Tingkat yang 70% dipenuhi dengan warna pink sebab dah tema Hello Kitty kan hehehhehehe.

Tingkat yang sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai anak-anak perempuan tapi disebabkan den dah beli tiket kombo untuk Hello Kitty Town nih sekali, maka wajar la kita joint segala aktiviti yang ada di sini.

Sebenarnya okay je pun budak-budak lelaki bergembira di sini sebab ada 4 jenis aktiviti yang boleh dibuat di Wishful Studio, main di playground dan yang paling best adalah joint permainan di dalam Hello Kitty in Oz.

So Hello Kitty Town nih memang menarik jugak ye walaupun penuh pink di sana sini.

Tea Cup Ride

Mula-mula den bagi kiddos naik Tea Cup Ride. Budak-budak naik sampai 3 kali. Den tak naik langsung sebab rasa macam akan pening je. Cantik je cawan-cawannya. Very the girlie gittew.

Wishful Studio

Untuk buat 4 aktiviti di Wishful Studio ni, perlu ada tiket aktiviti yang dibekalkan kepada kita semasa entrance. So simpan baik-baik ye tiketnya sebab kewujudan tiket ni yang membolehkan kita buat aktiviti-aktiviti di mana selepas setiap aktiviti, tiket ni akan dicop. Kitaorang dapat 4 tiket sebab kitaorang 4 orang (setiap sorang setiap satu tiket k).

So aktiviti yang kita boleh buat kat sini adalah:

Badge Button Making

Setiap seorang dapat badge untuk diwarnakan ikut suka hati kita. Kalau nak ikut warna tema Hello Kitty pun boleh juga tapi tau je la anak-anak den tuh ha, diaorang main warna ikut dan diaorang je lagi-lagi si A tuh.

Lepas siap warnakan badge tuh, ianya akan dijadikan badge button oleh pekerja yang bertugas.

Badge button ni kita boleh bawa balik. Budak-budak nih seronok la semat badge button ni kat baju diaorang. Kitaorang dapat 4 badge buttons.
Bilik buat badge button
Sakan diaorang dok mewarna

Menghias Biskut Hello Kitty

Setiap seorang akan diberikan sekeping biskut Hello Kitty untuk dihias mengikut kreativiti kita.

Den paksa buong joint sekali aktiviti ni hehehehehehehe. Dah la dia tak sihat dengan demam dan asyik ke toilet kan tapi dia layankan aje karenah bini dia nih.

Dah bayar tiket mahal-mahal haruslah kena joint semua aktiviti yang ada kan baru la berbaloi.

Budak-budak dengan buong yang hias biskut ni. Den tukang ambil gambar je.
Bilik menghias biskut
Gam dia ni kalau tak silap adalah marmalade syrup
Si buong pun redho je la menghias biskut bersama anak-anaknya hehehehehehe

Biskut-biskut yang dihiaskan oleh my superheroes nih memang comot la rupanya hhehehehee.
Buong tolong hiaskan biskut den. Memang tangan tak berseni la gamaknya sebab terpatah biskut ni dikerjakannya hehhehehehe
Biskut A
Biskut F
Biskut buong nampak semenggah sikit
Biskut nih kita boleh bawa balik dan ianya boleh dimakan. Den makan sekeping. Rasa macam biskut biasa.
Biskutnya ada dijual kalau kita nak beli
Membuat Bungkusan Hadiah

Buong dan kiddos yang buat aktiviti melipat kertas hadiah menjadi bentuk macam gula-gula. 90% buong yang buat sebab dia sabar sikit. Den buat sekeping tapi terpleot pula langsung den serahkan pada buong la melayan anak-anaknya. Den pergi ambil gambar apa yang patut.
Bilik melipat bungkusan hadiah
Beriya mulanya nak melipat
Sudahnya hero den nih juga la yang menyiapkannya
Tadaaaaa...hasil tangan buong

Costume Photography

Ada beberapa costume berkaitan Hello Kitty and friends disediakan di sini. Kita akan pakai costumes yang ada dan ada pekerja yang akan mengambil gambar-gambar kita yang mana gambar-gambar ini dijual dengan harga yang den tidak ketahui sebab den malas nak tanya sebab takde rasa nak beli pun.

