EVENT : PELANCARAN NOVEL ADAPTASI FILEM “PULANG”
Primeworks
Studios dengan kerjasama Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd. telah melancarkan
sebuah novel berjudul PULANG, yang diadaptasi daripada filem Pulang yang bakal
ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Majlis pelancaran itu diadakan pada
hari pembukaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 yang bertempat di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari Jumaat, 27 April 2018.
Pelancaran
yang bertempat di Tanjung Lounge Riverside Restaurant, PWTC inin telah
dirasmikan oleh Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks
Studios dan Dato’ Sri Wan Mohd Muzri Ramli, Pengarah Urusan Penerbitan
Karyaseni Sdn. Bhd. Majlis pelancaran itu turut dimeriahkan dengan kehadiran
bintang utama filem PULANG iaitu Remy Ishak dan Puteri Aishah yang melakonkan
watak Othman dan isterinya, Che Tom. Sebuah sesi beramah mesra serta sesi
menandatangani novel turut diadakan buat para peminat bersama barisan pelakon
dan penulis yang telah memenangi pelbagai anugerah, Lily Haslina Nasir.
Majlis
pelancaran Novel PULANG ini dimulakan dengan sesi perbincangan ringkas di
antara tunggak utama novel ini iaitu Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai
Eksekutif Primeworks Studios, Dato’ Sri Wan Mohd Muzri Ramli, Pengarah Urusan Penerbitan
Karyaseni Sdn. Bhd. dan Puan Lily Haslina Nasir, pengarang Novel PULANG.
Dari kiri cik pengacara majlis, Datuk Ahmad Izham Omar, Dato'Sri Wan Mohd Muzri Ramli dan Puan Lily Haslina Nasir |
Datuk Ahmad
Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios di dalam ucapannya
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan novel PULANG ini. Menurut beliau,
novel adalah sebuah platform yang terbaik bagi tujuan memperluaskan kandungan
dari digital, TV dan filem. Primeworks Studios berharap novel ini dapat
dihayati oleh semua lapisan masyarakat. Datuk Ahmad Izham Omar turut mengatakan
bahawa adalah menjadi harapan Primeworks Studios untuk mengkonsepkan lebih
banyak kandungan novel yang lebih hebat di masa hadapan.
Novel PULANG
menceritakan sebuah kisah epic merentas 3 generasi, dari tahun sekitar 1940an
sehingga ke masa kini. Novel ini mengisahkan tentang seorang kelasi bernama
Othman yang berasal dari Serkam, Melaka yang menempuh pelbagai rintangan dan
dugaan ketika belayar ke segenap pelusuk dunia untuk memenuhi janjinya mencari
harta dan kekayaan buat isterinya, Che Thom dan anak lelaki tunggalnya, Omar. Sepanjang
pemergian suami tercinta, Che Thom setia menanti kepulangan suaminya siang dan
malam selama 61 tahun.
Dato’ Sri
Wan Mohd Muzri Ramli, Pengarah Urusan Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd. di dalam
ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Primeworks Studios
kerana memberi kepercayaan kepada mereka untuk kerjaya yang pertama dalam
menghasilkan novel yang diadaptasi dari filem berjudul PULANG ini. Beliau
percaya novel ini akan mendapat sambutan orang ramai dan berharap kerjasama ini
akan berterusan di masa akan datang.
Novel PULANG
adalah sebuah hasil nukilan novelis terbaik yang dikenali dengan nama pena Lily
Haslina Nasir. Beliau berpengalaman menulis lebih daripada 30 buah novel
termasuklah Izinkan Aku Jadi Sayapmu dan Lelaki Lingkungan Cinta. Nukilan
beliau pasti akan menyentuh perasaan pembaca dengan memberikan gambaran hidup
nelayan dan kelasi yang merentas lautan pada era 40-an sehingga 60-an.
Novel PULANG
seterusnya dilancarkan oleh Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks
Studios, Dato’ Sri Wan Mohd Muzri Ramli, Pengarah Urusan Penerbitan Karyaseni
Sdn. Bhd., Puan Nor Shahila Harun Shah, Pengurus Besar Produksi Filem dan
Drama, Primeworks Studios, Haji Omar bin Othman, Puan Lily Haslina Nasir,
pengarang Novel PULANG, Remy Ishak dan Puteri Aishah.
Hero dan heroin filem PULANG bersama pengarang novel PULANG, Puan Lily Haslina Nasir |
Novel PULANG
ini diinspirasikan daripada kisah hidup sebenar Datuk Ahmad Izham Omar dan Omar
Othman ini boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 mulai
hari ini. Hanya terdapat 8,000 naskah cetakan pertama edisi terhad yang
menampilkan Remy Ishak sebagai Othman sebagai muka hadapan. Novel ini boleh
dibeli dengan harga RM 25.00 di Semenanjung Malaysia dan RM 28.00 untuk Sabah
dan Sarawak.
Novel PULANG
akan tiba di kedai-kedai buku seperti MPH, Popular dan kedai buku berhampiran
mulai pertengahan bulan Mei 2018. Pembaca boleh mendapatkan novel ini melalui
aplikasi Karyaseni (yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store),
Lazada, dan laman sesawang Karyaseni di www.karyaseni.my
Untuk
maklumat lanjut mengenai filem PULANG, sila lawati laman Facebook rasmi di www.facebook.com/pulangthemovie. Filem PULANG yang diarahkan oleh Kabir Bhatia bakal ditayangkan di pawagam di
seluruh Malaysia selepas Hari Raya Aidilfitri 2018.
Bagi melihat
teaser trailers bagi filem PULANG ini, bolehlah melayari:
PULANG
Teaser Trailer #1 https://youtu.be/PjOwsZt_z_4
PULANG
Teaser Trailer #2 https://youtu.be/ZN0Ollaszxo
PULANG
Teaser Trailer #3 https://youtu.be/DQ2upjEOyB0
Jom dapatkan
novel PULANG di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018.
Terima kasih kepada Primeworks
Studios dan Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd. kerana sudi menjemput den menghadiri
majlis pelancaran Novel PULANG ini.Novel PULANG sebagai cendera hati oleh Primeworks Studios dan Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd kepada mereka yang menghadiri Majlis Pelancaran Novel PULANG |
Heroin filem PULANG, Puteri Aishah |
Hero filem PULANG, Remy Ishak |
Of course la den mengambil kesempatan mengambil gambar dengan Hero Malaya ni |
2 Comments
Wahhhhhh Hebat Akk.... Nanti kita pergi pelancaran filem pula .. 😁😁😁😁
ReplyDeleteIn sya Allah kalau Primeworks Studios sudi jemput kita...kita pergi ye Sikin
Delete