Day 3 Pantai Desaru, Perjalanan ke Melaka dan M2 Boutique Hotel, Bandar Hilir, Melaka
Lepas je
breakfast dan check out dari hotel dalam pukul 12 tengahari, kitaorang terus
bergerak ke Pantai Desaru. Dah alang-alang sampai di Desaru kalau tak jejak
kaki ke Pantai Desaru macam tak lengkap la pula program kan.
Selepas
melepak 2 jam lebih di Pantai Desaru, kitaorang terus bergerak ke Melaka.
Ikut
rancangan asal, kitaorang nak melawat ladang ostrich dan ladang buaya yang
terdapat di sekitar Kota Tinggi tetapi disebabkan buong masih tidak sihat,
makanya kitaorang terpaksa batalkan rancangan tu. In sya Allah next time bila
ada rezeki, kita datang lagi ke sini.
Sampai
Melaka dah dalam pukul 6 petang.
Rancangan
nak berjalan ke Melaka ni pun hampir dibatalkan pada awalnya sebab buong tak
sihat. Mulanya dari Pantai Desaru tuh, rancangannya nak balik terus ke Shah
Alam tapi tiba-tiba buong kata badan dia macam okay sikit. Makanya dapat la
kitaorang ke Melaka.
Kitaorang
singgah early dinner di Kedai Perhentian Kueh Kampung. Kitaorang makan nasi
dengan asam pedas (what else right), nasi ayam, pulut kuning dengan kari ayam
dan pelbagai kuih muih (lepas tuh meroyan tahap kolesterol tinggi kan).
Lepas early
dinner, terus je kitaorang ke M2 Boutique Hotel yang terletak di Bandar Hilir.
Lepas check
in, terus berehat sampai pengsan.
0 Comments