Of course la mama dia la yang teruja lebih nak pakai costume nih. Budak-budak layankan aje la mama dia hehehhehehehe.

Friendship Land Playground

Budak-budak lepak lama gila main kat sini. 

Playground ni menarik sebab ada rumah ala-ala gunung berapi yang memuntahkan bola-bola kecil pada masa yang telah ditetapkan.

Suka sangat budak-budak nih masukkan bola ke dalam machine tuh lepas tuh tunggu bola-bola semua melompat. Ada 1 jam diaorang main kat sini je.

Parents boleh berehat di kerusi kecil bewarna warni yang disediakan di pintu masuk ke playground ni.

Hello Kitty in Oz

Bagi den, ini adalah tempat yang paling best k. Kita kena masuk kat satu bilik menjalani pengembaraan gittew. Dia ada beberapa pit stops di mana kat setiap perhentian tuh, kita perlu main permainan yang ada untuk dapat point. Setiap pit stop mempunyai permainan yang berbeza.

Disebabkan aktiviti ni hanya dijalankan satu jam sekali, so make sure kita datang ke sini pada masa yang telah ditetapkan ye.

Serious best k sebab walaupun permainan dia memang sesuai untuk kanak-kanak tapi den dan buong yang teruja lebih kat sini hahahhahahaha.

Kalau tak nak main pun takpe je, just masuk di dalam bilik ni sebab hiasan yang ada di dalam ni memang unik dan one of its kind. Gambar-gambar yang den ambil tak berpadanan sebab sempat ambil gambar sikit je sebab dok kalut nak main games yang ada dan sakan mempesoh si A yang dok sakan berlari sana sini siap jatuh tergolek langgar pagar rumah cendawan. Mujur la dia tak cedera dan pagar tu tak rosak.

Kita diberi masa 15 minit je untuk main semua permainan atau berjalan di dalam ni.

Den sempat main 2,3 permainan je sebab sibuk mempesoh A yang dah bertukar menjadi Hulk sebab dia sakit hati dia tak faham nak main permainan yang ada macam mana hehehehehehe.

Wajib masuk ke sini kalau datang ke Hello Kitty Town k.

Den sempat tengok 3 persembahan di Purrfect Stage termasuklah persembahan yang seksi macam ala-ala Las Vegas tuh hehehehhehee.

Di sini juga ada Cinnamoroll Café yang jual pelbagai dessert.

Kalau nak beli cenderahati bertemakan Hello Kitty, memang ada tersedia kat sini cuma sediakan duitnya aje la huhuhuhu.

Kesimpulannya menarik je la kalau bawa budak-budak datang ke Thomas dan Hello Kitty Town ni.

Harga tiket yang den dapat RM 350 untuk 4 orang memang agak tercopot jantung la tapi dah itu harganya nak diapakan lagi ye tak. Disebabkan harga tiket tuh yang paling mahal yang pernah kitaorang bayar makanya sebab itu la den spent masa kat sini sampai la taman tema ditutup dan make sure semua aktiviti dan permainan yang ada disertai.

Budak-budak la terpaling happy. 
Begini keadaannya selepas 5 minit kitaorang meninggalkan Thomas Town. Pengsan kedua-dua orang anak busuk den tuh
Tapi rasanya dah tak datang lagi la kot sebab banyak lagi tempat yang kitaorang belum berkesempatan nak pergi yang mana kebanyakan tempat harga tiket agak macam nak pengsan yang dah tentu memerlukan masa yang panjang untuk menabung huhuhuhuhu.

0 Comments