Great British Circus, 20 April - 20 Mei 2018, 23 Jalan Bulan U5/Ca, Selasa - Khamis (8 malam), Jumaat - Ahad dan Cuti Umum (5.30 petang dan 8.30 malam)
Kalau
sesiapa tiada masa nak baca post den ni, maklumat lengkap tentang Great British
Circus yang sedang berlangsung telah ada pada tajuk di atas.
Den rasa berbaloi
dengan harga tiket dan masa 2 jam untuk tengok circus ni kalau nak dibandingkan
dengan 2 hours spent watching Avengers Infinity War. Arghhhhh that movie really
make my blood go upstairs.
Kitaorang
tengok show yang pukul 5.30 petang sebab dah umur-umur macam ni kalau boleh by
9 pm tuh dah nak berkelubung dalam selimut tidur. Tak hipster langsung kan tapi
itu la rasanya. Tak lalu benar nak berpeleseran malam-malam ni kalau tak perlu.
Tangan dicop untuk pastikan kita duduk di tempat yang disediakan |
Den memang
tak ambil banyak gambar disebabkan nak menghayati semua persembahan yang ada.
Kalau sempat ambil gambar sekupang dua pun, gambarnya bergegar dan malap kerana
semua persembahan melibatkan banyak pergerakan dan penggunaan cahaya lampu. Tak
pasti la samada kamera den ni yang cikai atau den yang tak pandai ambil gambar,
makanya gambar banyak yang kabur gitu.
Show
dimulakan dengan persembahan The Chicken and The Clown. Diaorang ni akan ada
throughout the 2 hours show. Diaorang berdua ni la yang akan mengalihkan
pandangan dan perhatian kita sementara ahli circus yang lain menyediakan props,
tukar baju, etc.
Opening song
bagi persembahan circus ini diambil daripada movie The Greatest Showman lakonan
Hugh Jackman.
Ada dalam 3
ke 4 siri persembahan tarian oleh penari-penari circus yang memang sangat comel
dan seksi. Serious seksi. Bagi kaum lelaki yang nak menjaga pandangan mata,
memang kurang sesuai sikit la tengok tarian ni sebab serius meliuk-liuk dengan
baju seksi ala-ala Nicole Kidman dalam movie Moulin Rouge dan Christina
Aguilera dalam movie Burlesque atau video clip Lady Marmalade oleh Christina
Aguilera, Pink, Lil’ Kim dan Mya.
Den yang
tengok pun terkesima, lagi kan pula orang lelaki. Setiap kali ada part menari
ni, F akan bisik kat den ‘mama….diaorang ni pakai tak sopan la’. Ha…nganga je
la den tak tau nak jawab apa kat anak tuh ha.
Tapi orang
putih nih memang lawa la. Walaupun ada penari yang badannya chubby, tetap la
tiada selulit atau lemak berselipat macam den nih ye. Disebabkan den ambil
tiket VIP dan duduk di barisan ketiga dari stage, memang jelas la all the
ladies sangat flawless kulitnya dan tiada selulit.
Performance
seterusnya adalah trapeze yang bergayut-gayut pada tali dan kayu tuh. Walaupun
ada jarring keselamatan diletakkan, tetap la jua den berdebar setiap kali
diaorang melompat dan bergayut tuh.
Ada tiga
persembahan rhythmic gymnastics atau acrobatic sepanjang circus ini berjalan
iaitu solo performance oleh artis yang kabel dipasang pada rambutnya sambil
diiringi oleh lagu Let It Go Frozen (siap ada aksi mengibarkan bendera Malaysia
lagi), artis wanita yang diselamatkan oleh artis lelaki di dalam costume
Spiderman dan solo performance oleh pengacara persembahan. Serious cantik dan
smooth je pergerakan diaorang.
Elsa gittew |
Elsa sedang kibarkan bendera Malaysia |
Pengacara program sedang mengakrobatikkan diri |
Ada dua
persembahan yang den tak ambil gambar langsung iaitu persembahan silap mata
menukar baju dengan begitu cepat sekali dan persembahan rhythmic gymnastics oleh
Spiderman dan artis wanita sebab den teruja betul tengok performance diaorang.
Lepas satu
jam persembahan berlangsung, semua artis berehat sebentar dalam 5 minit
sementara pentas disediakan untuk persembahan seterusnya.
Persembahan
dua orang artis lelaki yang bergerak di dalam dan di luar gelung yang berpusing
tuh memang sangat mendebarkan k. Memang sangat berbakat la diaorang ni. Siap
skipping di atas gelung yang sedang berpusing. Den nih ha kalau skipping atas
lantai pun dah tersangkut tapi diaorang berjaya skipping dengan bersahaja.
Seterusnya
ada persembahan menggunakan tali yang dipusing-pusingkan membentuk bulatan yang
boleh diputarkan untuk mereka lompat dalam tuh. Ada juga persembahan unicycle.
