B Lot Hotel, Bukit Jalil
Disebabkan
Konsert 24K Magic World Tour 2018, Bruno Mars di Axiata Arena, Bukit Jalil pada
9 Mei 2018 tuh bermula pada 8.30 malam kalau ikut jadualnya, den dok
terfikir-fikir macam nak naik public transport je la balik ke Shah Alam.
Alih-alih
bila konsert tuh dah bertembung dengan PRU14 dan 9 Mei tuh diisytiharkan
sebagai cuti umum, den decided nak tidur kat hotel yang berdekatan je la dan
ambil cuti pada 10 Mei tuh supaya tidak terkejar-kejar di samping takde la rasa
bersalah sangat pergi berjimbaan di konsert sorang-sorang dan tinggalkan buong
dan kiddos sebab depa akan melepak kat hotel gittew heheheeehhe.
Hotel ni
baru setahun beroperasi dan terletak di kawasan apartments dan rumah kedai yang
masih baru.
Nak masuk ke
sini kena bayar RM 2 untuk 1 hari untuk letak kereta di kawasan letak kereta
yang terdapat di sekitar premis.
Kitaorang
dapat parking betul-betul depan hotel.
Hotel adalah
bersih, selesa dan kemas dengan minimal decorations.
Ruang lobi
hotel memang selesa dan besar bagi hotel yang terletak di lot kedai. Ada
disediakan sofa dan kerusi serta televisyen di ruangan menunggu. Ada juga
disediakan makanan dan minuman ringan yang boleh membangkruptkan ibu bapa.
Den
paling suka hiasan yang ada di lobi ini sebab ianya unik dan simple. Contohnya
telefon lama. F siap tak percaya bila den kata tuh telefon. Yalar….anak-anak
den lahir di zaman handphone. Diaorang tak pernah tengok telefon lama. Hiasan
yang paling menarik hati F adalah 5 buah model kapal terbang yang disusun
sebaris. Minat betul dia dengan kapal-kapal terbang tuh.
Hotel ini
menyediakan perkhidmatan lif.
Bilik
kitaorang sederhana besar. Just nice untuk our family of four. Katil dan bantal
yang empuk.
Ada
televisyen, rak untuk sangkut pakaian, cawan dan peket kopi segera, peti besi
mini, etc.
Yang paling penting
untuk family yang ada anak-anak adalah siaran televisyen yang terang dan ada
cerita kartun.
Bilik air
pun selesa. Shower berfungsi dengan elok.
Den berpuas
hati dengan keadaan bilik yang memang selesa dan bersih ni. Dengan bayaran RM
108, walaupun tiada breakfast disediakan, masih berbaloi rasanya.
Yang bestnya
tentang hotel ini adalah ianya dikelilingi dengan kedai makan cuma tak banyak
kedai halal lagi setakat ini. Dari hotel memang menapak tak sampai 2 minit
untuk sampai ke kedai mamak.
Dari hotel
nak ke Axiata Arena ambil masa kurang 10 minit dengan keadaan trafik yang
sederhana. So kalau sesiapa nak menghadiri event di Axiata Arena, boleh
pertimbangkan hotel ini untuk penginapan.
Den bagi 4
bintang untuk hotel ini.
0 Comments