Kembara Peniaga Jalanan Oleh Ikram Al-Banjari
Buku yang
sangat sempoi yang den pernah baca dalam hidup den.
Den ambil
masa 2 jam untuk habiskan membaca buku ni. Buku yang straight forward yang
mengisahkan tentang pengalaman dan usaha gigih pengarang yang dikenali sebagai
Saudagar Jalanan yang memang minat berniaga daripada zaman beliau bersekolah
sehingga sekarang.
Buku setebal
128 muka surat ini menceritakan secara ringkas pengalaman penulis menceburkan
diri di dalam pelbagai jenis perniagaan seperti pasar malam, pasar lambak,
pasar tani, pasar ikan, pesta konvo, pesta ekspo tepi pantai, bazar larut malam
(uptown), kedai bundle, carwash, warung jalanan, char kuey teow, sewa kereta,
jual kereta, eksport ikan, etc.
Antara
cerita di dalam buku ni yang den paling ingat adalah kisah:
1. pendapatan
perniagaan jualan bihun sup hanya pada setiap hari sabtu dan ahad yang
membolehkan peniaga membeli rumah, kereta, melancong, etc;
2. jutawan
dengan jualan belon RM 5;
3. pendapatan 5
angka sepanjang 3 hari meniaga di pesta ekspo pantai di Terengganu;
4. perniagaan
car wash di UIA yang disailang; dan
5. penulis kena
bagi seluar yang dia sedang pakai sebab ada pembeli berkenan dooh dengan seluar
tersebut.
Den paling
suka baca tentang kisah eksport ikan tuna ke Jepun dan eksport ikan baulu ke
United Arab Emirates (UAE).
#first time
den tau tentang ikan baulu bila baca buku ni.
Bila den
habis baca buku ni, den dapat perspektif baru tentang orang yang berniaga
terutamanya peniaga di pasar tani, pasar malam, uptown dan pesta ekspo.
Akhir sekali
penulis tanya apa alasan kita untuk tidak berniaga sebab dengan kemudahan yang
ada sekarang ni, hampir semua benda boleh diniagakan.
0 Comments