Serious diaorang nih memang sangat berbakat. Den yang naik basikal biasa pun
melelong-lelong, diaorang selamba je naik basikal tinggi tanpa pemegang tuh,
siap boleh clubs juggling lagi.
Sebagaimana lagu
oleh Vanessa Williams iaitu ‘save the best for last’, persembahan yang paling
risky dan menarik iaitu menunggang motosikal di dalam sangkar (motor riding in
cage) menjadi penutup persembahan circus ini.
Nyanyian diiringi penari super seksi |
Ianya
dimulakan dengan dua orang penunggang motosikal. Kemudiannya ditambah menjadi dua
orang orang penunggang motosikal dan diakhiri dengan empat orang penunggang
motosikal. Sepanjang aksi ni, kalau dirakamkan riak wajah den memang seriau la
sebab diaorang bergerak bersimpang siur dengan laju serta berpusing-pusing. Serious
den risau diaorang terjebak dengan kemalangan ke apa. Tapi disebabkan mereka
sangat berbakat, elok je selamat semuanya.
The daredevil riders |
Ulasan den
tentang circus ini secara keseluruhannya adalah sangat berbaloi dengan harga
tiket yang dibayar. Awesome and superb performance. Kebanyakan artis yang
membuat persembahan mempunyai beberapa aksi. Contohnya artis yang buat
persembahan trapeze juga membuat persembahan berjalan dan melompat di atas
gelung yang sedang berpusing serta menjadi rider bagi aksi motorsikal di dalam
sangkar, dan dia juga la menjadi crew yang menguruskan peralatan yang
diperlukan untuk persembahan.
Semua performers yang terlibat |
Sepintas
lalu tentang persembahan circus ni sekiranya ada yang berminat nak pergi tengok:
1. Untuk mendapatkan
harga diskaun bagi tiket persembahan circus ini, boleh layari facebook Great
British Circus dan sharekan di FB masing-masing tentang pertunjukan ini. Semasa
pembelian tiket nanti, tunjukkan status FB yang sharekan tentang pertunjukan
circus ini sebelum kita diberikan harga diskaun.
2. Disebabkan
khemah pertunjukan circus ini tidak la sebesar mana, okay je kalau ambil tiket
yang standard pun sebab memang boleh nampak persembahan dengan jelas. Den rasa
VIP seats tuh menyebabkan kitaorang terpaksa mendongak bila nak tengok
persembahan trapeze.
3. Suasana di
dalam khemah panas dan berbahang walaupun dipasang kipas. So pakai baju yang
bersesuaian supaya selesa ye. Kalau ada anak kecil dan babies, molek sekiranya
membawa kipas kecil untuk keselesaan mereka.
Kipas yang disediakan tapi tetap la panas |
4. Toilet boleh
alih disediakan di luar khemah.
5. Kita
dibenarkan masuk ke dalam khemah persembahan 30 minit sebelum persembahan
bermula.
6. Tidak
dibenarkan membawa makanan dan minuman masuk ke dalam khemah persembahan. Ada
satu kiosk penjualan makanan dan minuman dengan yang bermula dengan harga RM 4
sehingga RM 10. Sebekas popcorn dijual dengan harga RM 10.
7. Terdapat
juga mainan yang kita boleh jumpa di eskpo dan festival yang dijual dengan harga
RM 15 dan RM 20.
Belum apa-apa hal, den telah dipaw. Haish. Tragis sungguh. |
8. Ada sesi
bergambar bersama Spiderman dan mascot Sully dan Sullivan kepada sesiapa yang
berminat. Gambar yang diambil oleh staff circus akan dikenakan bayaran.
9. Ada aktiviti
face painting. Ini pun ada bayaran lain.
10. Belon yang
dibentuk menjadi pelbagai bentuk yang diberikan oleh The Chicken and The Clown
ada bayarannya.
11. Semua gambar
yang diambil didn’t do any justice to the show. Memang kena tengok sendiri
persembahan yang ada sebab memang best.
Disebabkan
sepanjang hidup den selama 40 tahun, ini kali pertama den tengok circus makanya
den rasa persembahan diaorang sangat mantap dan bertenaga.
Tengok
persembahan circus adalah salah satu perkara di dalam my bucket list.
Masa raya
zaman 80an dulu kalau hari raya mesti ada hari yang ditayangkan cerita circus.
Masa tengok persembahan circus kat televisyen tu pun den dah rasa best, makanya
memang ada rasa nak tengok persembahan yang live.
Nak pula
baru 3 minggu lepas den tengok movie The Greatest Showman lakonan Hugh Jackman.
Lagi la den terkinja-kinja nak tengok circus.
Ada masa
lebih kurang 20 hari lagi untuk sesiapa yang berminat nak menyaksikan
persembahan Great British Circus ini. Untuk den dan kiddos, kitaorang memang
rasa puas hati dengan semua persembahan yang ada di circus ini. Totally worth
it.
By the time show habis at 7.30 pm, ini la suasananya |
0 Comments