Day 2 Thomas and Hello Kitty Town, Bujang Firefly Seafood Restaurant, Kelip-Kelip Sungai Lebam dan Aman Sari Desaru Hotel
Dalam pukul
930 pagi kitaorang dah check out dari Hotel Natura di Gelang Patah tu sebab nak
mengejarkan untuk sampai ke Thomas and Hello Kitty Town tu seawal yang boleh.
Lepas
breakfast kat kedai yang terjumpa di tepi jalan yang ada di Gelang Patah tuh
(tak ingat nama apa kedainya), dalam pukul 10.10 pagi kitaorang bergerak ke
Puteri Harbour yang menempatkan Thomas and Hello Kitty Town tuh.
Kitaorang
jejak kaki ke pint masuk Thomas and Hello Kitty Town tuh pada pukul 1030 pagi
dan keluar dari situ selepas dengar pengumuman Thomas and Hello Kitty Town
telah tamat waktu operasi iaitu pada 6 petang.
In sya Allah
den akan buat satu entry pasal Thomas and Hello Kitty Town nih kemudian ye.
Dari Thomas
and Hello Kitty Town tu, kitaorang terus je bergerak ke Bujang Firefly Seafood
Restaurant yang terletak berdekatan dengan Desaru. Budak-budak memang terus
pengsan once masuk kereta di Thomas Town tuh. Penat sangat bergelinjangan la
tuh. Kitaorang sampai sini selepas hampir 1 jam 15 minit perjalanan.
Lepas perut
kenyang dengan kepelbagaian seafoods, kitaorang tengok kelip-kelip Sungai
Lebam.
Lepas tuh
terus je kitaorang bergerak ke Aman Sari Desaru Hotel. Sampai kat area Aman
Sari Desaru Hotel dah dalam 9.45 malam. Ternampak SKS Mall sepelaung dari
hotel. Singgah la juga ke situ kot-kot ada kedai baju basahan yang masih belum
ditutup. Tapi sempat jumpa kedai yang jual seluar dan baju pergi jalan je.
Sempat la den sambar sehelai seluar palazzo.
Sampai je
hotel, lepas mandi sempat la tengok Transformer movie kat Fox Movie Channel
sebelum semua orang tertidur pengsan.
0 Comments