Pantai Desaru, Johor
Pantai
Desaru ni memang cantik dan bersih. Eh ada ke pantai yang den pergi setakat ni
yang tak cantik? Macam cantik je kan semua pantai hehehehehehe.
Masa
kitaorang sampai kat pantai ni di kala tengahari rembang (dalam 1215
tengahari), ramai je orang yang berkelah, melepak, berBBQ, mandi laut, main
pasir, etc walaupun matahari tegak kat kepala. Meriah sangat k.
Disebabkan
buong tak sihat dan kitaorang rancang nak lepak kat pantai ni sekejap je,
kiddos memang tak dibenarkan mandi laut walaupun si F beberapa kali dok kecek
nak pi berendam dalam laut tuh.
Kitaorang
end up berehat-rehat di bawah pokok, di atas tikar sambil menghayati keindahan
pantai, merasa tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dan makan jajan yang dibawa dari
rumah dengan jayanya.
Dah namanya
anak-anak den kan mana boleh tak main pasir kalau dah sampai ke pantai.
Walaupun tak dapat mandi laut, diaorang gembira je la dapat main pasir
sepanjang almost 2 jam lebih kitaorang kat sini.
Walaupun tiada penyodok pasir bagai, tetap jua diaorang bergumbira main pasir kat sini |
Buong sempat
lelap sekejap merehatkan badan dia yang masih tidak sihat tuh.
Den pantau
kiddos je la. Tak berjalan pun sepanjang pantai tuh sebab macam tak lalu pula
nak bergerak ke hulu ke hilir dengan cuaca panas berdenting-denting tuh.
Menjadi mangsa ditanam di dalam pasir |
Sepanjang 2
jam lebih kitaorang kat sini, tak nampak la pula sebarang aktiviti pantai macam
banana boat, jet ski, etc yang biasa dijumpai di Pantai Port Dickson. Tak pasti
memang tiada aktiviti pantai seumpama ini di Pantai Desaru ni atau aktiviti
tersebut bercuti pada hari Jumaat.
Di kawasan
pantai yang ramai orang sedang beraktiviti tuh tiada sebarang gerai jualan pun
ye.
Terdapat
lebih kurang 5 ke 6 gerai jualan berdekatan dengan bilik air awam. Tak pasti la
tak banyak gerai jualan sebab hari Jumaat ke atau memang gerainya banyak itu
je. Sebuah gerai menjual makanan goreng-goreng yang heavy macam maggi goreng,
mee goreng dan suku sakatnya. Sebuah gerai menjual burger. Sebuah gerai menjual
buah-buahan potong dan air minuman. Sebuah gerai menjual pakaian, permainan
korek pasir pantai dan aksesori untuk pantai seperti pelampung, etc. Sebuah
gerai menjual layang-layang.
Tiada gerai
jual nuggets, keropok lekor, pisang goreng dan seumpama dengannya.
Gerai-gerai
yang ada hari tuh memang tidak meriah sangat la kalau nak dibandingkan dengan
gerai-gerai yang ada di Pantai Remis, Kuala Selangor. Kalau dibandingkan dengan
gerai-gerai yang ada di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson atau Pantai Teluk
Batik, Perak memang lagi jauh la bezanya.
Kalau memang
5 buah gerai ni je yang beroperasi di Pantai Desaru selama ini, memang agak
pelik la sebab bukan Pantai Desaru ni terkenal sebagai salah satu spot
pelancongan yang hebat ke.
Atau mungkin
juga hanya 5 buah gerai ini dibenarkan beroperasi bagi mengekalkan suasana yang
tenang dan damai (tidak terlalu happening).
Den tak
sempat ambil gambar gerai-gerai yang ada sebab den ternampak deretan gerai ni
pun masa den pergi toilet. Takde la kan pergi toilet nak bawa handphone.
Still
walaupun tiada aktiviti pantai seperti jet ski dan seumpamanya serta gerai
jualannya yang sedikit, orang ramai tetap ramai beriadah dan berehat di Pantai
Desaru ni.
Pantai
Desaru ni mengenakan RM 6 untuk caj meletakkan kereta. Pengunaan tandas dan
bilik air untuk mandi adalah percuma. So mungkin RM 6 dah merangkumi sekali caj
masuk tandas dan bilik air.
Untuk den
nih ha, semua pantai pun best je termasuk la Pantai Desaru ni.
0 Comments