di sini. Hopefully ianya hanyalah masalah sementara je la sebab
sayang tempat cantik tapi sekali sekala ada bau yang tidak best.
Yang paling
happening di sini of course la swimming pool dan trampoline dia.
Budak-budak
memang enjoy gila mandi dan bergelinjangan di pool ini. Ada sebuah slide pun
dah buat diaorang happy gila mandi di pool ni. Disebabkan kitaorang menginap di
sini pada hari bekerja, makanya kitaorang je la yang bermandi manda di pool ni.
Den pun joint sekali kiddos mandi pool.
Swimming
pool ini merupakan star attraction la di Farm Ville Café and Homestay ni
terutamanya bagi family yang ada anak-anak yang memang suka mandi pool macam
anak-anak den tuh.
Kontena sebelah pool |
Boleh ambil air sejuk atau air panas di sini |
Budak-budak
pun happy juga bila dapat berlompat-lompat di atas trampoline tuh. View dari
tempat trampoline yang terletak di tingkat atas ni memang cantik k. Pemandangan
menghijau sawah padi memang tidak pernah menjemukan mata memandang.
Si A takut bila abang dia lompat tinggi heheheehehe |
Ada
disediakan perkhidmatan sewaan basikal dan club car di sini yang boleh kita
sewa untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan sawah padi di sini. Pada mulanya
den tak perasan pun club car tuh boleh disewa, dah nak balik baru perasan club
car tuh boleh disewa. Kalau tak sure best bawa kiddos tengok sawah padi naik
club car tuh kan? Next time bila ada rezeki ke sini lagi, in sya Allah kita
sewa club car ni untuk ronda-ronda.
Kalau nak
buat gathering di sini pun macam best juga sebab ada ruang besar untuk
makan-makan, etc.
Disebabkan
dah tiada televisyen di dalam bilik dan wifi percuma yang disediakan ala-ala
hidup segan mati tak mahu (tak pasti la kalau selama nih wifi nya cemerlang je
tapi masa hari kitaorang menginap wifi tuh ada masalah sikit), makanya den dan
buong tengok la videos apa yang terada di dalam laptop (terlupa la pula nak
bawa hard disk yang ada pelbagai movies tuh) sementara kiddos main robot, dinosaurs
dan ultraman diaorang sebelum semua orang tidur.
Best je la
kitaorang menginap di sini.
However, ini
adalah kesimpulan yang den dapat buat tentang Farm Ville Café and Homestay ini.
Pros : Swimming
pool dan trampoline (ini memang the star points di sini). Persekitaran kemas.
Kawasan luas.
Cons : Bau
sistem kumbahan yang kadang kala menyinggah ke hidung kita. Tiada televisyen di
bilik. Wifi dia tak kuat langsung.
3.5 star
from me. Hilang 0.5 star sebab ada bau kumbahan huhuhuhuhu.
However,
kepada sesiapa yang berhajat nak menginap di sini, bolehlah dapatkan info di:
Laman
sesawang : http://www.farmvillehomestay.com.my/home/
Nombor
telefon : 017 - 2068666
0 Comments