Bob The Builder, Barney, Pingu dan Angelina Ballerina (Tingkat 2), Puteri Harbour
Di tingkat 2
nih ada playgrounds berdasarkan Bob The Builder dan Barney.
Bob
The Builder Playground
Playground
Bob The Builder nih lebih happening berbanding playground Barney sebab dia ada
more slides, ada cage yang dipenuhi dengan bola-bola kecil, ada 3 set 3D
puzzles yang kita boleh buat.
Kesian plak dekat character Bob The Builder ni sebab takde siapa nak ambil gambar dengan dia masa ni |
Barney
Playhouse and Maze
Playground
Barney lebih sesuai untuk budak-budak kecil sebab dia kurang mencabar. Just
untuk berlari dan memanjat di sana sini. Gelungsur dia pun sempoi je.
Kat sini ada
pentas untuk persembahan. Den sempat tengok pesembahan Barney dan Thomas Train
kat sini. Masa tengok persembahan Barney tuh den yang beriya menengoknya sampai
tak sempat nak ambil gambar walau sekeping. Character Barney tuh dah sampai
pudar warna maskotnya tuh, dari purple terang dan jadi purple yang pudar gila.
Maybe sebab dah selalu sangat dipakai.
Antara persembahan yang den sempat tengok |
Ada sesi
ramah mesra dengan characters juga di sini pada masa-masa tertentu. Den sempat
jumpa Bob The Builder.
Angelina’s
Dance Studio
Boleh joint
sesi menari ballet siap pakai tutu skirt ye bersama Angelina Ballerina di
Angelina’s Dance Studio. Sempat la den tengok budak-budak lain menari. Tak kan
la nak suruh my 2 superheroes tuh menari pula kan. Tengok anak-anak perempuan
orang lain menari pun den dah happy dah.
Di sini juga
ada ruang untuk buat sand arts cumanya yang ni dikenakan bayaran lain. So
memang la kitaorang tak joint.
Pingu’s
Igloo
Anak-anak
den paling minat sangat-sangat melepak kat bilik Pingu’s Igloo di mana ada
games macam basketball, skiing, mini bowling, pukul-pukul telur yang timbul dan
mini hockey tuh. Rasa ada dalam 2 jam kitaorang melepak kat sini je.
Sakan diaorang main ni sampai hampir 1 jam k |
Disebabkan
lama sangat melepak kat bilik Pingu’s Igloo ni, terjebak la dengan basketball
challenge. Masa tengah melepak tu, pekerja park datang dan bagitau diaorang nak
buat basketball challenge yang memerlukan penyertaan 6 orang dan pemenang akan
dapat hadiah misteri. Saja je la den joint sebab nak mencukupkan 6 orang yang
bertanding. Sekali den juara dengan mata 147 hehehehheehe. Kalau dapat 150 mata
dah boleh masuk stage 3. Serious tak sangka k hehehehehe. Masa den ambil
cenderahati sebab jadi juara, ada mamat nih cakap dengan den ‘sure main netball
ni’.
Biasa la den
kan, mudah terhibur. Menang basketball challenge nih memang the highlight of
the day la sebab tak sangka menang sebab lawan dengan 4 orang lelaki kot. Semua
yang main basketball challenge nih dapat hadiah ye.
Hadiah basketball challenge...hehehehe |
Sayang masa
den main basketball tuh buong tak ambil gambar sebab dia dok sibuk sakit perut
lagi. Dia cuma duduk dan perhati dari kejauhan je.
Di tingkat
dua juga ada small café siap dengan tempat duduk yang menjual makanan ringan
macam waffle, aiskrim, corn in cup, jajan, etc.
Boleh menjamu selera sambil peratikan budak-budak main di kawasan Bob The Builder |
Rasanya
kitaorang spent masa kat tingkat 2 ni dalam 2 jam lebih.
Disebabkan
mungkin anak-anak den lelaki, diaorang paling suka tingkat 2 dan 3.
0 Comments