Hotel yang masih baru dan merupakan sister hotel kepada M Boutique Hotel yang juga terletak di Melaka.

Apa yang paling menarik pada hotel ini adalah ground floor tempat kaunter pendaftaran check in dan check out yang menempatkan pelbagai jenis makanan, minuman, kraftangan, etc untuk kita beli. Serious unik k. First time den jumpa hotel macam ni dalam hidup den.

Kaunter pendaftaran dia kecil je. Ruang menunggu pun kecil yang menempatkan 4 buah kerusi rotan untuk kita lepak. The rest of the floor dipenuhi dengan aneka barangan, makanan dan minuman.
Kaunter yang comel
Ruang menunggu

Serious macam-macam ada.

Makanan yang boleh dibeli di sini adalah pelbagai perisa maggi, aneka keropok jajan, coklat, biskut, aiskrim, kopi, etc.

Minuman yang dalam peti sejuk tuh dah memang pelbagai dah. Serbuk milo, ovaltine, nescafe, etc semuanya ada.

Barangan kraftangan daripada replica ceramic binatang macam gajah, beg tangan mengkuang, keychains, fridge magnets, etc pun ada juga. 

Barangan lain yang ada termasuklah stokin, facemask, etc.
Tengah berkomplot apa nak paw mama ni

Budak-budak memang rambang mata la, semua depa nak beli. Dalam dok pesan kat diaorang jangan ambil macam-macam, RM 30 juga la jajannya huhuuhuhu.

Kalau bawa anak-anak, jika tak kena gaya, mau koyak rabak poket kita.

Hotel ni tiada perkhidmatan lif. Kita perlu bersenam untuk naik turun tangga untuk ke bilik penginapan. Kalau bilik kita di tingkat 2, jenuh juga la nak memanjat tangga tuh. So untuk orang sakit lutut, warga emas, OKU dan family dengan anak-anak kecil berenyut-renyut memang kurang sesuai la hotel ini.

Sebab utama kitaorang pilih hotel ni adalah nak bagi budak-budak merasa tidur di atas katil dua tingkat (double decker). Bilik yang menempatkan katil sebegini merupakan bilik yang terkecil sekali di hotel ini. 

Tapi tak sangka la bilik dia kecil sungguh. Nak menguit pun jenuh.

Di dalam bilik ini ada katil dua tingkat, meja yang sangat kecil yang diletakkan telefon dan dulang yang mengandungi cerek, cawan dan 2 paket kopi 3 in 1. Meja ni serious kecil k. Kalau nak letak laptop, kena alihkan semua barang yang ada di atas meja tuh. Ngam-ngam nak letak laptop je. Tak boleh pakai mouse pun sebab tak muat.

Di dinding sebelah televisyen diletakkan 3 penyangkut baju.

Basically itu yang ada di dalam bilik. Tiada ruang untuk letak beg ke ape. Makanya semua beg kita letakkan je la di bawah katil sebab dah tak tau nak letak kat mana.

Plug point untuk caj handphone ada 1 je ye dekat dengan cermin tuh. 

Tapi bilik dia kemas dan ringkas cuma terkecil la.

Surprisingly bilik air dia sederhana besar. Den ingatkan kalau bilik tidur dah sekecil tuh, bilik airnya sure kecil tapi bilik air dia just nice. Dengan pressure air yang best, tiada apa yang den nak complaint tentang bilik air ni.

Budak-budak ni bukan heran pun bilik hotel kecil ke besar. Yang diaorang tau dapat duduk hotel. Diaorang gembira je la dapat melepak di atas katil dua tingkat tuh walaupun pada mulanya mereka gayat duduk kat tingkat atas tuh.

Best juga la hotel ni. Banyak je bilik lain yang besar yang ditawarkan oleh hotel ini. Boleh pilih yang mana yang berkenan di hati dan bersesuaian dengan bajet kita.
Pilihan bilik yang ada
Yang pastinya in sya Allah memang tak akan keputusan makanan la kalau duduk di hotel ni. 

Pusat membeli belah Plaza Melaka Paya dan Oldtown terletak berhadapan dengan hotel ini. Hanya perlu melintas jalan je untuk ke sini.

Hotel ni terletak betul-betul di sebelah jalan utama. So tempat meletak kereta adalah sedikit. Kitaorang bernasib baik sebab dapat tempat letak kereta betul-betul sebelah hotel.

Hotel akan beri percuma kupon parking sehingga kita check out.

Hotel ni den booking masa di dalam perjalanan dari Pantai Desaru ke Melaka. Biasanya den memang booking hotel awal kalau nak bercuti tapi kali ni memang buong pesan jangan booking dulu hotel di Melaka in case kitaorang ada emergency ke apa. 

Buong kata bagi 3 bintang kat hotel ni. Mungkin sebab biliknya terkecil kot hehehehehehe.

0 Comments