Resepi Dari Menu 6 Hari Untuk Si Manja Dugro®
Buku
resepi Menu 6 Hari Untuk Si Manja Dugro®
yang diberikan oleh Dumex Dugro mengandungi
enam (6) resepi menu makanan yang ringkas dan mudah tetapi penuh bernutrisi,
mampu milik serta mengambil masa yang paling minima untuk disediakan. Menu-menu
ini boleh disediakan setiap hari kepada si manja di mana semua resepi adalah
kaya dengan DHA, Omega 3, Omega 6, fiber, vitamin dan mineral.
Menu 6 Hari
Untuk Si Manja Dugro® mengandungi 6 resepi berikut:
Disebabkan
semasa Sesi Mama-Mama Penyayang Dumex
Dugro yang berlangsung pada 18 March lepas, semua ibu menggembleng tenaga menyediakan
menu Quiche Ayam dan Cendawan Enak Kebab Ikan Comel, makanya den telah memilih
menu Burger Ayam Sayangku untuk disediakan di rumah.
Berdasarkan
sesi berkongsi pengalaman dan tips penyediaan makanan di dalam Sesi Mama-Mama Penyayang Dumex Dugro tersebut,
den teruja nak cuba masak Burger
Ayam Sayangku.
Den telah
ubahsuai sedikit Menu Burger Ayam Sayangku berdasarkan kesesuaian tema den berkongsi
makanan ini dengan anak-anak Dugro® lain yang berada di taska kerana sharing is
caring gittew. Den juga menggantikan isi ayam cincang kepada isi daging cincang
kerana anak-anak den peminat tegar daging.
Menu
Burger Daging Sayangku
Bagi
penyediaan Burger Daging Sayangku (untuk dikongsi bersama anak-anak Dugro di
taska), bahan-bahan dan cara penyediaan adalah seperti berikut:
Bahan-bahan
4 sudu besar
Susu Dugro®
4 sudu besar
air suam (atau suku cawan air suam)
2 ban burger
yang disiat kecil
4 batang
lobak merah bersaiz kecil, dicelur dan dicincang
1 jambak
brokoli bersaiz sederhana, dicelur dan dicincang
Sebekas
hirisan daging (terpulang pada kita nak daging banyak mana), dicincang
2 sudu besar
mentega
Garam
secukup rasa (tapi den tak letak garam sebab terlupa hehehehehe)
1 biji telur (sekiranya perlu sebagai salutan
kepada campuran agar melekat)
Bahan
Untuk Hidangan
Ban burger
Keju
Hirisan
tomato. Den gunakan hirisan tomato cherry sebab memang dah ada dalam peti
sejuk.
Hirisan mentimun.
Cara
penyediaan
3.
Rendam ban burger sehingga lembut. Disebabkan den terlupa nak siat ban burger
tu sebelum rendam ke dalam susu Dugro® yang telah dilarutkan, den siat ban
burger semasa ianya sedang direndam.
4.
Potong lobak merah dan brokoli bagi bersaiz sederhana untuk memudahkan
kedua-dua bahan ini dicelur.
6. Celur
lobak merah dan brokoli. Den celur kedua-dua bahan ini secara berasingan kerana
lobak merah perlu dicelur lebih lama sedikit. Celur lobak merah (4-5 minit). Celur
brokoli (2-3 minit).
9.
Gaulkan ban burger yang telah direndam dengan susu Dugro yang telah dilarutkan bersama
daging, lobak merah dan brokoli yang telah dicincang halus.
10. Pukul
telur.
11. Ambil empat sudu besar campuran dan salutkan
dengan telur yang telah dipukul.
12.
Panaskan 1 sudu mentega dan bentukkan campuran menjadi kepingan setebal 1 cm di
atas kuali leper. Goreng campuran sehingga masak.
13. Sapukan ban burger dengan baki mentega. Terpulang samada hendak panaskan atau tidak ban burger bersama mentega tersebut.
13. Sapukan ban burger dengan baki mentega. Terpulang samada hendak panaskan atau tidak ban burger bersama mentega tersebut.
