Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL 2018), 27 April - 6 Mei 2018, Dewan Tun Dr. Ismail (TDI), Isnin - Khamis (10 pagi - 7 malam), Jumaat - Ahad dan Cuti Umum (10 pagi - 9 malam)
Tajuk post
den tuh dah lengkap dan jelas tentang di mana lokasi, tarikh dan waktu PBAKL
2018 berlangsung.
PBAKL setiap
tahun merupakan acara yang memang ditunggu-tunggu oleh peminat buku seperti den
nih ha. Bak kata ramai orang, PBAKL adalah hari raya kepada penggemar buku.
Dah memang
pesta buku kan makanya memang penuh dengan pelbagai jenis buku dengan
bermacam-macam genre. 80% buku Bahasa Melayu rasanya. Kalau Pesta Buku Selangor
yang lepas focus lebih kepada buku kanak-kanak, di PBAKL 2018 ini lebih banyak
buku untuk orang dewasa. Ada je buku kanak-kanak tapi tak semeriah semasa di
Pesta Buku Selangor hari tu.
Den
kongsikan gambar yang sempat den ambil di PBAKL 2018 ni ye.
Kalau den ada anak perempuan, memang den borong la buku-buku fairytales ni |
Ish bila pula Dan Brown keluarkan novel baru bertajuk Origin tuh? The best books by Dan Brown bagi den adalah Angel and Demons dan Da Vincci Code. Serious best dan boleh baca berulang kali. |
Bila la den nak lengkapkan koleksi buku oleh Mitch Albom ni? |
Cecilia Ahern adalah antara my favourite author. Buku dia yang terbaik yang den pernah baca adalah One Hundred Names, The Marble Collector dan The Book of Tomorrow |
Siri Harry Potter dalam versi Bahasa Melayu |
Of course
selain daripada pameran dan jualan buku, ada pelbagai agenda menarik lain yang
disediakan di PBAKL 2018 ini termasuklah sesi beramah mesra dan mendapatkan
autograph daripada penulis, sesi perbincangan, ada juga booth menyediakan
cabutan bertuah, free gifts, etc. Cumanya antara kita larat tak larat nak
menunggu dan mengulang PBAKL 2018 nih je la.
Sesiapa yang
berkesempatan pergi ke booth Telaga Biru, bolehlah mencuba aktiviti robotic yang
disediakan di situ. Kanak-kanak pasti yang paling gembira kalau dapat tengok
robot-robot kecil nih bergerak. Ada juga drone di booth ini.
MBot namanya |
Hunter kalau tak silap namanya. Lebih lasak daripada MBot. |
Drones yang dipamerkan di sini |
Ada juga
booth pakej umrah dan pelancongan ke Langkawi. Menarik tau booth mari melancong
ke Langkawi ni. Sila singgah ke booth ini bagi mendapatkan broshures tentang
tempat menarik di Langkawi selain Idaman Suri dan Haji Ismail Group k.
Ada booth
tamu PBAKL 2018 iaitu Indonesia di mana buku-buku karya penulis Indonesia
dipamerkan dan dijual di sini.
Di samping
pameran dan jualan buku, terdapat juga hall yang memfokuskan kepada Malaysia’s
Digital Content and Lifestyle Exhibition. Dah memang dunia sekarang nih dunia
teknologi, applikasi, digital, etc, nak tak nak kita perlu ambil tahu juga
sedikit sebanyak tentang perkara ini sebab these is future. Tapi den tak jengah
masuk pun ke sini sebab nak kejar masa. Next time in sya Allah.
Booths
jualan mainan pun ada juga. Nih booths yang seharusnya dielakkan oleh ibu bapa
yang ada anak-anak macam anak-anak den tuh ha. Kalau tidak memang la rabak
poket kita semua hehehehehe.
Disebabkan den
dah bershopping sakan di Pesta Buku Selangor, Big Bad Wolf, Jualan Gudang MPH,
etc tahun ini, makanya den hadkan sesi membeli belah di PBAKL kali ini. Ikut
rambang mata lagi banyak buku yang den nak sauk, tapi ukur baju di badan
sendiri serta sedar diri banyak buku yang telah dibeli tapi masih belum dibaca
gittew.
Kalau ada
orang yang memang rambang mata bila ada jualan murah Jackel, Arianni, Fareeda,
Duck, etc, den juga mempunyai rasa teruja dan terkinja-kinja yang sama when it
comes to books. Temanya tak bertukar baju dan tudung raya pun tak apa yang
penting setiap tahun mesti ada beli buku kat mana-mana books fiesta.
Den cuma
beli buku-buku dari booth The Patriots untuk diri den, majalah SOLUSI keluaran
Telaga Biru untuk buong dan sedikit buku untuk kiddos. Walaupun menahan diri
daripada borong sakan buku-buku yang ada di sini, tetaplah juga habis almost
RM280 huhuhuhuhu.
So kepada
sesiapa yang masih belum berkunjung ke PBAKL 2018, masih ada masa lebih kurang
7 hari atau 1 minggu lagi untuk mencari buku-buku idaman anda ye.
Happy books browsing
and shopping yar.
#den ada
sedikit terkilan dengan pelepasan cukai LHDN pada 2017 di mana pembelian buku,
majalah dan seumpama dengannya dimasukkan di dalam kategori gaya hidup (yang
turut mengandungi komponen internet, alat sukan, tablet, etc). Sewajarnya
pembelian bahan bacaan ini diletakkan in its own category dan diberi
peningkatan pelepasan, kata nak menggalakkan budaya membaca di kalangan
masyarakat kan, bagilah insentif sikit gittew.
0 Comments