Arwah Atok, Den dan PRU
Den janji insya Allah ini post terakhir yang berkaitan
dengan PRU14 heheheehehe. Insya Allah den akan sembang tentang Konsert Bruno
Mars lepas nih.
PRU14 ini sememangnya mengingatkan den kepada arwah
atok yang membesarkan den sejak den berumur 10 tahun selepas kematian emak den
pada 1988 sebab ini adalah PRU14 pertama den lalui tanpa arwah atok yang
meninggal dunia pada Februari 2016.
Arwah atok den nih dia suka baca paper. Kadang-kadang
dia tau banyak perkara dari den yang suka baca gossip je hhehehhehe. Kitaorang
sama-sama dilahirkan di Pulau Pinang. Walaupun atok dah lama duduk Port
Dickson, sekali sekala slang utara tuh memang ada.
Den hanya nak cerita tentang anekdot berkaitan PRU
yang berlaku di antara den dan arwah atok yang sememangnya sangat sayang pada
UMNO sebab dia lahir pada 1916 kot. So dia memang akan mengundi dengan rasa
perit jerih perjuangan UMNO nak mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Mengundi
Setiap kali PRU pada 2005, 2008, 2013 dan PRK
pada 2009 untuk Parlimen Telok Kemang dan DUN Bagan Pinang.
Den : Atok undi apa tadi?
Atok : Undi adalah rahsia. Mana boleh cakap.
Den :
Atok mesti la undi BN tuh.
Atok : Kan dah cakap rahsia.
Den : Tak cakap pun dah tau dah. Mesti undi
BN la tuh.
Atok : Hehehehehee.
PRU
2008 dan Penyapu
Sepanjang den mengundi 5 kali, hanya pada PRU14
den bersemangat nak tengok keputusan PRU sampai tidur pukul 3 am. PRU dan PRK
sebelumnya den tak hairan pun nak tunggu result sebab bagi den yang penting den
dah jalankan tanggungjawab untuk mengundi.
Lepas je mengundi pada PRU 2008, den memang
tidur awal tak hairan langsung nak ambil tau parti mana yang menang.
Bangun-bangun tidur je dapat whatsapp ke sms ye (lupa dah den) yang
mengkhabarkan tentang kekalahan BN Selangor kepada PKR pada ketika itu.
Den :
Atok…atok….atokkkkkkkkkkkkkkk….
Den jerit cari atok sebab dia takde kat dalam
rumah. Rupanya dia sedang menyapu sampah kat laman.
Atok :
Ha…kenapa jerit-jerit?
Den :
Tok….BN kalah kat Selangor. Dapat kat PKR.
Atok :
Haah….atok dengar berita tadi masa hang dok sakan tidoq.
Den :
Hmmm….macam mana BN boleh kalah kan?
Atok : Ha….orang marah la tuh. Hari tuh kan
Menteri Besar dia ada bagi penyapu kat sapa entah tuh ha. Marahlah orang. Apa
pula dibagi penyapu kat orang tuh?
Ha….korang tengok arwah atok den tuh memberi
ulasan. Comel je. Isu bagi penyapu tuh dia merujuk kepada insiden
penganugerahan penyapu yang berlangsung pada November 2007 kepada sebuah
pejabat tanah dan majlis daerah yang gagal mendapatkan 50% hasil yang telah
ditetapkan.
PRU
2013
Seperti PRU yang lepas-lepas, den tak pernah
nak ambil tau parti mana yang menang bagai.
Den :
Tok….PKR menang lagi kat Selangor. Macam payah je la Selangor nih nak dapat
balik kat BN. Dah macam Penang plak.
Atok : MB depa baguih kerja. Si Tan Sri
Khalid tuh kan memang orang baguih. Dia kan yang ambil balik Guthrie daripada
England. Orang baguih buat reja macam tuh memang rakyat sayang.
Atok den tau pasal Dawn Raid tau hehehhehehe.
Pak Lah
Kitaorang tengah berehat lepas dinner. Dok
tengok Pak Lah berucap di dalam event apa entah dalam Buletin Utama.
Den :
Ramai orang complaint kata Pak Lah nih suka tidoq.
Atok : Jadi Perdana Menteri tuh kerja berat.
Dia penat sangat tuh banyak sangat pikiaq.
Den :
Betoi ke banyak pikiaq? Dia kan ada menteri semua. Entah-entah dia memang suka
tidoq.
Atok :
Memang la ada menteri semua tapi keputusan akhir masih dia kena buat. Dia
banyak pikiaq tuh. Kita kena hormat pemimpin kita. Ada cara nak tegur pemimpin
kita.
DSAI
Tengah
tengok berita pasal DSAI. Tak ingat dah pasal kes mahkamah ke apa.
Den : Kesian kat DSAI ni. Padahal dulu TPM kot. Sekelip
mata je dah jadi macam ni.
Atok : Itu la dia tak sabar. Kalau dia tak melawan
Dr Mahathir tuh, elok je la hidup gamaknya.
Den : Dia rasa ada benda yang tak betul, dia
tegur la kot tok.
Atuk : Kalau
pun ada yang tak betul, dia dah tegur, Dr M tak suka, patutnya DSAI kena sabaq,
ikut je dulu ha. Dah tau orang tua tuh (Dr M) ikut sejarah dah dua orang TPM
dia yang dia buang. Sabaq patutnya. Esok dah jadi PM buat la ikut mana pun yang
dia rasa okay.
Den : Ooooo.
Begitu la
cerita den bersama arwah atok den yang bersangkutan dengan politik dan pemimpin
ni.
Haish....rindu
plak hati nih. Kadang-kadang den termimpi-mimpi kat arwah atok macam dia masih
ada je kat Port Dickson tuh, tunggu anak cucu datang melawat. Orang dulu yang
jaga makan dan kuat bersenam memang panjang umur, arwah atok meninggal masa dia
90 tahun. Masa dia mula tak sihat, Doktor siap cakap result tekanan darah atok
cantik mengalahkan orang umur 40 tahun.
Bila tau PH
menang pada PRU14 nih, hati terus je teringat kat arwah atok. Terasa kat hati
kalau arwah atok masih ada, sure dia boleh bagi pandangan tersendiri tentang
PRU14 nih dan kenapa BN ditolak oleh rakyat. Yang pasti, kalau arwah masih ada,
dah tentu dia patah hati tengok UMNO kalah.
0 Comments