Thomas Town (Tingkat 3), Puteri Harbour
Mula-mula
kitaorang ke tingkat 3 yang menempatkan Thomas Town sebab ini adalah
satu-satunya character yang anak-anak den kenal. Tuh pun kenal macam tuh je,
takde la familiar sangat.
Pelan lantai tingkat 3 |
Thomas Town
ini menyediakan 5 jenis permainan yang bagi den adalah permainan yang biasa
kita jumpa di fun fair cuma permainannya nampak cantik dan agak ada kelas
gittew, tuh je la pun hehehehehehehe.
Kanak-kanak
perlu at least berketinggian 90 cm untuk main semua permainan kecuali bumper
car. Bumper car perlu ketinggian at least 110 cm.
Permainan
yang kita boleh naik berulang kali sampai lebam adalah seperti berikut:
Thomas
Train Ride
Yang nih den
naik banyak kali dengan budak-budak ni. Rasa ada dalam 7, 8 kali. Inilah
satu-satunya permainan yang tidak menyebabkan kepala den pening. Simple je la
track dia pun. Satu kali naik dia akan buat 2 pusingan yang akan melalui gua
kecil. Di penghujung landasan akan ada kamera ambil gambar kita. Setiap keping
gambar akan dijual dengan harga RM 35.
Train ride
ni kalau parents nak bawa babies naik pun boleh sebab dia just pusing macam tuh
je.
Kita boleh duduk di gerabak-gerabak yang ada atau duduk di dalam kepala keretapi tapi kanak-kanak je la yang boleh duduk dalam kepala keretapi tuh sebab seats nya comel sangat |
Laluan di gua mini |
Harold’s
Helitours ride (helicopter yang berpusing)
Anak-anak
den minat betul nak naik helicopter yang berpusing-pusing ni. Mungkin sebab ada
gear yang diaorang boleh tarik yang menyebabkan heli tuh naik turun secara
mendadak. Sakan diaorang naik mainan ni. Den naik sekali je la sebab pening
kepala.
Semua permainan ada tali pinggang ye. So insya Allah selamat |
Kerja berebut gear je la diaorang ni. Suruh naik sorang satu heli tak nak pula |
Windmill
Ride
Ianya adalah
merry go round versi yang sangat comel. Anak-anak den naik ni dalam 3 kali je.
Mungkin kurang adventure bagi diaorang. Den naik sekali je sebab pening.
Bertie
The Bus
Bas yang
bergerak naik dan turun serta berhenti sekejap masa di atas sebelum turun
secara mengundur. Anak-anak den naik ni dengan sakannya. Keluarga dengan babies
boleh naik juga sebab tak ngeri.
Colin
Crane Drop Ride
Nih best
juga sebab macam adventure sikit untuk kiddos. Den naik ni dua kali.
Tengok la siapa yang paling beriya-iya masa naik permainan ni dengan kiddos hehehhehhe |
Bumper
Car
The only
permainan yang memerlukan ketinggian paling kurang 110 cm. Permainan ni la yang
buatkan si A menangis sekejap sebab dia tak boleh main. Dah adiknya tak boleh
main, si F pun tak nak main sekali sebab dia takde geng padahal boleh je la dia
naik dengan papa dia.
Bagi den
antara semua permainan yang dok ada, yang ni paling mencabar untuk budak-budak
kot sebab bawa kereta langgar-langgar kan. Takde rezeki den nak naik ni sebab
dah kalut dok pujuk si awang dondang tuh menangis. Haish.
Sodor
Playground
Indoor
playground seumpama yang terdapat di mana-mana shopping mall. Untuk budak-budak
diaorang seronok je la kan melompat, bergayut, etc kat playground camni. Still
den rasa playground ni sesuai untuk budak dalam 4 tahun ke atas sebab capaian
permainan dia tuh tinggi sikit. So kalau anak-anak yang kecil takut tak
tercapai, tersangkut, etc.
Untuk
anak-anak den, playground nih memang heaven la.
Nak main kat playground, kena buka kasut |
Sementara
anak-anak main di playground nih parents boleh berehat di kawasan parent lounge
(ruang istirehat ibu bapa) yang menyediakan kerusi empuk termasuk kerusi urut
(tapi kena masukkan duit la kalau nak guna kerusi urut ni). Boleh la parents
melunjur kaki bagai kat sini. Buong siap lelap sekejap di sini sebab dia kurang
sihat.
Sempat
tengok character Sir Topham Hatt di sini tapi tak ambil gambar plak. Den
sebenarnya pergi beramah mesra dengan Sir Topham Hatt nih. Budak-budak tak
heran pun sebab diaorang sibuk main.
Kitaorang
lunch di Mc Bunn Café di tingkat ini sebab kalau tak silap nih je café yang
jual makanan yang berat macam nasi ayam, burger, etc. Harga kat sini memang
harga taman tema la kan, dua kali ganda harga kita makan kat kedai biasa camtuh
la.
Last kopek
sebelum taman tema ditutup kitaorang spent kat sini bagi kiddos naik semua
permainan sampai diaorang puas hati. Awal dan akhir masa la kitaorang spent kat
sini.
Rasanya
kitaorang spent masa kat tingkat 3 ni dalam 3 jam lebih.
#Pekerja di
Thomas Train Ride dan Bertie The Bus tuh cemerlang sangat k. Dari mula-mula
kitaorang naik permainan tuh di pagi hari sampai la kitaorang naik permainan
tuh di kala 5 minit lagi park nak tutup, diaorang tetap senyum, sopan dan
berhemah melayan kitaorang. Boleh dapat anugerah employee of the month nih.
Jarang sangat sekarang ni nak jumpa anak muda belia (nampak sangat den dah tua
ye) yang beradab dan berbudi bahasa.
Toilet dia meriah sungguh. Toilet pun siap bertemakan Thomas Town. Den tak terpergi toilet di tingkat 1 dan 2. So tak sure camne rupanya |
0 Comments