Disebabkan F ada taekwando grading di salah satu dewan di Kuala Ampang, makanya buong decided nak tidur di Ampang je sebab takut terbangun lambat dan jalan jam kalau gerak pada hari taekwando grading tuh. 

Makanya disebabkan taekwando grading dibuat pada hari Ahad (1 April), kitaorang menginap di hotel yang terdekat dengan dewan untuk taekwando grading iaitu De Palma Hotel, Ampang pada hari Sabtu (31 Mac).

Rasanya macam dah lama tak datang ke De Palma Hotel, Ampang ni sebab hotel ini diberi wajah baru di beberapa ruang terutamanya ruang lobi yang lebih luas.

Buffet Ramadhan yang ditawarkan di hotel depalma pada tahun ini
Walaupun De Palma Hotel, Ampang ni antara hotel yang lama di Ampang ni tapi tetap la juga penuh ye. 

Kitaorang check in at 3 pm. Lepas tuh berehat-rehat kat bilik sementara menunggu swimming pool dibersihkan.

Dalam pukul 430 petang, tibalah acara yang ditunggu oleh kiddos iaitu sesi mandi manda di kolam renang. Penuh kolam renang tuh dengan manusia k. Meriah sungguh.
Pokok spesies kaktus nih macam tak sesuai letak sebagai perhiasan di meja-meja berdekatan pool sebab budak-budak kan suka bergelinjangan. Kot terlanggar pokok nih dah tercedera pula

Lepas dah mandi sampai lebam hampir 2 jam di dalam pool tuh, kitaorang pergi makan dan berjalan-jalan sekupang dua di Ampang Point. 10 minit je pun berjalan kaki dari hotel ni.

Takde apa pun nak review pasal hotel ni sebab ramai orang dah familiar kot dengan hotel ni. 

Daripada segi bilik dan bilik airnya memang okay. Walaupun pintu bilik air dah terkopak sedikit di bahagian bawahnya, itu adalah perkara biasa untuk hotel yang dah lama beroperasi.

Bilik dengan 2 katil single ni memang selesa untuk family of four macam kitaorang ni. Ruang dalam bilik pun besar, sempat la si F berlatih gerakan taekwando dia dengan A. Televisyen pun ada siaran kartun, so senang la nak bagi umpan budak-budak ni supaya duduk diam.

Bilik air lengkap dengan shower dan air panas.

Breakfast buffet spread macam terkurang sedikit rasanya. Masa den pernah menginap di sini beberapa kali sebab menghadiri pelbagai bengkel dan seminar, rasanya masa tuh food spread dia lebih memberangsangkan.

However, okay je la ada makanan berat, sosej, cereals, roti, fruits, etc.

Disebabkan kalut nak bawa si F pergi taekwando grading, makanya makan breakfast dengan super pantas sampai tak sempat nak ambil gambar sekupang dua pun.

Bagi den, kalau nak menginap di kawasan Ampang nih, De Palma Hotel ini den kategorikan antara hotel yang memang okay sebab ianya berdekatan dengan shopping mall dan pelbagai jenis kedai.

Untuk kiddos, swimming pool la yang paling penting. So pool di hotel ini walaupun tidak gempak tetapi still serve the purpose. 

Kalau den perlu bermalam di Ampang, in sya Allah hotel ini akan tetap menjadi pilihan sebab hotelnya selesa dan sangat berdekatan dengan kedai makan dan shopping mall.

0 Comments