Rupa Burger Daging
Sayangku mungkin tidak sekacak gambar di dalam buku resepi tetapi yang penting
sekali rasanya tetap sedap dan kekal berkhasiat gittew. Burger ini bolehlah
juga dipanggil Burger Daging Melimpah Ruah Sayangku sebab melimpah-limpah
campuran daging + brokoli + lobak merah di dalam satu hidangan ini.
Anak sulung den, si F nih sejak daripada kecil
memang merupakan seorang yang sangat memilih makanan (a very picky eater)
lagi-lagi bila nak makan sayur. Bila tengok dia makan ¾ burger ini dengan
sekali hadap membuktikan Burger Daging Sayangku yang sedap dan bernutrisi ini memang
kena dengan selera beliau.
Disebabkan
resepi menu Burger Daging Sayangku yang ringkas dan mudah tetapi penuh
bernutrisi ini den sediakan untuk dikongsi sekali bersama anak-anak Dugro® di
taska, makanya den simpan campuran burger di dalam tupperware dan diletakkan di
dalam peti sejuk sebelum dihantar ke taska. Makanan yang sedap dan berkhasiat
wajar dikongsi bersama untuk menggalakkan tumbesaran serta perkembangan emosi,
akal dan fizikal kanak-kanak yang positif.
Siap untuk dihantar ke taska |
Disebabkan resepi menu Burger Daging Sayangku mudah dan ringkas untuk disediakan, den
menyediakan menu ini dengan bantuan anak bujang den yang berusia 7 tahun di
mana proses penyediaan menu ini merupakan salah satu sesi bonding di antara den
dan anak-anak den sebagaimana tagline Dugro ICP 3 iaitu Create So Much Stories Together during the cooking session.
Sesi
Mama-Mama Penyayang Dumex Dugro pada 18 March lepas sememangnya mencetuskan rasa semangat dan
keterujaan untuk den menyediakan menu ringkas, mudah, berkhasiat dan murah
untuk anak-anak den.
Den akan
cuba lagi 5 resepi lagi yang terdapat di dalam Buku Menu 6 Hari Untuk Si Manja
Dugro agar den dapat menyediakan makanan bernutrisi yang ringkas kepada
anak-anak den.
Di dalam
penyediaan menu Burger Daging Sayangku, pelbagai nutrisi
vitamin dan serat boleh didapati daripada susu Dugro® sendiri, daging, brokoli,
lobak merah, tomato, timun, ban burger dan keju yang mana merupakan nutrisi
penting yang diperlukan oleh kanak-kanak membesar.
Pengambilan
susu Dugro® yang telah diketahui mengandungi pelbagai nutrisi, DHA yang
tertinggi*, Omega 3, Omega 6 dan satu-satunya produk susu yang mengandungi
serat IcFOS setiap hari merupakan pelengkap kepada keperluan pemakanan seimbang
untuk tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak. Pakar nutrisi mencadangkan
supaya kanak-kanak minum 2 hingga 3 gelas susu setiap hari.
Jom semua
ibu kita cuba keenam-enam resepi yang ada di dalam Buku Menu 6 Hari Untuk Si
Manja Dugro® untuk anak-anak kita sebab mereka berhak mendapat yang terbaik.
Harapnya
Dumex Dugro® akan sudi menganjurkan pelbagai program di masa hadapan
kerana program-program anjuran Dumex Dugro® sememangnya bermanfaat dan
mempunyai nilai tambah kepada ibu dan anak-anak. Semoga den diberi peluang
untuk terus menyertai program anjuran Dumex Dugro® di masa akan datang…really
looking forward to joint them all.
Untuk mendapatkan
pelbagai maklumat berkaitan produk, menu 6 hari untuk si manja Dugro®, nutrisi
pemakanan seimbang serta perkhimatan yang ditawarkan oleh Dumex Dugro®, boleh
lawati dan berhubungan dengan pasukan Dumex Dugro® melalui:
laman
sesawang : https://www.dugro.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/DumexDugro
IG :
@DumexDugro
Careline (24 jam) : 1800-38-1038
2 Comments
sedap kan, saya pun dah cuba menu burger ni memang sedap
ReplyDeleteSedap....yang paling penting budak-budak suka dan senang nak buat
Delete