Post ini bukan berkenaan kecenderungan den terhadap mana-mana parti politik ye tetapi lebih kepada ‘jadi ke tak Konsert Bruno Mars nanti nih’ huhuhuhhuhu.

Masa tarikh mengundi bagi PRU14 diumumkan semalam akan dilaksanakan pada 9 Mei 2018, the first thing that came to my mind was ‘damn….sama hari dengan konsert Bruno Mars kot…macam mana ni’.

Ha….gittew la perasaannya.

Bukan tak bersama-sama berkongsi perasaan dengan berenyu-renyut rakyat Malaysia yang merasakan apa pasal la Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cerdik bebeno memilih hari bekerja di tengah-tengah minggu iaitu hari Rabu untuk rakyat jelata turun mengundi bagi melaksanakan hak memilih Kerajaan yang akan memerintah in the next five year, tapi den ada tambahan rasa iaitu kerisauan adakah konsert ini akan dilangsungkan seperti jadual atau dibatalkan terus.

Den mengerti perasaan terpaksa ambil cuti kalau nak mengundi di kampung halaman termasuk terkejar-kejar kalau pasangan kita mengundi di negeri berbeza, etc. 

Den juga sempat baca komen netizens yang memberi pandangan masing-masing termasuk hari Rabu dipilih kerana ianya merupakan salah satu taktik Barisan Nasional nak pastikan kemenangan berpihak kepada mereka, hendak mengurangkan peratusan rakyat keluar mengundi, etc termasuk kreativiti netizens tentang hari Rabu menjadi Rakyat Akan Buang Umno, etc.

Tapi bak kata Pengerusi SPR, tarikh membuang undi pada 9 Mei 2018 adalah muktamad dan tidak akan ditukar. So apa la lagi daya kita semua selain berusaha sedaya upaya memastikan kita menjalankan tugas kita untuk mengundi sekiranya tiada halangan.

Den juga memahami perasaan orang yang cakap mengundi lagi penting daripada konsert kot. Mengundi ni akan menentukan masa depan Negara dan berlaku 5 tahun sekali. Konsert adalah perkara lagho dan setiap tahun pun boleh ada konsert.

Serious den memahami. Serious den berkobar-kobar nak mengundi walaupun sehingga kini den tak nampak lagi mana calon-calon pemimpin yang betul-betul ikhlas, telus, berkaliber, berkarisma, amanah, etc nak memegang tampuk pemerintahan Negara. 

Den cuba berharap akan ada win-win situation di dalam perkara ini di mana 15 juta lebih rakyat Malaysia (termasuklah sebahagian daripada 12,000 pembeli tiket Konsert Bruno Mars tuh) yang layak untuk mengundi berdasarkan rekod SPR keluar mengundi sepanjang tempoh dibenarkan mengundi yang biasanya akan bermula pada waktu pagi dan berakhir pada waktu petang pada hari yang sama dan Konsert Bruno Mars 24K Magic Tour diteruskan seperti jadual iaitu pada 8 malam di Axiana Arena, Bukit Jalil pada hari yang sama.

Bagi pembeli tiket Konsert Bruno Mars seperti den nih, harapannya adalah lebih kurang siang kita keluar mengundi, malamnya kita berjimbaan menengok Konsert Bruno Mars gittew.

Kitaorang tetap keluar mengundi bersama-sama rakyat jelata yang lain tapi kitaorang nak la juga tengok Konsert Bruno Mars camtuh la.

Bagi peminat Bruno Mars ni, tiket Konsert Bruno Mars nih kita beli dengan penuh dramatic (den la tuh ha) pada 14 Ogos 2017 yang lepas. Hampir tercopot jantung nak countdown beli tiket tuh ye. Boleh baca cerita den di SINI.

Untuk peminat yang berjaya beli tiket tuh, ada yang dah booking flight tickets, hotels, etc untuk ke konsert ini.

Anticipation to watch this concert is so high okay. Walaupun den mungkin akan nampak Bruno Mars sebesar kepala mancis je dari seat den, tetap la den teruja nak pergi konsert ni. Bruno Mars nih dah makin popular, kalau cancel konsert kali ni, entah bila la dia nak datang ke Malaysia lagi sebab selalunya penyanyi yang hebat-hebat ni bila dah kurang popular baru la nak datang Malaysia. 

