There are two types of freedom: freedom to, and freedom from. Ni adalah petikan daripada novel yang den rasa antara buku yang heavy dan pening yang den pernah baca selain buku Hobbit oleh JRR Tolkien.

Buku ni den pinjam dari hotel yang den menginap semasa trip ke Hanoi pada 14 - 17 April yang lepas.

Den baca buku ni masa first night di Hanoi + 4 jam perjalanan dari Hanoi City to Halong Bay dan berjaya menghabiskan membaca buku ni semasa dalam 4 jam perjalanan balik dari Halong Bay ke Hanoi City.

Buku ni berdasarkan kisah benar seorang wanita yang terpilih untuk menjadi Handmaid iaitu wanita yang masih berkemampuan untuk mengandung dan diletakkan di rumah orang kenamaan (pegawai tertinggi di dalam Giladean regime dan isterinya yang mandul) supaya dapat menghasilkan zuriat bagi mengatasi masalah ketidaksuburan dan kekurangan kelahiran bayi.

Zaman pemerintahan Giladean ni ianya menekankan kepada totalitarian Christian theonomic government (seperti yang dinyatakan di dalam Wikipedia) di mana fungsi utama wanita adalah untuk melahirkan zuriat serta tidak dibenarkan untuk bekerja, mempunyai harta dan pendapatan, etc.

Di dalam buku ni Offred sekali sekala terkenangkan tentang hari yang sepatutnya dia dan suaminya, Luke serta anaknya yang berumur 4 tahun, Hannah cuba melarikan diri ke Canada tetapi berjaya ditangkap oleh tentera Giladean regime. Offred dipisahkan dengan Hannah dan tidak diketahui tentang nasib Luke, samada masih hidup atau mati.

Offred juga menceritakan tentang ritual yang perlu dilalui pada masa yang ditetapkan bagi memastikan beliau dapat mengandung dan betapa dia terseksa dan benci apabila perlu ‘bersama’ dengan pegawai tertinggi tersebut.

Offred juga teringat tentang training yang semua handmaids terima di Rachel and Leah Re-ducation Centre terutamanya tentang kawan baiknya yang ditemui di sana iaitu Moira. Moira akhirnya berjaya melarikan diri dari pusat tersebut pada percubaan kedua.

Novel ini diakhiri dengan Offred dibawa pergi di dalam van hitam. Tidak diketahui apa nasib Offred samada dia dibunuh atau dibawa ke Colonies (tempat untuk bekerja mengutip buah-buahan, sayur-sayuran, bersihkan bahan radioaktif, etc) atau dibawa ke Jezebel (pusat pelacuran).

Banyak lagi la perkara yang diceritakan di dalam buku ini yang bagi den agak mengerikan dan menyeriaukan (lebih sadis daripada buku-buku pembunuh bersiri yang den pernah baca sebelum ini). Serius den macam trauma bila baca buku ni. Ngeri sebab kebebasan dan hak orang perempuan dinafikan. Serious ngeri kalau semua ini berlaku ye.

Baru den tau rupanya novel ini telah diadaptasi ke drama siri bertajuk The Handmaid’s Tale yang mana telah memenangi beberapa anugerah Emmy dan yang mana akan disambung Season 2 pada akhir April 2018.

Dalam novel, sampai ke sudah tidak diberitahu nama Offred yang sebenar tapi dalam drama series namanya dikatakan June.

Dalam dilemma ni….nak cari ke drama series ni sebab dah tau cerita dia best walaupun ngeri atau biarkan igauan ngeri den berakhir dengan novel tuh sahaja. Haish….

4 stars from me.

0 Comments