Mula-mula sekali apa yang terlintas di kepala den bila tengok movie ni adalah ianya macam seolah-olah menggambarkan keadaan di padang Mahsyar kelak. Memang keadaan di padang Mahsyar kita tidak dapat imagine tapi movie ni macam bagi a glimpse of it di mana setiap pahala dan dosa atau segala kebaikan atau kejahatan kita akan dihitung secara terperinci. Memang sangat mengerikan.

Serious movie nih best. Menggerunkan dan memang buat air mata menitis towards the end of the movie.

Secara ringkasnya movie nih mengisahkan tentang seorang anggota bomba yang meninggal dunia ketika bertugas iaitu Ja-hong (lakonan Cha Tae-hyun). 

Mengikut undang-undang kehidupan selepas mati (afterlife), semua orang yang meninggal dunia perlu melalui timbang tara atau perbicaraan 7 peringkat dosa atau kesalahan iaitu betrayal, violence, filial piety, murder, indolence, deceit, and injustice dalam tempoh 49 hari bagi menentukan samada dia akan masuk syurga atau neraka camtuh la.

Kang-lim, Hewonmak and Deok-choon merupakan 3 orang guardians yang perlu membela Ja-hong supaya dia dapat melepasi semua 7 peringkat timbang tara tuh. 
Member den kata den tengok movie ni sebab mamat ni. Bengong betul hehehhehe
So setiap peringkat tuh dilalui oleh Ja Hong di mana apabila ada pertikaian fakta di antara ‘pendakwaraya’ dan ‘peguambela’, hakim akan minta kejadian sebenar ditunjukkan oleh cermin kebenaran camtuh la. Apa yang terdetik di hati kita dan sekecil-kecil tindakan kita direkodkan dengan terperinci.

Gambaran tentang roh-roh yang kena seksa semasa beberapa peringkat tuh memang ngeri k….tak terbayang macam mana keadaan kita kelak masa di padang Mahsyar nanti. 
Antara scene semasa timbang tara
Masa Ja-hong lalu setiap peringkat, ‘pendakwaraya’ dan ‘peguambela’ saling berdebat la tentang adakah tindakan yang Ja-hong buat tuh walaupun berniat baik tetapi ada unsur penipuan, penipuan kecil untuk mengelakkan kemaslahatan yang lebih besar, etc.

Perbicaraan Ja-hong hampir tergendala disebabkan adiknya yang mati ditanam hidup-hidup menjadi roh jahat. 

Scene mak Ja-hong cakap dia sayang Ja-hong tuh memang sedih gila k. Memang tidak tertahan air mata. Mak-mak nih kebiasaannya dah memang fitrah dia tetap sayangkan dan ampunkan anak-anak tak kira apa pun kesalahan anak-anak kat mereka camtuh la. 

Movie nih diadaptasi komik bersiri bertajuk "Singwa Hamgge" merupakan movie kedua tertinggi yang ditonton di Korea Selatan. 

Sequel movie ni yang bertajuk Along With The Gods: The Last 49 Days akan ditayangkan pada pertengahan 2018 kalau tak silap.

Movie nih sangat best k. Jalan cerita dia sangat menarik sampai rasa tak nak pergi toilet pun walaupun nak terkucil sebab tak nak ketinggalan tengok apa yang terjadi. Agak menakutkan sebab mengingatkan den tentang balasan di ‘sana’.

Member den cakap movie nih adalah ala-ala cerita Tanah Kubur tetapi versi yang lebih menakutkan.

4.5 stars from me.

#Movies from Korea banyak yang best-best. Kenapa Malaysia yang dah jadi Negara Maju ni masih cerita cintan-cintun di takuk lama. Haishhhh

0 Comments