Kelip-Kelip Sungai Lebam, Johor
Sebenarnya
den rasa kalau kita pertama kali datang makan malam di Restoran Terapung
Seafood Bujang Firefly, elok la kita tengok sekali kelip-kelip Sungai Lebam ni
sebab kita naik bot spesies catamaran barangkali untuk tengok kelip-kelip ni di
pelantar atau jeti di restoran yang sama.
Kiranya 2 in
1 activities gittew la (makan malam di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly
+ tengok kelip-kelip Sungai Lebam).
Den beli
tiket untuk tengok kelip-kelip ni selepas pesan makanan. Beli tiket ni di
kaunter bayaran Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly tuh.
Waktu
operasi untuk tengok kelip-kelip adalah dari 8.30 malam hingga 11.30 malam.
Harga tiket
: RM 20 untuk orang dewasa. RM 15 untuk kanak-kanak.
Di atas bot
catamaran ni boleh memuatkan dalam 30 orang rasanya. Di atas bot ni disediakan
kerusi untuk kita duduk untuk melihat kelip-kelip.
the boat |
Masa
kitaorang tengok kelip-kelip ni, ada lebih kurang dalam 15 orang yang tengok
bersama kitaorang.
Ada je
disediakan life jacket tapi tak seorang pun yang pakai termasuklah kitaorang.
Kalau tengok
kelip-kelip Kampung Kuantan atau Bukit Belimbing, memang wajib pakai life
jacket sebelum dibenarkan menaiki sampan dan bot untuk tengok kelip-kelip.
Memang tak
banyak gambar den ambil kat sini sebab gelap gelita suasananya.
Fokus mencari kerdipan fireflies |
Masa sampai
kat kawasan kelip-kelip tuh, lampu bot dimatikan untuk memudahkan kita nampak
kelip-kelip. Dah si F cuak. Dia dok tanya banyak kali kenapa lampu bot
terpadam, nanti kalau ada buaya macam mana, kalau kita jatuh dalam sungai macam
mana, etc hehehheehhee.
Memang ada
kelip-kelip yang bergemerlapan di pokok-pokok bakau.
Pekerja bot
siap simbah air pada kawasan pokok-pokok yang terdapat kelip-kelip untuk
membuatkan kelip-kelip berterbangan. Pekerja tuh siap tangkap seekor
kelip-kelip dan bagi kitaorang pegang kelip-kelip tuh. Budak-budak ni excited
la dapat tengok kelip-kelip di dalam genggaman tangan den hehehehehe.
Daripada
prinsip atau etika kemandirian kelip-kelip, tak pasti la tindakan macam ni okay
ke tak sebab bagi kelip-kelip di Kampung Kuantan dan Bukit Belimbing, kita
memang tidak dibenarkan menangkap kelip-kelip.
Kitaorang
dapat tengok kelip-kelip di bahagian kanan Sungai Lebam je sebab di bahagian
kiri Sungai Lebam, air masih surut (baru nak mula pasang). So pekerja bot tidak
mahu ambil risiko bot tersangkut kat selut nanti.
Disebabkan
dapat tengok kelip-kelip kat sebelah tebing sungai sahaja, makanya den rasa
populasi kelip-kelip Kampung Kuantan dan Bukit Belimbing lebih banyak dari sini
but still it was a great and memorable experience for the kiddos.
Pemandangan kedai makan terapung dari bot |
Berbaloi ke
tak? Berbaloi je la kalau first time datang ke sini.
Budak-budak
tengok kelip-kelip Sungai Lebam di Johor tapi diaorang tak pernah tengok lagi
kelip-kelip Kampung Kuantan dan Bukit Belimbing. Antara sebabnya adalah kelip-kelip
Kampung Kuantan dan Bukit Belimbing ni dekat dengan rumah keluarga mertua den.
So macam ada rasa bila-bila pun boleh pergi gittew.
Masa
kitaorang tengok kelip-kelip ni, takde pula rasanya kena gigit nyamuk tapi to
be on the safe side, pakai la baju panjang dan seluar panjang bila nak ke sini
terutamanya untuk kanak-kanak.
2 Comments
zaman kecik2 dulu kelip2 ni banyak kat area rumah, sekarang cari pun tak banyak dah yang ada
ReplyDeleteHa kan....dulu tak payah pergi ke sungai pun untuk tengok kelip-kelip. Duduk kat rumah pun ada je kadang-kadang kunang-kunang termasuk kat dalam rumah
ReplyDelete