Siapa yang belum tengok movie ini sila jangan baca ulasan ini kerana ianya mengandungi spoilers.

Ulasan den tentang movie ini adalah ulasan orang yang tengok movie semata-mata, tidak pernah membaca mahupun mengambil tahu tentang Marvel comics.

Movie ini merupakan antara movie yang den tunggu-tunggu sama seperti movie Batman V Superman Dawn of Justice pada tahun 2016. Perasaan selepas menonton movie ini adalah hampir sama (walaupun ada rasa sedikit best) selepas menonton movie Batman V Superman itu.

Walaupun movie ini merupakan star studed movie tapinya jalan ceritanya atau peralihan dari satu scene ke satu scene macam agak kelam kabut sedikit. Ini mungkin kerana banyak cerita nak di’cramp’kan di dalam masa 2 jam 29 minit.

Kadang-kadang dalam hidup ni, less is more. Konsep ini juga den rasa patut terpakai kepada movie ini sebenarnya. Banyak sangat cerita yang nak disampaikan menyebabkan perkembangan setiap watak macam terencat atau terbantut. Ramai superheroes yang tidak dapat screen time yang sepatutnya.

Contohnya scene superheroes berlawan menentang konco-konco Thanos di Wakanda diolah seumpama pahlawan Wakanda tidak hebat langsung. Macam contradict pula dengan penceritaan sebelum ini di dalam Black Phanter movie gittew. Lepas tuh tidak difokuskan betul-betul pada aksi pertempuran tuh, dah macam nak tak nak je scene itu dibuat. Macam kurang umphh di situ walaupun den rasa sepatutnya scene ini antara scene klimaks bagi movie ini.

But it is still a good movie. Walaupun movie ini pasti akan memecahkan pelbagai box office sebab dah tentu ada followers tegar Marvel movie yang akan tengok movie ni beberapa kali + penonton yang curios nak tau apa yang best sangat tentang movie ni yang hangat diperdebatkan dan dispekulasikan sejak trailer dia ditayangkan, etc, den still rasa movie nih macam kurang ‘soul’ walaupun ada soul stone di dalam movie ini.

Bagi den, daripada segi storyline bagi movie yang melibatkan ramai heroes, best lagi Captain America : Civil War dan The Avengers. Even jalan cerita Black Phanter lebih teratur, kemas dan menarik. Haish.

Camne pun, movie ini mencapai objektif untuk menghiburkan kita semua dari mula hingga akhir cerita.

Aksi berlawan memang penuh dari mula sampai habis walaupun macam tak semenggah sangat. Jokes pun ada je. 

Sepatutnya movie ni diberi nama Avengers: Infinity War Part I sebab macam ceritanya macam preview je kepada Avengers 4 gittew.

Sebelum menonton movie ni, ramai peminat yang membuat spekulasi yang Captain America akan mati di dalam cerita kali ini tetapi sudahnya ramai bebeno superheroes yang mati, yang tinggal cuma the original Avengers je. Opps.

Tapi scene Spiderman mati memang sedihnya extra sebab walaupun dia adalah seorang superhero, dia masih seorang budak remaja lagi kan. So bila dia minta belas ihsan Tony Stark supaya selamatkan dia daripada mati, memang sedih la di situ. 

Anak den, si A tuh tanya ‘kenapa Captain America tak pakai baju dia mama?’ dan ‘kenapa Black Panther sekejap je mama?’ dan ‘kenapa takde Black Panther yellow mama?’. Untuk budak 4 tahun, dia confuse kenapa Captain America tak pakai topeng dan tiada shield yang biasa dia tengok dalam movie sebelum ini. Untuk peminat tegar Black Phanter, dia kecewa kenapa T’Challa muncul tak sampai 10 minit di dalam movie ni. Si A memang berkenan dooh dekat N’Jadaka dalam movie Black Phanter.

3.5 stars sebab dah memang macam itu jalan ceritanya, nak diapakan lagi ye tak.

0 Comments