Walaupun PR Worldwide dah maklumkan dekat FB dia yang setakat ini, Konsert Bruno Mars akan diteruskan seperti jadual, kerisauan tuh tetap ada sebab kemungkinan konsert dibatalkan atas sebab keselamatan (kot ada ramai malaun membuat onar, rusuhan, etc) tetap akan ada.

In sya Allah, den akan tetap keluar mengundi sekiranya Konsert Bruno Mars tak jadi pun. Undi tetap undi.

Den baru bercadang nak mula menghafal lagu-lagu Bruno Mars mulai 1 Mei ni. Dah jadi camni dah terpleot hati langsung tiada mood huhuhuhu.

Please la jangan cakap pergi konsert sanggup, pergi ceramah agama tak nak. Please compare apple to apple okay.

#tadi den pergi PPUM untuk diambil darah bagi tujuan pemantauan tahap kolesterol yang dah pastinya mengerikan tuh resultnya. Den sembang dengan nurse yang ambil darah den dan nurse yang tuliskan timeslip den tuh, macam mana warga hospital nak mengundi sebab dah tentu la appointment di hospital kerajaan back to back dan PPUM akan beroperasi seperti biasa pada hari mengundi tuh. Nurses tuh jawab setakat ni, siapa yang tak dapat cuti memang tak berpeluang nak mengundi. Den tanya diaorang boleh mengundi awal ke, diaorang cakap setakat ini tidak boleh. I mean ada berapa banyak hospital dan Klinik Kesihatan Kerajaan yang ada kat Malaysia ni kan? Berapa ramai kakitangan di perkhidmatan Kerajaan ini yang tidak dapat mengundi? 

#buong cakap agaknya kalau dah buat persempadanan semula, buat hari mengundi pada hari Rabu yang menyusahkan ramai orang (macam tak nak bagi orang mengundi), bentangkan manifesto yang gegak gempita macam hutang Malaysia ni sikit, etc, agaknya kalau pihak yang itu kalah juga apa maknanya tu? Den sengih-sengih je.

#den ingat peribahasa ‘Cinta Itu Buta’ terpakai kepada pasangan bercinta yang dok sakan kemaruk bercinta je tapi first time in my 40 years old life, den terjumpa dengan orang yang ‘Cinta Itu Buta’ terhadap satu parti politik ni. Bagi la bukti apa pun tentang this one party tapi orang ini tetap taksub yang seriously I cannot brain. Serious sangat musykil kenapa orang yang selama ini den kenali begitu molek otak dan perangainya menjadi some sort of orang buta hati, buta perut, segala-galanya buta la. No wonder that party keep on winning haish….

#kebanyakan member-member den yang bekerja di bawah Kerajaan Negeri Selangor cakap ‘tak kisah la siapa yang menang di peringkat Federal nanti, yang penting harapnya PKR tetap menang di Selangor sebab kitaorang tak nak la dapat bonus RM 500 oiii, kitaorang nak 2 bulan bonus macam yang dah dapat sekarang nih’…..hehehehehhehe.

#semalam jumpa dengan member yang turut bersimpati pasal ketidakpastian Konsert Bruno Mars tuh. Diaorang cakap jom la kita tengok konsert KRU di Istana Budaya pada 4 - 6 September 2018, tiketnya baru nak dijual. Den cakap okay je la. Sekali tiket yang RM138 dah sold out. Yang tinggal tiket RM 438 dan RM 488 je. Den cakap dah serupa harga tiket Bruno Mars, memang idok la den nak pergi.

Eh den rasa nak cerita pasal perasaan den tentang Konsert Bruno Mars. Kenapa tiba-tiba terjadi post luahan perasaan tentang PRU14 pulak kan hahahahahahaha?

Akhir kata, jom kita mengundi dan…….please let Bruno Mars berdansa di Axiata Arena pada 9 Mei ni.
Please let him dance away his way to my heart on 9 May

0 Comments